Thursday, September 10, 2009

Kami Bekerja Untuk Pengalaman - Ikhlas

Rewind 1998.

Selepas SPM seperti biasa ramai la bakal-bakal penganggur yang keluar dari sekolah membawa harapan dan cita-cita masing sambil menunggu result. Ayat berbunga macam karangan Cikgu Rogayah. Celaka.

Lepas SPM...aku, Faiz dan Apis masing-masing nak cuba cari duit sendiri dan ikhlasnya nak cari pengalaman. Yela setakat PMR je, SPM pun tade lagi. Sebat jela keje apa-apa pun. Asalkan dapat duit yang halal dan tak menyusahkan mak bapak. Lain la kalau bapak aku surgeon. Dah tentu aku duduk rumah main internet.

Aku dan Apis dapat kerja kat KOMTAR. Dulu kat JB, reputasi KOMTAR memang hebat. Kaki pau, seluk poket, mat tarian pandet, mat france, orang-orang 'kuat' dan lain-lain yang seangkatan bermaharaja rela kat situ. Tapi sebab transport nak pergi sana senang dari rumah, terima ajela. Berbekalkan semangat nak amik lesen dan skil street smart, no turning back bebeh. Takkan la nak memilih keje, dahla tade pengalaman. Faiz pulak dapat keje kat Holiday Plaza, potong pizza ke apa ntah. Hmmm, Faiz dan Pizza...sungguh ironi.

Anyway, masa tu kami memang tak fikir sangat pun pasal gaji. Tapi pengalaman nak rasa perit jerih cari duit tu yang paling berharga dan buat kitorang rasa bersyukur. Rasa macam mana peritnya mak bapak kami cari duit. Masa dapat lesen dengan duit sendiri, perghhhhh...rasa macam aku baru keluar dating dengan Natalie Imbruglia. Nak beritahu semua orang. Hahahaha.

Ini adalah titik permulaan pengalaman kerja aku, Apis dan Faiz. Sekarang gaji kami dah berlipat 4-5 kali ganda berbanding gaji part time lepas SPM. Tapi rasa kesyukuran tuh tetap sama. Bak kata ex-gf aku...Winona Ryder, mungkin kesan bekerja lepas SPM tuh life-long experience . Itulah yang bernilai lebih daripada wang ringgit.
..........

.......

....

...

..

.

p/s: Isi-isi penting digariskan.
Ada satu lagi watak tak disebut. Korang mesti tertanya apa MANUSIA X buat masa tu?
Duduk rumah jadi couch potato, sambil menunggu kitorang cuti dan mengharapkan mak ayah kasi duit buat lesen. Apa barang bai?

8 comments:

udin said...

tiiddaaakkkkk!!! katakan ini semua tidak bener.

apis said...

ahahhahahahah

inilah yang paling tepat....

kami bekerja untuk pengalaman...ikhlas...

apis said...

...dan disitulah pengalaman aku belajar TIDO SAMBIL BERDIRI...

ohhh kalau lah udin tahu apa yang kami maksudkan tentang pengalaman ini...

Azhan said...

ahhahahah.....weh kata entry seminggu sekali...korang gila ketagih blogging


culture shock!

hahahahahahaah

udin said...

ko kene paham...ko dah seasoned. aku ni baru lg...nafsu membuak2 lg ni. Tales from the crypt sama silk stalking tak cite lg. Tp aku ada up satu lg untuk bazaar ramadhan.

Check it out! (fade bunyi2 poyo)

Azhan said...

ahahahahah...

alrite dude ----> amacam poyo tak?

faiz said...

pergh.. boleh masuk rekod ni... 16 posting dlm 3 hari...

udin said...

ko tak tengok tu counter baikkk punye. lepas buka buleh naik 400 hit aku rasa. dan aku saje contribute 100...lagi2 la pasal hari ni mc. ahahaha