Wednesday, January 26, 2011

Satu tika dahulu

Pakmet terhutang budi dgn dia.. tapi Pakmet backstab dia





p/s: tak sanggup nak tampal kat sini. nanti terpaksa delete blog

Sunday, January 16, 2011

Malam Minggu kat JB part 2

Makin tahun aku rasa makin tak 'in' dengan scene malam minggu kat JB.

Tadi aku lepak sama apis. Kalau lepak kat yasin konfem perut terburai ketawa. Brader emo man utd arini tak nampak batang hidung. Sama ada rumah dia dah ada astro atau dia konfiden man utd boleh menang EPL tahun ni.

Aku nak inform korang, kerusi kat yasin dah ubah stail, guna kerusi besi stail macam gerai-gerai MBJB. Kalau brader man utd tu tendang konfem tak gerak sebab kerusi dah lekat dengan meja.

Sekian.

Friday, January 14, 2011

Pilih Kasih

Gua buat pesanan ringkas macam twitter.

"Daripada layan siaran Pilih Kasih, lebih baik kita gi yasin."


Saturday, January 8, 2011

Film Trailer: Thor

The Ring


Tadi aku tengok filem The Ring versi Hollywood. Gila ketinggalan betul gua. Dulu aku pernah tengok versi Jepun, memang betul-betul punya seram. Tapi yang Hollywood punya versi aku tak pernah tengok. Ni tahun 2011 baru nak layan.

Dulu sebelum tengok versi Jepun tu aku ingatkan kisah cincin berhantu. Rupanya takde kaitan langsung dengan cincin. Namanya je ring tapi cerita pasal video tape. Tapi kalau tajuk dia ' hantu video tape' macam lahanat pulak bunyinya.

Semua yang layan video berhantu tu semua mati muka jadi senget. Dalam masa 7 hari lepas tengok tape, mampus. Sebelum tu hantu tu call dulu bagi warning awal-awal, bagi masa taubat 7 hari sebelum mati. Tapi serius der, versi Hollywood tak takut sangat macam versi Jepun. Versi Hollywood ikut bulat-bulat je macam versi Jepun.

Tapi zaman sekarang ni kalau wujud video hantu camni bahaya der. Sekali ada orang upload kat youtube, habislah. Satu minit dah berapa orang view. Penat der, hantu nak call sana-sini bagi warning. Silap-silap haribulan hantu hantar sms je der.

Thursday, January 6, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Binatang bogel

Ye harini mari kita seme mengenal satu binatang yang amat interesting. Sekali sekala kita kene jugak lah tambahkan entry ilmiah merapu dalam blog ni. Kalau sebelum ni kita review movie, komik dan game, apakata kita review binatang pulak, ada berani?



Binatang ni, sekali pandang gua gelak sendiri, kelakar pon ada, 1st time aku tengok gambar binatang ni terpikir jugak dalam kepala "sape la gampang sangat men'gillete' kan binatang ni sampai togel". Rupa -rupanya binatang ni memang semulajadiknye begitu ahahaha. Binatang lucah yang aku maksudkan ni ialah Naked mole rat...atau nama saintifiknye Heterocephalus glaber, macam dinosor bunyiknye. Nama melayu dia encik tikus bogel.

Setelah bertanya pada lebai guugle, ada beberapa lagik fakta pelik tentang binatang ini. Checkitout.

1. Tergolong dalam kelas roden, senang cakap kiranye,macam sepupu ipar duai tikus jugak la.

2. Jangka hayat naked mole rat ni ialah 28 tahun, ahahaha jadik sekiranya semua ahli panel penulis sungaichat ni adalah tikus bogel, semuanya sudah lama kembali ke alam barzakh. Kiranya boleh tahan otai jugak la binatang ni, sebab biasanya jangka hayat roden pendek aje.

3. Binatang ni cuma terdapat di Afrika timur sahaja, takde kat tempat lain ok. kalau lu all nak feel jugak macam mana binatang ni, shave aje tikus mondok yang banyak kat hardrock JB tu.
Barulah Benjy.

4. Apa yang lebih menarik lagi ialah, struktur sosial tikus bogel ni adalah sama macam lebah, ada Queen, ada Jantan player,ada Workers dan jugak Bouncer. Worker adalah tikus jantan yang mandul bersaiz lebih kecik, memang kriteria yang sesuai jadik balaci, manakala Bouncer pulak ialah tikus jantan mandul yang bersaiz lebih besar. Perghh binatang ni mamalia tikus tapi sistem hidup sama macam lebah dan semut.

