Tuesday, September 29, 2009

Makan Raya

Memandangkan yang aku orang johor, jadi bila raya makanan sinonim adalah soto nasik (bukan bihun soto) dan laksa johor. Malah, makanan paling best aku rasa dalam dunia ni adalah laksa johor. Kesedapan makan laksa johor...adalah apabila kita makan dengan menggunakan tangan dan bukan sudu garpu. Ia agak menggelikan untuk sesetengah pihak, especially bila kita pegi rumah orang lain. Jadi aku sarankan hanya buat di rumah mereka-mereka yg rapat (iaitu immediate family sahaja). Laksa johor special dia sebab dia pakai spaghetti. Jadi terbukti ada elemen italian dalam tradisi melayu johor. Dan ia dimelayukan dengan memakannya bersama sambal belacan. Memang maveles. Lain-lain yang menonjol makanan raya kat johor adalah lontong. Nasik impit tu kire universal, pasal buleh layan dengan semua jenis bende.

Gambar dirembat dari HomeKreation.blogspot.com tanpa kebenaran pemilik asal


Yang dah berbini orang negeri sembilan, akan mengfeelkan diri dengan rendang dan lemang secara abes original. Pasal ramai orang kata makanan ni semua asal dari minang. Diorang semua cite rendang kobau mmg syok. Aku ada rasa jugak...sedap mmg la sedap, dah sebulan tak makan waktu siang. Semua yang aku makan waktu siang rasa sedap. Tapi rasa daging jugak la. Zul kata daging dia lembut...lembut la kot. Kalau liat, sah sah aku baling ke dinding (ini adalah tindakan kong ajo, tolong jgn folo). Satu lagi yang agak ganjil kat n9 ni, daging salai masak lemak. Sedap mmg sedap...licin je aku layan. Tapi pasal makan daging dlm masak lemak...ada rasa mcm cannot go sket. Mcm kalau ada orang soh aku makan laksa johor pakai mee laksa kaler putih. Cet...

Papehal pun aku rasa makanan johor paling feel sekali kat mesia ni. Selain dari makanan masa raya, ada Asam pedas ikan, Murtabak Man Tomok (aku tanak panggil singapo pasal aku anti singapo), Mee Rebus Haji Wahid, Tauhu Bakar, Air Kathira Abu Bakar, Cikong sejuk (yang menggunakan ais mcm dlm ABC), Sup/Mee rebus Gearbok ZZ, Popiah SS Ali, Otak-otak Kempas....dan paling feel...roti tampal telur lembik restoran yassin...ahahahaha.


p/s: weh lama dah kita tak makan kat senibong la. tapi aku rasa ikan bakar dia tadekla power sangat. tapi layan je la....



7 comments:

Azhan said...

tak suka singapo tapi sayang tomok, ceh!

pegi senibong feel sebab murah. tu je. yang lain semua average. next time balik JB jela kita pegi.

faiz said...

rela sebut tomok.. ahaha

kawan Zul said...

jgn lupa sate wak radol, kuah kacang letak spender, baek punye madrem

Farhana said...

dah mula bercerita masakan nogori sombilan?...hurmmm...jeng jeng jenggg...

udin said...

ni tak bukak cite makanan sabah sarawak lagi...haaa

jeng je ke jeng

Azhan said...

laaaa....org sana pulak ke?


nasihat aku: jgn kene reject time2 nak raya suda la...


ha ha ha

apis said...

pakmet playsafe do skrg...sebelum dia kene rejek macam dulu, dia yang rejek orang....

tapi penyataan dia rejek org tu perlu lebih analisis lagi sebab datang dari mulut dia sendiri... mungkin untuk cover rejekkan yang kedua? mungkin?