Tuesday, January 4, 2011
Dalam mulut ada api, dalam hati ada batu, dalam otak ada sampah
Aku tengok brader yang bercakap tu betul-betul marah dengan Karam. Sebab terasa Karam cakap orang melayu tak pandai, bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia. Ada jugak aku dengar dia cakap Karam cakap orang melayu sakai, lancau, tapi Karam tak mengaku.
Tapi aku rasa cara brader tu tak kena la. Orang dah nak mintak maaf kau suruh payung satu kedai apehal? Kau dah menambah satu lagi penghinaan kepada orang melayu. Apa sengkek sangat ke minum kat mamak pun tak mampu nak bayar. Nanti dia payung kau Tiger beer kau suka tak?
Aku tengok ada seorang pakcik yang datang buat cooldown sikit situasi kat 2:48. Itu baru stail brader-brader. Cool down sikit. Ini tidak, mintak payung satu kedai. Bahlul. Kalau aku ada kat situ konfem aku rekemen dia kena pukul dulu. Rilek-rilek dulu mintak dia cakap dulu, baru kau terjah. Ni belum orang bercakap kau nak bercakap pulak. Kau ingat ni Melodi ke nak provoke orang dengan soalan cari gaduh? Buat malu bangsa je.
Kalau aku kat sana, kalau betul dia salah. Aku suruh dia buat pantun mintak maaf 3.5 kerat.
Kalau korang perasan dalam video tu ada elemen yang aku nak gelak sawan sikit,
"Jangan seolah-olah memperkatakotak-katikkan benda yang saya tak cakap!"
Yeah betul bebeh, memperkatakotak-katikkan adalah perkataan baru.
"Bro, lepas ni bluetooth kat aku....Satu youtube, satu facebook aku hantar."
Yeah bebeh, itu suara mamat watak tepi yang daripada suaranya dia memang celik Facebook. Aku rasa friendlist dia 80% awek.
Itu uncle ke kat 0:04?
Kategori
azhan,
berita semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mamat tu, dalam kocek takde duit...dalm otak ada taik
tu ko kene kasi pada karam tu, nanti dia simpan dalam buku dia....frasa tu cantik, susanan ayat lawo
kalah budak round table. satu kedai nak di payungnya.
si karam ni bahlul, mamat tu lagi bahlul
dua dua bahlul
Post a Comment