sambung...
Insiden no. 4
"Bunyi tapak kaki"
Ni insiden aku yang encounter. Mesin terakhir yang aku receive ialah pre-cleaning machine bersaiz panjang 25 meter dan lebar 5.3 meter. Lokasi mesin ni kat hujung kawasan baru ni, terpencil sikit sebab first process. Area ni adalah yang paling notorious sekali gangguan. Menurut pakcik general worker merangkap Uncle Seeker kat kompeni aku, macam-macam kejadian kat sini. Katanya lagi, masa pembinaan bangunan kat sini 32 tahun yang lalu, kat sini tempat paling keras sebab banyak halangan kat sini. Tapi dari segi logik memang la banyak halangan, sebab kat area ni kawasan lembut sikit, lepas tu ada sumber air mata air. Tu yang payah sikit nak buat cerucuk dulu. Yela, teknologi pembinaan 32 tahun yang lepas, mana advance pun. Satu hal lagi yang aku muyskil pakcik ni baru kerja 25 tahun, camne gaya pulak dia boleh tahu cerita 32 tahun yang lepas.
Balik semula cerita mesin tadi...Macam biasalah ETA date dah due, barulah mesin sampai. Disebabkan delay, kerja-kerja kat area ni terpaksa la tangguh untuk bagi laluan kerja tempat lain dulu. Macam biasa, setiap equipment bersaiz gedabak besar sampai aku akan validate dulu sequence programming PLC. Biasanya aku akan check programming sorang-sorang, kalau ramai-ramai mau ribut kepala hotak aku nanti.
Berbekalkan laptop, multi meter dan test pen...aku mula buat kerja. Di sebelah machine ni terdapat satu lagi bilik yang masih in progress masa tu. 50 percent partition dah siap, selebihnya hanya gantung plastik-plastik untuk cover habuk-habuk. Bila angin tiup plastik tu bergoyang-goyang memang thrill la. Tambahan pulak masa tu kerja-kerja civil takde schedule hari tu. Keh keh keh. Tapi aku layan kan jela, malas nak fikir yang bukan-bukan.
Dah 2-3 jam aku kat situ aku dah mula rasa semacam. Sesekali tu rasa macam orang lalu lalang kat belakang plastik canvas yang dibuat partition tu. Aku buat tak nampak jela. Mungkin perasaan aku je atau pun teringat-ingat filem hantu Melayu yang aku baru layan sehari sebelum tu. Nak sebut tajuk filem tu kat sini pun aku malu. Lain kali jela.
Sampai satu tahap aku dengar macam bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dengan laju kat belakang partition tu. Aku tengok lampu tak bukak. Siapa pulak berbaris dalam gelap kat situ.
Cilakak. Ini que aku untuk cabut.
Aku cabut kabel PLC, angkat tester terus blah, mesin tak shut down. LOL. Kalau samseng ke, genster kampung dusun ke boleh lagi aku bersemuka, bab-bab camni sori la.
Insiden no.5
"Tangan atau sarung tangan"
Ini antara insiden paling tragis. Pre-cleaning machine yang aku setup dah boleh berfungsi. Machine ni hujung process ialah drying. So ada guna heater, infra red heater, dan ultra violet light.
Ada satu hari tu, salah satu heater tak berfungsi. Kat touch panel mesin tu tunjukkan ada heater yang tak function. Canggih tak design aku? Anyway, aku suruh technician pergi check heater tu. Time tu aku dua orang je dengan technician aku.
Technician tu pergi bukak tank heater kat hujung mesin, aku pula standby kat hujung satu lagi (kat touch screen atau main controller). Mesin tu panjang lebih kurang 25 meter. Tiba-tiba aku dengar dia menjerit tak memasal, dah tu berlari ke arah aku. Dengan muka pucat putih melepak walaupun kulit dia setaraf Adebayor, dia explain kat aku masa dia buka tank heater tu, dia ada nampak telapak tangan kat dalam tank tu. Aku tanya balik "tangan atau sarung tangan?" Dia jawab "tangan".
Aku tak buka pun tank tadi. Aku panggil 2 orang lagi technician aku datang ke situ. Diorang yang baru sampai buka tank tu tapi tak nampak apa-apa. Tapi serius la muka technician aku pucat lesi macam tepung gomak. Lepas tu dia MC 2 hari.
Insiden no.6
"Siapa tarik?"
Di tempat yang sama, machine pre-cleaning. Aku habiskan masa 4-5 hari juga untuk test semua sequence.
Satu hari tu, aku bagi dry run mesin ni. Dry run ni adalah term engineering bermaksud test mesin atau equipment tanpa apa-apa loading, lebih kurang latihan perang tanpa peluru hidup la camtu. Aku mula test lebih kurang pukul 2 petang. Sampai lewat petang sikit aku datang balik ke mesin tu dengan technician aku.
Aku tengok loading conveyor tak bergerak. Kepada yang tak faham apa itu conveyor, kalau korang pergi Sushi King ada conveyor. Tempat diorang letak sushi yang bergerak pusing satu restoran tu. Itulah conveyor.
