Macam mana weekend korang? Aku taknak ulas apa-apa pasal weekend lepas, semua dah besar panjang dan ada otak untuk fikir sendiri. Anyway, ni adalah posting paling tak releven dengan current issue sekarang ni. Meh sini aku story sikit pasal cerita hantu yang confirm LPF compliance.
Ingat lagi kisah Udin yang INI? Yang ni takde kaitan. LOL.
***********************************************************************************
Kat tempat kerja baru aku, baru siap kerja-kerja expansion untuk kawasan production baru. Sebelum ni kawasan tersebut adalah warehouse untuk completed product yang akan dihantar shipment ke luar negara. Seperti biasa lah, kalau kawasan yang jarang-jarang ada orang, macam-macam cerita tahyul makcik, pakcik kat situ reka-reka. Nampak tula, nampak ini la. Aku taklah menolak langsung cerita hantu ni, tapi kalau dah melampau cerita sampai nampak hantu ada 3 beranak la, mak bapak dan anak watdehel la kan? Siap ada family tree.
Kawasan yang terlibat adalah sekitar 2250m². Besar tak besar lah. Tapi cukup lah untuk medium scale project. Sambung cerita lagi, sebagai project technical coordinator, tugas aku dah tentu la bawak masuk mesin baru dan pastikan segala facitlity kat situ lengkap berfungsi dengan selamat. Dah habis semua kerja pemindahan siap, masuklah part aku untuk setup mesin dan facility kat situ.
Ni aku listkan kejadian aneh masa aku setup dan commisioning kat area tu.
Insiden no.1
"Lampu Lip Lap"
Insiden pembuka ialah kejadian di clean room. Ini adalah area pertama yang team aku tackle untuk testing and commissioning. Menurut tukang karut merangkap pakcik general worker yang telah berkhidmat selama 25 tahun kat kompeni ni, kawasan ni adalah paling rendah dalam ranking notorious dia punya gangguan. Paling top speed pun sekadar bunyi tapak kaki dan bayi menangis.
Aku hantar seorang technician dan seorang engineer untuk pergi check equipment dalam clean room ni. 2 orang staf aku ni kalau kerja tak diselang-seli dengan ketawa macam iblis memang tak sah. Sedang diorang check wirirng kat bawah clean bench tiba-tiba lampu padam. Dua-dua terdiam, tadi ketawa macam celaka. Sekarang padan muka duduk bawah clean bench kaku macam Shamsul Yusof berlakon.
Bila diperhatikan suis lampu masih ON. Mulut dah mula terkumat-kamit entah baca surah apa atau nyanyi lagu negaraku. Bila difikir balik kenapa lampu kat area diorang buat kerja je padam? Sedangkan wiring series atau bersiri. Patutnya banyak lagi lampu yang akan padam kalau ada trip atau short circuit.
5 minit kemudian, lampu yang padam nyala balik, dua-dua cabut lari.
Insiden no.2
"Ketuk-ketuk"
Ada satu kontraktor buat kerja partition gypsum board untuk production office. Office ni ada divide 2 area so kontraktor akan buat partition di tengah-tengah office ni. Semasa dua orang pekerja kontraktor ni sedang buat finishing job atau touch up plastering sebelum cat, dengar macam ada orang ketuk from the other side. Masa first time dengar, diorang berhenti. Kemudian sambung balik kerja, dengar bunyi macam orang ketuk lagi. Kali kedua makin kuat pulak.
Masa tu kebetulan aku lalu area tu dengan technician aku, 2 orang pekerja tu tanya sama ada aku yang ketuk partition tu. Dah confirm bukan aku atau technician aku yang ketuk.
Insiden no.3
"Operator nak balik rumah".
Dalam masa yang sama kerja-kerja ubah suai dan expansion berjalan, 2 orang operator perempuan shift malam dah terkena histeria. Salah seorang tu agak kronik sikit sebab meracau cakap benda yang bukan-bukan. Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi.
Antara perkara pelik yang dia ulang ialah "nak balik rumah, nak balik rumah..." Supervisor shift malam dah suspek ni mesti kes nak keluar dating dengan boifren ni tengok midnight movie atau buat midnight movie. Tapi makin lama makin menjadi pulak jerit-jerit. Rasa nak diterajang aje tapi ada juga operator lelaki yang offer nak bawak balik.Tak pasti bawak balik rumah budak perempuan tu atau rumah dia.
Apabila ditanya kat mana rumah, lalu ditunjukkan arah kawasan yang sedang rennovate tu. Nak jadi lebih thrill, tiba-tiba dia bangun lari ke arah kawasan yang sedang rennovate tu. Dah la gelap gila. Nasib baik lebih kurang 20 meter dia lari dia terjatuh. Tak pasal-pasal siku berdarah.
"Kalau dia terus lari ke dalam kawasan baru tu alamat memang esok pagi jela kita pergi cari"...Ni aku quote kakak supervisor malam.
To be continue....belum sampai part thrill lagi ni baru foreplay je.
6 comments:
seram
fuhh gile babih....makan popcorn sket
Entah mengapa aku setuju dengan kakak tu... esok jela carik kalau dah masuk ke sana... haha
ni baru mukadimah, esok aku post sambungan. setup machine takde hal, nak exorcist hantu yang payah
ko dah panggil uncle seeker?
ada lagi better dari uncle, lagi LOL lagi fake
tungggggguuuuuuu siri no.4
Post a Comment