Thursday, September 10, 2009

My feet hurt!

Gambar dari game

Itulah kata-kata mamat tu kalau disuruh buat bangunan banyak sangat dalam C&C General. Alangkah senangnye kerja kalau klik je kat screen, terus siap. Ehehehe. Nak je, terus ada. Tapi itu hanyalah fantasi semata-mata.

Kebanyakan orang yang aku tanya 'Why you work?', akan jawab 'Because to get money'. Dan aku akan terus dilabel poyo bila aku jawab 'I work for the experience'. Biasala, siapa yang takmo duit. Semua kene ada duit, nak bayar bil, nak beli makanan, nak bagi kat mak bapak, nak kasi duit raya, nak beli baju...nak bayar kete FIAT...eheheh.

Tapi jawapan aku kerja untuk pengalaman tu sebenarnye ikhlas. Masing-masing ada reason tersendiri kenapa diorang kerja. Lojiklahkan. Tapi aku rasa kalau aku kerja semata-mata untuk dapatkan duit, susah nak puas hati dgn kerja aku tu. Sebagai pekerja kilang macam aku ni, memang takkan ada banyak duit punyela kalau nak dicompare dgn orang berniaga. Lain la kalau kilang tu kilang aku, barula aku pun kaya. Tapi itu dah masuk perniagaan.

Bagi aku, bila kita kerja...kita keluar dari rumah. Bila keluar dari rumah je mesti dapat pengalaman. Banyak bende ada kat luar rumah. Masa kerja, kita jumpa orang, jumpa mesin, jumpa documents. Ini semua menambah maklumat yg ada dlm kepala otak kita. Personal skill kita juga akan dibentuk hasil daripada kerja kita. Cara bertutur, cara melawan secara professional, cara bersabar...malah boleh juga belajar cara efektif nak menyampaikan maklumat. Kita tengok apa orang lain buat, kita kaji la sket. Kalau elok, kita amek. Kalau buruk, kita tolak la tepi...simpan, supaya kita tak ulang bende buruk tu.

Lagi puas ati kalau kita kerja bende yg kita suke atau bende yg bermakna. Hmmm ini lagi berkesan untuk menambah motivasi kita untuk bekerja dgn lebih produktif dan berkualiti. Cara menambah motivasi? Cuba carik apa sumbangan kerja ko tu pada masyarakat.
Aku kerja kilang buat IV catheter (ala jarum cucuk korang nak masukkan air kalau korang masuk sepital tu). Produk keluar roughly 350 juta pieces setahun. Pekerja ada 5000 orang. Hari bekerja 365 hari setahun....so korang kire 350juta/5000 org/365 hari = 191.7 . Ini bermaksud sumbangan aku adalah 190 cucukan jarum pada 190 pesakit. Menatang ni diguna untuk masukkan ubat, menyembuhkan pesakit. Katalah 50 pieces jarum nurse injek salah (ni banyak ni, aku rasa takde nurse bodo camni)...ada 140 lagi yg sampai ke patient. Aku membantu 140 nyawa kembali berfungsi seperti biasa. Dan ini adalah sumbangan aku untuk setiap hari. Dokter paling power dlm dunia ni pun takde yg aku rasa buleh selamatkan 140 nyawa sehari. Banyak jugak pahala aku dapat. Best betul kerja aku ni.

So kawan-kawan. Sesungguhnye kerja kita sepatutnya membawa makna yg lebih dari wang ringgit. Hargailah kerja anda dan sentiasa cuba untuk improve. Sebab hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam. Tapi ini pendapat aku la, quoting penulis blog yang lain...just my 2 cent.



p/s: ini entry aku buat kat opis sebab aku tengah takde keje...keh keh keh.

12 comments:

udin said...

eh apasal la aku tekan enter dia takmo turun satu line...semua jadi melekat sama paragraph

Azhan said...

apesal aku nak ketawa jek baca entri nih....contribute pd masyarakat?

yg buat iv company kau. kau cuma typist je. contrbute kau 0.00006% jek. lain la kau yg R&D engineer atau end line QA engineer.

apis, aku bentang carpet merah...silakan...

aku tak terbayang contribute tukang sapu kat kilang ROCHE yang buat TAMIFLU. hebat!

Azhan said...

ok lah aku maafkan kau

kau baru setahun jagung keje.tak paham maksud direct dan indirect




mana leh compare dgn doktor

faiz said...

pakmet...aku rasa artikel ko ni lawak giler aaa
ahahahahhhh
kerja kau memang best...
aku mmg envy dgn kerja kau...
wahahahhaa

Azhan said...

kehkehkeh

validate ke QA apa ntah...



angin sial bila pakmet cite pasal keje

udin said...

ala aku tau korang jeles aku selamatkan nyawa tetiap hari

udin said...

eh merujuk kepada aku tekan enter td...apsal dia takmo turun?

nora.rafael said...

ye..cara bersabar

Azhan said...

ko pi la tengok kat html

udin said...

bijak betul ngko zul...tenkiu tenkiu

apis said...

apasal aku rasa macam lahanat jek entry ko ni pakmet....

ni nak kene counter entry ni....

Yellow Kiwi said...

Kilang mn ni? Tgh carik keje..ada x post tuk org blaja microbiology