Monday, September 14, 2009

Drebar bas siapa yang lebih power...

Antara peristiwa lawak yang haram yang tidak mungkin mampu di'delete'kan dari kotak ingatan ini ialah apabila dua ekor munkee yang membawa bas , tibe tibe memberhentikan bas masing masing dan wresling di khalayak ramai...

aku,zul dan pakmet (udin) adalah merupakan saksi penting kepada peristiwa haram jadah ini kerana termasuk dalam senarai penumpang bas tersebut....

ahahahahaha apa ke 'kepala bana' la yang kedua dua ekor munkee ini sedang fikirkan pabila mereka bertindak sedemikian...

berikut disediakan gambarajah ringkas bibit bibit bagaimana bermulanya pertunjukan sarkis yang akhirnya membawa dua ekor munkee iaitu watak penting dalam cerita ini berbalas tumbukan dan tendangan...

PROLOG...

Hari itu, aku bersama rakan rakan sudah membuat planning untuk pergi berfoya foya di sebuah tempat bernama leisure mall... aku tak berapa ingat voyage kali ni adalah untuk tengok wayang ataupon untuk makan makan ....

( side story : makan makan di leisure mall mengingatkan aku kepada kisah seorang member anak orang kaya yang sempoi, yang membelanja kitorang makan di sebuah kedai makan yang tak mungkin kitorang saje saje masuk waima untuk melepaskan dahaga sekalipon, yang paling tak tahan , ada pula salah seorang diantara kitorang yang membawa seorang jiran mereka untuk join sekaki untuk menikmati juadah direstoran kaya itu....apa punya tak malu laaa wei.....udah la takde org kenal ko, selambe aje ko join.....takpe ini boleh jadik entry lain...ahaha)

berbalik kepada kisah 'Drebar bas sape yang lebih power'...

Disebabkan zaman itu, henfon hanyalah untuk anak anak orang kaya sahaja, maka segala perancangan telah dibuat dirumah dengan menggunakan talian fon rumah , setelah semuanya dirancang dengan teliti, kitorang pon bergerak la ke arah leisure mall dengan menaiki pengangkutan awam iaitu bas ...adalah menjadi satu kemestian, untuk sampai ke leisure mall, kitorang mesti menukar bas terlebih dahulu. Aku datang dari arah kolam ayer dan zul dari arah perling menukar bas untuk ke destinasi di pos opis besar....begitu juga udin yang mesti menukar bas untuk sampai ke sana.... pais sudah sedia menunggu di leisure mall disebabkan dia tinggal dikawasan 'sty' yang hampir dengan kompleks tersebut.

disebabkan aku dan zul memang punctual dan sentiasa mengikut apa yang telah dirancang, aku dan zul sampai di pos opis terlebih dahulu dan kitorang terus gerak menaiki bas ke arah leisure mall dengan agenda tersembunyi iaitu untuk meninggalkan udin di belakang..... walaubagaimanapon nasib menyebelahi udin, dan dia dapat naik bas ke arah leisure mall tidak lama selepas bas yang aku naiki bergerak....

apabila samapai di sebuah persimpangan T yang tidak jauh dengan bus stop leisure mall, sebuah peristiwa sarkis pon bermula....



Dalam gambarajah A, bas hijau sedang keluar dari simpang 3 untuk membelok ke kanan, tibe tibe sebuah bas merah datang dengan laju dari belakang dan memotong bas hijau itu betul betul disimpang jalan tersebut....aku dan zul dalam bas hijau, pakmet dalam bas merah (sila rujuk gambarah yang disertakan)...

bas hijau yang kitorang naiki hampir hilang kawalan disebabkan sifat sifat jahanam munkee yang memandu bas merah tersebut.....

aku ingatkan, semuanya telah berakhir disitu, ....rupenye semasa aku masuk kedalam bas awalnya tadi, aku telah gagal untuk memerhatikan sama ada drebar yang memandu bas yang tersebut manusia ataupon haiwan munkee.... ataupon mungkin juga drebar bas itu mempunyai sifat sifat seperti 'Manimal' iaitu sebuah siri TV popular satu masa dahulu... apabila berlaku sesuatu 'trigger', drebar tersebut daripada seorang manusia akan berubah menjadi haiwan... dan bila dipintas sebegitu rupa di t juntion itu tadi , drebar itu mula memanifestasikan sifat sifat kebinatangannya...

