Wednesday, February 16, 2011

Radio, TV Singapura & Shortcut

Dulu masa gua sekolah memang gua layan radio dengan tv singapore. Nak buat camne, memang la malu, dah dulu tv Malaysia asyik melantak TV1 dengan Tv3 je. Tv2 punya siaran tak pernah masuk akal. Ada sekali tu jela gua layan the A team kat TV2, itupun ulangan pukul 11 malam. Apa barang layan A team pukul 11 malam? Kat SBC 5 kalau pukul 11 malam memang dah boleh nonton kategori soft porn dowh. Seriyes ni.

Dulu kat TV Singapore, ada siaran SBC 5, 8, 12. Pastu diswastakan menjadi Television Corporation of Singapore (TCS) kemudian Media Corp. Kalau korang nak details pergi Google la senang. Ni gua bagi heads up, dia punya link kat WIKI. http://en.wikipedia.org/wiki/MediaCorp

Mula-mula SBC 5, kemudian TCS 5 dan sekarang Channel 5. Dulu memang ada 3 channel utama je, sekarang ni kalau tak silap dah ada channel Suria khas untuk siaran Melayu je. Sebabnya channel 8 dah memang KHUSUS untuk siaran bangsa cina atau Tionghua ikut dialek boyan Singapore.

Channel 5 ni memang channel utama la sebab khusus untuk media bahasa inggeris. Sapa-sapa yang bantah PPSMI gua berani gerenti tak tengok cerita siaran ni. Rugi woooo. Channel 5 ni banyak hidang movie hollywood yang latest. Itu belum kira malam Selasa atau slot Tuesday Horror kalau tak silap. Pukul 11 malam cerita hantu yang diselitkan sikit unsur soft porn. Setakat nip slip tu tade hal. Rusakkk budak JB! Hahahaaha.

Bagi gua yang peminat muzik ni, satu cara nak layan video clip muzik mainstream ialah Ahad pukul pukul 1 pagi (atau hari Isnin?) iaitu America's top 20. Kalau korang nak tau America's top 20 ni ditayangkan lepas Silk Stalking. Memang cantek dah tu turutan dia. Kat sini aku kenal Silverchair, yang seterusnya jadi lagu jamming aku masa form 4 sampai form 5. Lagunya 'Tomorrow', ada budak bermuka babi berlari-lari bawak duit. Memang epic video tu. Oppss, satu lagi video epic yang jadi juara berminggu-minggu kat carta....If you wanna be my lover....you gotta suck my di...ahhh yang last tu gua tambah. Hahahaha. Lagu 'Wannabe' oleh Spice Girl. Nyanyi tak pandai pun, tapi pandai menari, tak cantik tapi tak pandai pakai BRA jadi dapatlah jadi juara.

Banyak lagi gua nak expose pasal Channel 5 ni, sapa yang duduk JB cakap tak layan memang pembohong besar la, unless parents korang alim ulamak or memang anti hedonism takde tv kat rumah. Satu lagi siaran yang gua ingat VIDZ. Hari Sabtu pukul 2 petang. Vidz ni siaran request video clip pastu kalau korang punya request paling best dapat hadiah G-Shock. Caranya korang kena buat request card paling ghey dalam sejarah umat manusia. Ironinya budak kelas gua ada menang G-Shock ni, lagu dia request lagu Mariah Carey...dan apesal ada budak lelaki yang request lagu Mariah Carey? Korang kena refer balik syarat-syarat nak menang G-Shock tu untuk jawab soalan gua ni.

Last sebelum gua end entri ni. Sesekali tu gua layan jugak radio Singapore. Takkan nak dengar best 104? Keroncong belum jadi trend lagi zaman tu. Sesekali dengar siaran Singapork ada selit-selit laporan trafik. Bab ni yang kelakar. DJ tu sebut banyak shortcut.

"through the PIE, the road seem congested and slow moving towards town area...."
"drivers are advised to avoid the CTC and and take a shorcut to SLE and towards SSFE...."
"after 5pm drivers should avois the RFFI and KGTD and please look out the motorist from GJKIF and KLING...."

Shorcut atau abbreviation tu merujuk kepada lebuhraya diorang. Contohnya PIE tu Pan Island Expressway (lebuhraya paling tua kat Singapore in case korang nak tau), SLE merujuk kepada Seletar Expressway dan selebihnya gua reka.

Sebelum gua undur diri, sila layan video epic ni...If u wanna be my loba loba loba....alahaii gediknya. Ahakzz.

3 comments:

apis said...

AHAHAHA dulu tgk cite antu sebab nak tgk nip slip je... takde nip slip kecewa sampai esok pagi

Azhan said...

mmg sweet memori

entertainment free...tak mcm skrg. semua kene bayar.

apis said...

bayar tapi banyak potong... demm