Ok balik semula cerita. Aku check balik panel kalau ada apa-apa error. Tapi semua ok je. Jadi aku decide untuk test motor conveyor tu, in case ada short circuit atau bearing problem. Aku suruh technician aku biar motor conveyor free-run dulu. Maksudnya biar motor pusing tanpa pusingkan conveyor. Apabila dia test, ok pulak.
"Alamak, motor ok je. Dia tarik conveyor kot, tak kasi jalan..." sambil ketawa kecil technician aku buat lawak celupar mintak pelempang. Aku ada jugak standby nak kasi terajang.
Tengah technician aku buat connection motor dan conveyor, tiba-tiba dia bersuara...
"Eh, eh....tu tu tu....." sambil muncungkan bibir menghala ke belakang aku.
Aku pun pusing. Punyalah berderau darah aku sampai 139/89 mmHg rasanya. Salah satu pintu tank mesin pre-cleaning ni terbuka sendiri slow-slow. Pastu boleh pulak tertutup sendiri. Walhal mesin dah stop. Untuk info semua, pintu auto takde dalam design aku.
Aku terus ajak technician aku cabut dari situ. Nak tunggu lama-lama pun buat apa. Sambil jalan aku maki mamat tu sebab mulut celupar.
Insiden no.7
"Imigresen Singapura"
Setelah selesai semua testing dan commisioning, tibalah masa engineer R&D dari Singapura datang untuk trial run produk baru ni. Salah seorang engineer tu berbangsa Melayu lulusan oversea. Dari UK. Aku ingat sebab dia ulang cerita 3-4 kali kat aku. Sorang kawan aku yang study kat Jerman camni jugak. Layankan jela.
Dia ni kira oklah kalau dibandingkan colleague dia yang lain. Aku masih boleh berbual lagi. Yang lain tu nak berbual juga dengan aku, tapi selalunya aku jawab secara cynical jela. Keh keh keh.
Anyway, sebab tak mahu jadi kera sumbang kat tempat orang, dia join la aku dengan staf aku yang lain berbual-bual masa rehat. Salah satu topik ialah cerita-cerita pelik kat area baru ni lah. Macam biasalah, dia skeptikal. Mungkin kat negara dia takde hantu sebab negara maju sangat.
Selang seminggu lepas aku cerita, dia tanya aku balik pasal budak histeria la, nampak benda pelik lah, mimpi pelik lah, 'benda' ikut balik lah. Aku pun ketawa jela dengar dia punya cerita. Aku cakap kat dia "mimpi takpe, jangan nampak depan mata dah la..."
3 hari lepas tu, pagi-pagi buta dia cari aku kat ofis. Dia mula buka cerita.
Dari Singapore, dia bawak 2 orang penumpang. So total dalam kereta ialah 3 orang. Sampai di CIQ Singapore, imgresen kat situ minta 4 passport. Dia ni drive Hyundai Santa Fe. Kenderaan 4WD memang jelas lah nampak siapa kat dalam kereta. Dia pun hairan bin ajaib kejap, walhal dalam kereta ada 3 orang je.
Tapi pegawai imigresen tu tetap berkeras minta 4 passport. Pegawai imigresen tu sampai keluar dari booth dia untuk check betul-betul. Sampailah dia puas hati ada 3 orang je dalam kereta tu. Pegawai tu memang nampak 4 orang kat dalam kereta tu katanya. Pegawai imigresen Singapura tu pun hairan juga. Siapa atau apa?
Passenger kat dalam kereta mula resah dan pandang sesama-sendiri. Tambah pulak si brader ni buka cerita hantu yang aku cerita kat dia aritu. LOL. Timing nak cerita pun salah pada hemat aku.
p/s: Satu lagi aku nak tambah, insiden 1, 2, 4, 5, 6 berlaku dalam linkungan pukul 5.00 petang hingga 5.30 petang.
7 comments:
hahaha gile babih do....tak tahan pintu boleh bukak tutup secara live. bapak aaa zul in idah kire first encounter ni...
olahan cerita untuk dikaitkan dgn sushi king juga menarik
tapi kau hailait membe ko belaja jermen tu aku tak setuju sangat...sebab aku rasa dia hensem je
hahaha serius dowh, nasib baik kecik-kecik dulu didedahkan dengan ghostbuster
pasal conveyor tu ramai tak tau sebenarnya. share sikit ilmu.
pasal jermen tu, aku rasa kau dah salah orang la
ko tinggalkan procedure validation...suruh 'encik pintu' tolong buatkan, esok datang dah siap validate....ahaha...hantu educated
aku tak pasti la ni hantu ke atau alien. semacam je gangguan teknikal dia buat.
jangan esok dia panggil aku Kal-el sudah la.
ahahaha... lama dah tak denga Kal-el
butoh Kal El....
ye udin, can help u meh?
LOL
Post a Comment