( Manimal premiered as a 90 minute pilot that aired on September 30, 1983. The series featured the story of Jonathan Chase (Simon MacCorkindale), a shape-shifting man who can turn himself into a snake, a hawk, or a black panther, and uses this ability to fight crime.

By modern standards its special effects, though plentiful, are relatively low-quality, not surprising given the time period and other constraints. While Dr. Chase was meant to have the ability to change himself into any animal, in practice his onscreen transformations were almost always into a hawk or black panther, with the exact same backdrops each time, presumably to save on the budget, though on one occasion he was seen becoming a snake. In the episodes when Dr. Chase turns into a bull, dolphin and horse, the actual transformations occur off-screen.)



Dalam gambarah B, bas hijau yang aku dan zul naiki kelihatan memotong secara merbahaya untuk mengejar bas merah yang memotongnya tadi di persimpangan jalan... tanpa memikirkan keselamatan penumpang penumpang bas didalamnya....

memang la kalau aku pon hangin kene begitu , tapi ko bukan bawak kereta sorang sorang, ko bawak bas la bodoh, banyak nyawa ko bawak dalam bas tu...desus hati kecil ku..


merujuk pada gambarajah C, bas hijau kelihatan telah berjaya memintas bas merah dengan cara yang paling tidak bermaruah seperti gaya cerita filem murahan, arahan anak usop haslam tak pon filem ahmad idham.

yang paling macam jadahnye, semua ini berlaku dengan menggunakan bas, aku repeat BAS...
jadik boleh la dibayangkan bagaimana sebuah bas melintang ditengah tengah jalan dengan tujuan mem'block' bas yang satu lagi.....

kejadian ni berlaku betul betul dihadapan bus stop leisure mall, jadik sudah tentunya jumlah kehadiran manusia disitu adalah ramai dan ditambah pula dengan jumlah penumpang kedua dua bas tersebut....

Tidak cukup dengan itu, drebar bas hijau, yang sudah kelihatan ciri ciri munkeenye melompat keluar dari basnya meluru ke arah bas merah tadi...dia menendang pintu bas merah dan memaki maki seraya mencabar drebar bas merah tadi....akibat cemuhan dan makian dari munkee bas hijau itu, drebar munkee bas merah yang sememangnya sudah sedia maklum bersifat gampang menyahut cabaran dan turun dari bas....seterusnya kedua dua munkee itu terus berbalas balas tumbukan dan tendangan tanpa menghiraukan lautan manusia yang berada disekeliling mereka....

aku dan zul lekas lekas turun dari bas untuk memerhatikan munkee duel ini secara dekat...pakmet kemudiannya turun dari bas merah dan join sekali....kitorang hanya mampu menggeleng gelengkan kepala melihat aksi yang dipamerkan oleh kedua dua ekor munkee itu....

Akhirnya kitorang pon blah menuju ke arah leisure mall meninggalkan sarkis tersebut dengan rasa sedikit ralat kerana tidak mambawa bersama pisau untuk dicampakkan kepada kedua dua munkee tadi agar mereka berbunuhan sesama mereka, ini untuk mengelakkan peristiwa ini berulang kembali di masa masa akan datang....

sekian T.A.M.A.T

4 comments:

faiz said...

aku mmg kagum ngan presentation ko.. siap ada graphic utk menerangkan kejadian yang berlaku...

tapi yang aku tak boleh belah ada juga diselitkan cerita minimal di tengah tengah jalan cerita

ahahahaha.. aku pun dah lupa pasal Manimal... apabila bertukar menjadi binatang tangan dia bergetar getar....

pakmet... apa kata ko buat demo sikit

Azhan said...

adeh adeh sakit perut dow...

apis ko lupa satu lagi elemen, nanti aku sambung di next entry

udin said...

aku tak baca lg tapi dah gelak guling2 kat opis

apis said...

aku mendapat ilham untuk entry ni semalam apabila ada bas bahalol cuba memotong sebuah kancil depan aku sebelah kiri....bukan disebelah kiri lane tetapi, sebelah kiri diatas divider...

lantas aku teringat peristiwa jahanam yang melibatkan kita semua yang berkaitan dengan bas