********************
Sekarang banyak kompeni yang buka kilang, plant, factory, etc di tempat-tempat luar biasa. Luar biasa tu maksudnya tempat jin bertendang ataupun apabila nampak manusia kat situ memang peliklah. Sebenarnya ni semua bukan fenomena baru, terutama dalam sektor industri atau pembuatan, atau manufacturing la kalau tak faham-faham jugak.
Antara sebab utama pemilihan lokasi mengarut lagi mencarut ni ialah sumber. Sumber yang dimaksudkan ialah mungkin sumber bahan mentah, sumber tenaga buruh, kemudahan akses logistik seperti pelabuhan dan sebagainya. Henry Ford (gambar) merupakan pelopor kepada idea ni. Henry Ford yang gah di sebalik konsep mass-production ini juga ada buat silap juga.
Pada kemuncak pengeluaran kereta Ford pada 1920-an, sebagai seorang 'control freak' Henry dapati satu bahan mentah yang tidak dapat dia kawal ialah getah. Getah tidak ditanam di Amerika, malahan ketika itu market getah dimonopoli seluruhnya oleh British Malaya, atau penjajah British yang berada di Tanah Melayu ketika itu. Korang tau la camne bisnes monopoli ni, suka hati dia hantar, suka hati dia letak harga, suka hati dia nak naik harga. Teringat pulak aku kat Astro. Anyway, Ford tak suka kepada stail 'middle man business' maka wujudlah idea untuk menanam sendiri pokok getah sebagai sumber bahan mentah kepada kilangnya di Amerika. Tapi di mana ya?
Jeng, jeng, jeng. Pada 1927 dia dah menterai perjanjian konsesi untuk kawasan seluas 10,000km² di tebing sungai Tapajos di dalam hutan Amazon, dengan kerajaan Brazil. Sebagai balasan kerajaan Brazil dapat 9% daripada keuntungan projek ini. Sebab secara teorinya Brazil adalah kawasan paling strategik untuk setup projek beliau. Pertamanya di sana sesuai tanam getah, keduanya lokasi ni berhampiran dengan Amerika. Maka wujudlah Fordlandia.
Tinggalan Fordlandia.
New beginning yang dimaksudkan Ford ialah jauh dari union (kesatuan kerja), ahli politik, ketenteraan dan Yahudi. Ya, dia memang bengang dengan Yahudi Amerika. Tapi Ford sendiri pun ada yahudi punya perangai jugak. Dia pernah upah samseng untuk takutkan pekerjanya dari join union, tapi gaji biasanya Ford akan bayar double dari nilai pasaran. Yang pekerja dia tak puas hati ialah cara dia control serba-serbi kehidupan pekerja dia. Ford fikir kalau dia bayar gaji mahal, maka akaun facebook pekerja pun dia nak tau. Macam tula lebih kurang.
Balik semula cerita Fordlandia, sebagai seorang pengamal ilmu LEAN, Ford dah buat silap besar apabila abaikan konsep Gemba Gembutsu iaitu melihat sendiri kawasan atau tempat kerja. Banyak kelemahan dalam projek ini kerana kumpulan pekerja yang datang ke Amazon tak tau apa yang bakal mereka tempuhi. Cuaca, bentuk muka bumi Amazon, penyakit pokok getah, jurang budaya antara local dan Amerikans, penyakit tropika seperti malaria dan lain-lain lagi. Ford memang memiliki perangai tipikal bos Amerika yang pentingkan keuntungan tanpa ambil kira masalah pekerja. Sikap tipikal macam ni yang kebanyakkan CEO kat Malaysia terapkan kepada pengurus-pengurus syarikat.
Satu lagi kesilapan Ford ialah tak mengupah botanist untuk start-up projek ni. Dia buta-buta harapakan sekumpulan engineer untuk study macam mana nak tanam getah. Serius dia ingat engineer boleh buat semua ni! Satu lagi perangai tipikal CEO. Jurutera-jurutera Ford di Fordlandia banyak ambil masa untuk trial and error. Yela, masa study kat universiti belajar mekanikal tiba-tiba kena jadi petani pulak. Pehal ni jack?
Zaman ni 4-wheels tade lagi, diorang guna kereta Hj Bakhil.
Impian Ford untuk wujudkan 'mini perfect America with healthy lifestyle' di Amazon mula menujukkan kejatuhan. Pada 1930 wujud pemberontakkan pekerja watan (local) yang tak puas hati dilayan macam hamba abdi dan terpaksa mengikut budaya serba serbi Amerika, yang turut juga mewujudkan masalah sosial seperti pelacuran dan lain-lain. Walaupun pekerja local dibayar gaji mahal dan rumah pun dapat standard rumah Amerika, sikap majikan yang terlalu 'mengawal' mereka butakan mereka marah. Masalah sosio-budaya ni bukan sahaja melibatkan kaum peribumi malahan pekerja Amerika jugak. Sebelum tu Henry Ford buat peraturan macam-macam, termasuk mengharamkan arak dan tembakau. Macam JAKIM la pulak. Sedangkan orang Amerika ni hobinya dah tentu mabuk dan bersetubuh luar nikah. Mana tak memberontak beb.Pekerja local memberontak menyebabkan pekerja Amerika lari ke dalam hutan atau keluar terus dari Amazon. Dah 3 hari memberontak baru tentera Brazil datang, tapi pemberontakkan dah lepas tahap klimaks pun.
Pada zaman ni, fasiliti di Fordlandia dianggap gempak dah.
Sekarang ni ramai CEO, manager dah terikut-ikut kesilapan Ford menguruskan Fordlandia. Mereka semua ni lupa...
"to place people in the center when building or rebuilding any industry"
Gambar kredit:
http://failuremag.com
http://www.telegraph.co.uk
3 comments:
gile babeng.
mcm mana dia bleh buat long distance mngmt? mungkin masa tu dia buat management guna burung merpati. nak sms alexander graham bell belum cipta butang telepon.
eh aku mcm ternampak perkataan bintulu dlm artikel ni
dalam pioneer team ni, dia ada hantar beberapa org manager
tapi tak sure la kalau ada staff yg dijanjikan manager pegi sana atau tak...
keh keh keh
aku rasa henry ford janjikan jawatan manager pada engineer fresh grad kalau sanggup gi amazon...
dejavu on
Post a Comment