5. Walaupon berbogel, tapi tak pernah sekali pon tikus ni berkelah di naked beach ataupon keluar dimajalah mangga.

4. Ciri ciri lain pula ialah, walaupon katik, lariannya amat tangkas dan laju, Menurut saintis yang mengkaji tikus bogel ini juga, tahap IQ bagi naked mole rat ni juga didapati lebih tinggi daripada tahap IQ menteri kabinet malaysia.

5. Daya tahan melawan kanser pada naked mole rat ini juga amat membingungkan saintis kerana, walaupon dari jenis roden, naked mole rat didapati mempunyai rintangan yang tinggi
terhadap penyakit kanser.



Akhir sekali,walaupon naked mole rat ini mempunyai rupa paras yang sebegitu, ia sebenarnya ada dipopularkan dalam kartun Kim Posssible. Watak Rufus dalam KimPossible ini sebenarnya adalah naked mole rat.

Uchuu keiji gavannnnnnnnn!

Blogger boy watdefak weh!

Rock dowh suara dia, kalau ada yang cakap tak rock konfem pernah mimpi basah dengan Justin Bieber. Cepat setuju dengan gua dan nyanyi, GABAN! Abah you nak mintak...GABAN! Ulang lagi...GABAN! Abah you nak mintak...GABAN!

Gua tak kira, gua nak jamming jugak lagu ni nanti.

Seconds before death

Kisah kat Filipina, Reynaldo Dagsa seorang ahli politik yang juga district councillor yang dikatakan tegas membanteras jenayah di tempatnya. Si pembunuh sengal ni pulak penjenayah curi kereta. Dulu Dagsa arahkan dia ditangkap kemudian nak bunuh Dagsa sebab nak revenge.

Picture of that dumbass killer (at left), and the politician's family.

Daripada berita, timing si sengal ni nak tembak tu masa mercun tengah meletup sebab sambutan tahun baru. Kononya nak camouflage bunyi pistol tu. Family Dagsa pun tak sedar dia kena tembak sampailah dia tiba-tiba rebah lepas amik gambar ni. Strategi dah betul tapi position nak amik shot memang FAILED.

Dagsa mati semasa kat hospital disebabkan tembakan fatal di dada. So gambar ni adalah 'seconds before death photo'. Family Dagsa yang recover foto ni serahkan kat polis dan dapatlah si mangkuk ni ditangkap dengan seorang geng-gengnya sekali. Padan muka.

Gambar ni memang chilled to the bone meng! Anyway, RIP Reynaldo Dagsa.

Full story kat sini.

Tuesday, January 4, 2011

Gavan



Jadual tayangan, setiap Khamis lepas cerita Moero Attack (sommersault berpusing dengan seluar pendek size S) dan Ksatria Baja Hitam (guna title direct dari Indon). Tahun 1991. Masa aku tak ingat.

Berdasarkan pengetahuan cetek Kanji aku, aku bagi lirik intro Space Cop Gaban atau kat Jepun dipanggil Space Sherrif GAVAN! Suara dia rock beb!

男なんだろ グズグスするなよ
otokonandaro guzuguzusurunayo

夢のエンジンに 火を点けろ
yumenoenjinni hi wo tukero

俺はここだぜ 一足お先
ore ha kokodaze hitoasiosaki

光の速さで明日へ ダッシュさ
hikarinohayasade ashitahe dashsa

若さ 若さってなんだ
wah kasar, wah kasar, tenang dah?

振り向かない事さ
hurimukanai kotosa

愛ってなんだ
ai tte nanda

ためらわない事さ
tamerawanai koto sa

ギャバン あばよ涙
GABAN! Abah you nak mintak...

ギャバン よろしく勇気
GABAN! yoroshiku yuuki

宇宙刑事 ギャバン
uchu keiji. Gaban!

Dalam mulut ada api, dalam hati ada batu, dalam otak ada sampah



Aku tengok brader yang bercakap tu betul-betul marah dengan Karam. Sebab terasa Karam cakap orang melayu tak pandai, bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia. Ada jugak aku dengar dia cakap Karam cakap orang melayu sakai, lancau, tapi Karam tak mengaku.

Tapi aku rasa cara brader tu tak kena la. Orang dah nak mintak maaf kau suruh payung satu kedai apehal? Kau dah menambah satu lagi penghinaan kepada orang melayu. Apa sengkek sangat ke minum kat mamak pun tak mampu nak bayar. Nanti dia payung kau Tiger beer kau suka tak?

