Monday, September 14, 2009

Drebar bas siapa yang lebih power...part 2

Apis, kau lupa mention lebih detail pasal kedua-dua funky munkee tersebut. Biar aku jelaskan dengan graphical untuk lebih senang faham.

Semasa happy. Ini Doink dan Dink, serupa macam driver bas merah
dan driver bas hijau.


FYI, si pendek driver bas hijau ni lebih ganas dengan menyerang sambil menggunakan kata-kata kesat ala John Cena. Macam orang kata kecil kecil cili api, sekali tumbuk tangan berapi. Kihkihkihkih. Ada ke patut, tinggi pun macam Frodo nak guna teknik flying kick pulak.

Si pendek cuba flying kick. Sayangnya kaki kontot beberapa inci.

gambar ihsan: bestofwrestling.com, pottonkarate.org.uk

3 comments:

udin said...

drebar pendek : oi bodo! tadak akal ka potong macam haram? mangkuk la ngko ni

(drebar pendek seraya cuba untuk naik bas drebar panjang. tiba2 drebar melayang keluar apabila drebar panjang menlakukan gaya berpaut di alang pintu bas lalu menghayunkan badan keluar. sessi lawak bersambung di luar bas. carut mencarut. si pendek cuba menghotkan lagi suasana dgn melakukan aksi2 akrobatik, malangnye dia pendek. disebabkan malu kerana flying kick tak sampai, lalu drebar pendek mengambil batu bata di tepi jalan untuk menghempuk ke muka drebar panjang. sungguh tidak boleh diterima akal kisah ini...tetapi percayalah!)

Azhan said...

hahahahahahhaahahhhahaha


aku lupa sial bab batu tuh.

WWE street match

apis said...

ahahahaha

aku pon lupe siot pasal bab batu tu....padahal boleh jadik point penting tuh...ahahahaha