Friday, February 25, 2011

Kerusi Urut & Highway Pasir Gudang


Musim hujan lepas banyak tempat banjir. Kereta pulak transform jadi kerusi urut. Untuk huraikan kaitan musim hujan dan kerusi urut ni kita lihat penaakulan kat bawah ni.

Hujan lebat + sistem saliran lemah + % kamber jalan rendah (cerun lintang jalan @ crossfall camber) = air bertakung

Air bertakung + kenderaan berat + kualiti kerja kontraktor kelas F = jalan lubang sana-sini

Nanti dulu, belum sampai part kerusi urut lagi...

Kalau kat JB case study yang best dan agak legend ialah highway Pasir Gudang.

Penduduk asli Johor Bahru confirm familiar dengan highway creeping death ni. Peluang untuk menjadi statistik kemalangan adalah lebih tinggi kalau menunggang motor kat sini. Serius der. Walau rempit macam mana pun, walaupun kau ngaku hati kering (read:depan awek), walau rambut rebonding kau lebih lurus dari Adnan Sempit, kalau berani kau bawak la kapcai kat highway ni.

Setakat kena himpit dengan lori kontena 20 kaki tu perkara kecik je. So aku suggest kat pihak berkuasa, mat-mat rempit kat JB yang ditangkap hendaklah dihukum merempit di highway pasir gudang bermula di persimpangan Taman Perling sehingga Tanjung Langsat pada sekitar waktu 2 petang sehingga 5 petang. Kalau sampai kat Tanjung Langsat in one piece tu dikira terlepas la dari hukuman. Tapi aku berani jamin, kalau tak kena hempap dengan lori minyak atau paling-paling pun kene gesel dengan lori bawak tepung gandum.

Balik semula cerita kerusi urut.

Satu culture kat malaysia, kalau ada pothole...tampal...kalau potholes pecah....tampal lagi tebal...at the end pot hole jadi benggul-benggul atau hump. LOL sungguh. Mana teori kontraktor ni pakai? Kalau tampal lubang sama depth dengan lubang takleh tahan maka kena tampal lagi tebal at least 5-8 inches lagi? Setiap kali lalu kat benggul-benggul ni terpaksa gua hiburkan hati nyanyi lagu my hump, my hump, my hump.

Even worse kalau naik kenderaan buatan malaysia yang suspensionnya tak pegi kat QC department (mungkin skip process). Nasib baik jugak aku dah pasang silencer dalam kereta, kalau ada bunyi gegar lebih sikit, kasi UP kan lagi volume radio. Satu lagi lagi tips pastikan playlist lagu tu seleksi dari Metallica, Iron Maiden atau yang sewaktu dengannya. Perhatian, lagu Hati Kama boleh layan kat youtube je.

Kat highway pasir gudang atau highway creeping death ni, nak drive lane kiri banyak my hump, my hump, my hump. Lalu lane kanan kena cucuk angin dengan trailer. Safe option, lalu je kat lane kiri dan serta merta kerusi kereta transform jadi kerusi urut. Itulah nature drive kat highway ni, the very very notorious me tell you. Nasib la aku ulang-alik pergi Pasir Gudang 3 hari je hari tu.

Highway pasir gudang ni satu je contoh je, kalau nak buat compilation jalan raya a.k.a kerusi urut ni mau penuh list kat sini nanti. Nanti jurutera-jurutera JKR marah pulak kat aku.

Lagi 9 tahun nak masuk tahun 2020, bikin jalan pun belum pass lagi camner ni?

Ni aku share link pasal basic design jalan, http://www.scribd.com/doc/48494546/Rekabentuk-Keratan-Rentas-Jalan. Nanti korang tau la apa tu crossfall camber atau cerun lintang jalan.

5 comments:

udin said...

kalau tampal lagi tebal kan lagi lama dia tahan sebelum kene tampal lg. tiu semua untuk securekan bisnes pada masa akan dtg. kalau jalan elok, camana nak tampal jalan...hahaha

apis said...

Tu la sebab aku malas nak tangkap OGAWA ke GINTELL ke...

...

kita kene check la zul, mungkin tender JKR untuk tampal jalan ada include ciri kerusi urut sebagai added value

Azhan said...

semua ni menggalakkan rakyat berbelanja dan menggalakkan cash flow dalam negara.

kontraktor buat duit, tokey kedai tayar buat duit, tow truck buat duit, tokey sport rim buat duit.

tapi yg berbelanja tu cuma satu pihak je. KITA.

LOL.

Wak Zailan said...

aku ada sedikit jawapan dari Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya aku dapatkan untuk cuba menjawab persoalan ini di http://budakjawe.blogspot.com/2011/04/lebuhraya-pasir-gudang.html

Azhan said...

kerja kalau berkualiti tak payah nak tggu highway alternatif ada baru nak repair...

alasan...
kalau repair jalan jem
kalau repair nnt sesak

kalau dikira jalan sesak, jumlah kematian, eksiden...agaknya berapa kos kerugian tu agaknya...sangat tipikal jawapan

tapi apakan daya yg reply pun juruteknik jkr je...