Monday, January 3, 2011

Cerita superhero untuk tahun 2011

Aku baru jap tadi jengok jengok senarai movie omputeh untuk tahun 2011, boleh tahan jugak cerita wayang yang dah standby untuk tahun 2011 ni, Aku malas nak try surf senarai cerita melayu 2011, bukan sebab aku nak lebih lebihkan cerita omputeh (cite omputeh bukan seme best pon), tapi aku sangat skeptikal dengan list yang bakal aku terima nanti, mungkinkah akan ada lagi cerita bodoh pecah panggung? mungkinkah akan ada evolusi KL drift 8 vs Remp-it? Anak halal dan haram jadah? atau jugak Kapoww...ohhh tolong jauhkan aku dari filem filem yang merosakkan jisim putih otak aku ni.

Dari list movies ni aku tertarik pada cerita cerita superhero 2011, Ada lebih kurang 5 filem superheroes akan ditayangkan nanti.
Aku harap cerita superheroes ni nanti tak menghampakan la macam Iron Meng dan Hell Boy... aku dah give up dah nak tengok dedua filem ni lepas tengok sequel no.2 untuk kedua duanya, kalau ada sequel lagi, pergi mamposs aku takkan tengok.

Sebenarnye banyak lagi filem adaptasi superhero yang fail dan sampah contohnya macam Dare Devil, Elektra, Incredible Hulk, Superman, Punisher dan mungkin ada beberapa lagi yang aku terlupa nak mention. Korang nilailah sendiri seme filem superheroes yang aku bagitau tadi, aku yakin 97.7% akan bersetuju dengan aku bahawa filem superhero tersebut gagal. Gagal dari segi macam mana? Entahlaaa, banyak sangat aspek yang gagal aku rasa.

Walaupon macam tu ada jugaklaa yang pada aku, best untuk dilayan macam Spidey, seme dari Spidey 1 sampai Spidey 3 seme boleh layan. X-Men pon aku rasa Ok jugak pembawakkan ceritanye, cuma aku ada hangin kat ending X-Men 3 The Last Stand, ending dia agak mengecewakan. Cerita Batman series arahan Christtopher Nolan pon bad ass gak. Dedua movies gua bagi thumbs up.


Ni bukan Batman yang gua maksudkan



Tapi yang ini

Tahun 2009, ada dua filem superhero yang best Watchmen dengan X-Men Origin, Dedua filem mantap, Untuk Tahun lepas pulak 2010, selain cite taik Iron Meng 2, ada satu cite superhero yang kelakar tapi kejam iaitu Kick Ass...Sesape yang tak tengok lagi cite watchmen dan sepak bontot ni, silelah berbuat demikian, bagi yang berada di JB bolehlah dapatkan di Plaza Pelangi tokan DVD pirate yang ulung (kualiti pirate terjamin), bagi yang berada luar JB, belilah daripada penjual DVD yang datang datang ke meja makan anda yang biasanya muka pecah rumah dan kualiti DVD nye memang diragui ahahahaha.

Ok la, sama sama la kita nantikan performance cite superheroes untuk tahun 2011 ni...yeehaa aku guna taktik keji letak tag macam tu... mesti ramai melayu yang tersesat ke mari ahahaha


sumber : http://www.movieinsider.com/

4 comments:

Azhan said...

spidey trilogi last chapter tu aku keciwa beb

eh, bion-nik tak buat filem ke?

LOFL

udin said...

ahahahahah janda tak tahan

apis said...

kapowww do cite superhero bodoh

apis said...

cite superhero melayu:

orang terbang

bio-nik

kapoww

cicakman

kapten boleh

pepaya - ni paling bodoh