Aku tengok ada seorang pakcik yang datang buat cooldown sikit situasi kat 2:48. Itu baru stail brader-brader. Cool down sikit. Ini tidak, mintak payung satu kedai. Bahlul. Kalau aku ada kat situ konfem aku rekemen dia kena pukul dulu. Rilek-rilek dulu mintak dia cakap dulu, baru kau terjah. Ni belum orang bercakap kau nak bercakap pulak. Kau ingat ni Melodi ke nak provoke orang dengan soalan cari gaduh? Buat malu bangsa je.

Kalau aku kat sana, kalau betul dia salah. Aku suruh dia buat pantun mintak maaf 3.5 kerat.

Kalau korang perasan dalam video tu ada elemen yang aku nak gelak sawan sikit,

"Jangan seolah-olah memperkatakotak-katikkan benda yang saya tak cakap!"

Yeah betul bebeh, memperkatakotak-katikkan adalah perkataan baru.

"Bro, lepas ni bluetooth kat aku....Satu youtube, satu facebook aku hantar."

Yeah bebeh, itu suara mamat watak tepi yang daripada suaranya dia memang celik Facebook. Aku rasa friendlist dia 80% awek.

Itu uncle ke kat 0:04?

Tamak

"Greed is good. Now it's legal." Wallstreet 2010, money never sleeps.

Cerita berskala haram jadah kalau compare Wallstreet yang ori tahun 1987 masa Michael Douglas jadi buntut jahat (bad ass), pakai henpon besar botol air dan rambut gerbang macam singa. Shia Lebouf tak boleh bawak watak yang ada high IQ, sama macam Shamsul Yusof Haslam. Tak dapat menghayati watak. Maaf, pendapat peribadi.

"Greed is wanting more, more than you should or deserve." Encik Wordnetweb inform aku.

Tapi macam mana kau nak tau berapa banyak yang kau patut dapat? Berapa jam kau duduk kat ofis? Berapa jauh kau kena humban dengan kompeni lepas tu kerja kat ceruk yang hanya jin yang menetap?

Pendapat tipikal selalu kaitkan orang kaya dengan tamak. Orang yang rasanya dah banyak duit tak patut cari duit lagi.

"Tamak siyal, duit dah banyak pun sibuk-sibuk nak tambah duit lagi."

"Weh, gaji kau dah beriban kau nak kerja teruk-teruk apehal? kau tengok aku, kerja ikhlas. Dapat jugak pakai kereta conti. Aku tengok kau dah 7 tahun pakai Iswara. Jubur lah. Bodek bos ke? Ikhlas tu penting jangan tamak nak naik gaji lebih."

Dah nama pun pendapat.

Anyway, macam mana pulak kalau buat kerja sama, kualiti sama, kuantiti sama tapi mintak kenaikkan gaji dan macam-macam imbuhan tiap-tiap tahun? Macam tu tamak tak? Mungkin ada syarikat/kompeni yang reward loyalty tapi rasanya imbuhan pun tak banyak mana pun.

Mintak macam-macam sebab rasa diri dia deserved dapat, even kena jatuhkan orang lain dan bagi negative impact to other party. Yang ni aku kelaskan tamak haloba. Serius patut kena tempeleng 5-6 kali.

Kau nak kumpul 2 billion ke, 2 trillion ke yang penting jangan menyusahkan orang lain, jangan menganiaya orang lain,yang penting jangan RASUAH. Biar kumpul slow-slow, yang penting halal.

Baca, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BekaspengurusSimeDarbydituduhrasuahRM55_300/Article/index_html

Tuduhan rasuah termasuk menerima perabot, meja makan, meja telefon, dan 2 jam Rolex yang brader ni and bini dia pakai yang bernilai RM21,700.

Rolex RM21,700. Perghhh, tapi aku rasa kalau setakat kau dah jadi GM kat kompeni besar camni, kau pakai Rolex Chow Kit pun takde hal punya orang mesti percaya. Apa punya bebal la lu brader. Nampak sangat kriteria pilih fresh grad with 3 pointer perlu diabaikan.

Lainlah aku punya standard, dah kumpul duit berbulan-bulan beli jam untuk bini, orang cakap beli jam replika kat Holiday Plaza. Macam cheebye! HAHAHA.

