Mengindang-ngindang hati kama...Aku layan entri ni sambil bukak youtube, cari video Hati Kama. Jap lagi aku cari Kurik Kundi pulak.
Next week aku cuti panjang sampai 6 haribulan, layan adik ipar nak kahwin. Rilek sikit, jauh dari bos, jauh dari ofis. Cerita pasal majlis-majlis ni sejak dua menjak aku peratikan kat majlis-majlis keramaian dah tak feel lagi macam masa aku kecik-kecik dulu.
Kalau dulu-dulu, time open house masa tulah nak tengok sepupu-sepipit yang cun-cun dah jadi anak dara bergetah. Yela, masa kecik-kecik time sekolah rendah semua sememeh comot, time dah masuk 18 tahun dah tau calit tang sini calit tang situ konfem la nampak cantik kan. Pastu jumpa mak sedara yang entah sapa tak penah nampak tiba-tiba je muncul time raya macam Santa Claus muncul time krismas. Pendek kata time ni la nak bersosial kan, kan.
Macam tahun lepas, kebanyakkan open house yang aku pegi budak-budak sekarang ni semua mengadap henpon. Tit tut tit tut, lepas tu gelak sorang-sorang. Orang kiri-kanan dah tak layan dah. Macam masa zaman aku 017 (masa tu ADAM, bukan adam AF bandana bangang) free sms sama line 017. Semua sibuk sms, yela free kan. Eh, cerita pasal sms free ADAM ni, dulu aku masa kat U serius nampak budak perempuan lintas jalan sambil tersengih-sengih tangan ber'sms'. Tup tup baammmmm......Bukan kena langgar tapi jatuh longkang. Aku seperti biasa la tade maaf punya ketawa. Nak tolong pun, boleh tolong ketawa je.
Tapi budak-budak sekarang lagi advance. Henpon semua ada internet. Tapi ada internet pun tau bukak website Facebook dengan twitter je. Itu aku belum suruh cari alamat rumah guna GPS lagi tu. Entah tau ke idak GPS tu menatang apa. Lepas tu kejap-kejap amik gambar, kejap-kejap amik gambar. Entah dari angle mana sekalipun nak amik gambar. Hahaha. Macam-macam hal.
Facebook ni takyah aku nak cerita apabende. Budak darjah dua pun tau. Silap haribulan diorang ada akaun. Cuba cakap dengan budak-budak ni kau tade facebook, konfem la kena label zaman Hail Amir. Layak pakai baju kolar besar je. Memang celaka. Hahaha.
Sejak ada facebook ni budak-budak sekarang ni dah kurang bersosial secara realiti, semua 'friends' kat maya je. Dulu aku ada baca survey, orang Malaysia adalah pengguna tegar Facebook kat dunia ni, dengan average usage paling tinggi dalam seminggu. Make sense jugak la memandangkan survey yang aku jalankan kat sekitar ofis aku pun mengiyakan survey ni. Dalam survey ni jugak, orang Malaysia paling tinggi average 'friend' iaitu 233 orang average. Ni korang boleh baca kat sini, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/13/nation/7212273&sec=nation
Haaa...kat sini lah ironinya. Dalam akaun facebook ada beratus-ratus kawan tapi bila duduk semeja dengan kawan/sedara mara pun tak berbual kiri-kanan asyik ngadap henpon. Sekarang siapa yang anti sosial? Yang ada facebook ke atau yang tade? Hahahaha. Konfemlah yang ramai friend list tu lagi la busy nak mengupdate status kat kawan-kawan maya.
"sedang enjoy wit cuzz..." cuzz tu cousin la, ni anak sedara aku yang ajar.
"having dinner with friends...."
"bla...bla..bla..makan lobster dengan sambal belacan..."
"waiter muka cute macam tomok...."
Dah kau asyik sibuk update status kat henpon, kat twitter, tang bila masanya kau nak bersosial dengan manusia realiti kat sebelah ni? Orang sibuk makan dan berbual, kau asyik sibuk makan pastu update status.
Buat info semua aku bukanlah anti website sosial ni, anti teknologi atau anti sosial. Malah aku mengadap teknologi hari-hari sampai raya pun mesin-mesin dan robot-robot memanggil-manggil suruh datang kerja. Kawan-kawan pun aku rasa cukup la kalau setakat nak ngeteh 4-5 jam...itu belum masuk geng sungai chat yang jenis mengeteh sampai dengar azan subuh Masjid Kolam Air. Seriussssssssss....aku dengar azan subuh.
Cuma berpada-padalah.Tade perasaan yang lebih mutual berbanding berbual face to face, gelak sama-sama, kutuk sama-sama. Teknologi takleh replace human dowh. Aku buat robot gerak 5 axis pun kadang-kadang salah gerak ke tempat lain. Nasib baik aku tak tergerak nak lempang mesin tu. Mengadap mesin/equipment 8 jam sehari boring dowh. Lain la kalau ngadap Nur Fathia 8 jam sehari. Kan lain tu perasaan teknologi dengan human. LOL.
Lagi satu, apa barang ajak ngeteh tapi ngadap twitter? Betul...
3 comments:
ada mak budak kat opis aku, buat satu akaun facebook untuk anak dia yang umur 4 bulan....
watdefak....
dia nak buat gathering untuk seme baby2 yg lahir sama kat hospital anak dia kot....lagi tak tahan sebab dia kongsi maklumat tu dgn teman2 opis...apahal?
gua ada mcm sikit2 tempias dgn entry ni... takpe, lain kali g Habib ke, Osman ke... aku bawak henset lampu picit mcm Udin... warghkakakaaaa
Post a Comment