Tuesday, February 22, 2011

Hati Kama

Ini dinamakan back to back entri sebelum bercuti.

Sepanjang aku kenal Siti Nurhaliza (hahaha) dari dia jadi penyanyi sampailah dia jadi Oprah Winfrey, serius aku tak tau apa maksud KAMA. 'Hati' tu aku tau la. Hati boleh dimaksudkan jiwa-jiwa jugaklah kan, kan. Yang aku dapat bayangkan selalunya maksud perkataan yang bergandingan dengan HATI ni mestinya loving-loving la kan. Melainkan kalau disebut hati kamal. Haaaa itu maksud betul-betul lain. Maksud yang terlalu extreme opposite macam lembu dan babi....halal dan haram. LOL. (disclaimer: maaf, lawak ni hanya geng sg. chat yang faham)

Disebabkan sejak kebelakangan ni Hati Kama menjadi term yang agak hangat kat sini. Aku pun dengan senang hati Google. Apakebende tu KAMA? Ok everibodi lets sing togeder...

Daripada wiki, KAMA tu adalah berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud pleasure, sensual gratification, sexual fulfillment, pleasure of the senses, desire, eros, or the aesthetic enjoyment of life. Atau dalam Bahasa Melayu, berahi, kegairahan, cinta, asmara, nafsu. Dalam mitos Hindu pulak, Kama ni ibarat cupid iaitu mitos roman yang berkait dengan dewa-dewi cinta, yang dipanggil dewa kama. Ada paham?

So kat sini aku boleh simpulkan HATI KAMA = JIWA ASMARA.

Jadi bermula dari sini kalau hati kama nak dikaitkan dengan kisah LRT, kuat merajuk ke atau apa lanciau sekelian perkara lain dipersilakan. Soal hati ni jangan memain. So, take note.

Sekarang anak-anak sude jelas apa itu maksud hati kama. Kita move on pulak ke satu lagi perkataan yang tak kurang mencabar perbendaharaan kata kita. Baca lirik kat bawah ni.

Mengindang-ngindang padi huma,
Mengindang dalam tampian,
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang

Bukan betara
Atau pesona
Insan biasa

Mengindang-ngindang tu rupanya berkait dengan satu jenis tarian Minangkabau, tarian Indang. Patutlah lirik dia tulis mengindang-ngindang padi...rupanya ada kaitan dengan orang minang. Betul ke? Sebab aku Google keyword 'indang', yang keluar Tarian Indang je. LOL sungguh. Memang shallow aku punya research. Ok lah, sapa yang tahu facts yang betul, tolong betulkan.


6 comments:

apis said...

memandet mandet padi huma
memandet dalam tampian...


memandet....tarian pandet

udin said...

eh indon dah dapat balik blum hak menari pendet?


ehhh amek la, tak ingin aku

Anonymous said...

lagu Hati Kama ni sebenarnya adalah kiasan puisi untuk seseorang yang (khas nya lelaki) yang telah di hancurkan hati nya oleh yang tersayang (isteri, tunang).
Di dalam pusis Hati Kama ini, yang tersayang itu di tuliskan sebagai Juwita.
mengindang itu mremamng maksudnya dari tarian indang minang.
Jadi mengindang 2 padi huma, seperti tarian musim menuai padi, padi di tampi.

Memandang mandang hati kama, memandang dalam renungan.

Jadi nya, si lelaki ini sedang bersedih, merenung dan bersedih hati , kerana hatinya telah hancur remuk (mungkin isterinya sudah churang, atau tunangnya sudah terpikat dengan orang lain), selaras denagn lirik "munkin hatinya di duga sehingga terusik hati nurani:.


Ada pihak ketiga di dalam gambaran ini. Iaitu seorang perempuan lain yang si lelaki ini cintai, dan begitu juga perempuan itu terhadap si lelaki.

Mungkin si perempuan itu telah berjanji dengan si lelaki tersebut yang dia tak akan meluka kan hati si lelaki itu dan si perempuan ini akan setia padanya.

atau, mungkin juga sama ada si lelaki dan perempuan ini tidak pernah lagi bersua tetapi kedua dua nya menanti kedatangan pasanagn yang di impikan (pasangan setia).

Jadi , "tawan lah jiwa ku, lepaskan sayap juwita", maksud nya secara abstraknya, si perempuan memanggil si lelaki supaya melepas kan atau melupakn isterinya (atau tunangnya ) sekarang.

"turutlah janji ku, lepaskan segenap lara", makna nya apabila si lelaki ini bersatu dengan si perempuan baru ini, perempuan ini berjanji yang se lelaki akan bahagia bersam dia, dan segenap lara akan hilang.

Dan merisik risik asal usulnya, sudah tentu bermakna, si lelaki sedang merisik latar belakang perempuan itu.

"Adakah ia hamba sahaya, atau pun pandai tafsir mimpi" adalah simbolik. bermaksud mungkin si lelaki atau pun si perempuan ynag di idamkan itu orang biasa ataupun berharta dan bijaksana.

"burung yang terbang, utus/sampai kan salam" adalah juga simbolik dari cara pasanagn melepas kan perasaan berahi, "hati Kama" kepada pihak ynag ci idamkan,

Lagu ini memberi kesan yang sangat medalam dan boleh membuat seseorang yang di dalam keadaan yang di tipu oleh isterinya boleh menangis...

apis said...

perghhh betul2 tersirat rupenye lagu hati kama...tak tercapai akal gua sampai macam tu sekali

Azhan said...

mak aiiii. mendalam betul lagu hati kama ni. berlapik-lapik bahasa.



faiz said...

Udin, ko ke tu yg menyamar jadi anon?