Monday, January 3, 2011

Cerita superhero untuk tahun 2011

Aku baru jap tadi jengok jengok senarai movie omputeh untuk tahun 2011, boleh tahan jugak cerita wayang yang dah standby untuk tahun 2011 ni, Aku malas nak try surf senarai cerita melayu 2011, bukan sebab aku nak lebih lebihkan cerita omputeh (cite omputeh bukan seme best pon), tapi aku sangat skeptikal dengan list yang bakal aku terima nanti, mungkinkah akan ada lagi cerita bodoh pecah panggung? mungkinkah akan ada evolusi KL drift 8 vs Remp-it? Anak halal dan haram jadah? atau jugak Kapoww...ohhh tolong jauhkan aku dari filem filem yang merosakkan jisim putih otak aku ni.

Dari list movies ni aku tertarik pada cerita cerita superhero 2011, Ada lebih kurang 5 filem superheroes akan ditayangkan nanti.
Aku harap cerita superheroes ni nanti tak menghampakan la macam Iron Meng dan Hell Boy... aku dah give up dah nak tengok dedua filem ni lepas tengok sequel no.2 untuk kedua duanya, kalau ada sequel lagi, pergi mamposs aku takkan tengok.

Sebenarnye banyak lagi filem adaptasi superhero yang fail dan sampah contohnya macam Dare Devil, Elektra, Incredible Hulk, Superman, Punisher dan mungkin ada beberapa lagi yang aku terlupa nak mention. Korang nilailah sendiri seme filem superheroes yang aku bagitau tadi, aku yakin 97.7% akan bersetuju dengan aku bahawa filem superhero tersebut gagal. Gagal dari segi macam mana? Entahlaaa, banyak sangat aspek yang gagal aku rasa.

Walaupon macam tu ada jugaklaa yang pada aku, best untuk dilayan macam Spidey, seme dari Spidey 1 sampai Spidey 3 seme boleh layan. X-Men pon aku rasa Ok jugak pembawakkan ceritanye, cuma aku ada hangin kat ending X-Men 3 The Last Stand, ending dia agak mengecewakan. Cerita Batman series arahan Christtopher Nolan pon bad ass gak. Dedua movies gua bagi thumbs up.


Ni bukan Batman yang gua maksudkan



Tapi yang ini

Tahun 2009, ada dua filem superhero yang best Watchmen dengan X-Men Origin, Dedua filem mantap, Untuk Tahun lepas pulak 2010, selain cite taik Iron Meng 2, ada satu cite superhero yang kelakar tapi kejam iaitu Kick Ass...Sesape yang tak tengok lagi cite watchmen dan sepak bontot ni, silelah berbuat demikian, bagi yang berada di JB bolehlah dapatkan di Plaza Pelangi tokan DVD pirate yang ulung (kualiti pirate terjamin), bagi yang berada luar JB, belilah daripada penjual DVD yang datang datang ke meja makan anda yang biasanya muka pecah rumah dan kualiti DVD nye memang diragui ahahahaha.

Ok la, sama sama la kita nantikan performance cite superheroes untuk tahun 2011 ni...yeehaa aku guna taktik keji letak tag macam tu... mesti ramai melayu yang tersesat ke mari ahahaha


sumber : http://www.movieinsider.com/

Rancangan Khas

Apis, aku, udin masa form 3.

Dulu aku ingat rancangan khas ni sama macam budak pendidikan khas, rupanya lain. Hahahaha.

Aku kenal apis masa form 1, dah 17 tahun. Faiz aku betul-betul kenal masa form 2, masa form 1 dia layan geng lain. Udin masa form 3. Diorang memang tak putus contact dengan aku kecuali ada satu time masa semua dah masuk u, Faiz on hiatus. Macam-macam khabar angin aku dengar.

Tau-tau je masa aku jumpa dia, dah ada skuter Suzuki 125 ada sticker api dan tulisan jepun.

"Ni apa maksud sticker Jepun ni?" aku tanya curious.

"Bunyinya JU JU KI." Aku perhatikan Faiz eksplen sambil hidung kembang-kempis.

Dia tak tau aku tanya saja nak cari modal.

p/s:
(1) Apesal rupa aku masih sama macam form 3?
(2) Udin, kau kenit siyal dulu.
(3) Apis, semasa berat badan kurang 100 kg.
(4) Faiz tukang amik gambar.

Projek

Dah 3 hari aku demam, arini aku rasa macam dah ok sikit sebab dah boleh solo lagu Fade to Black dengan cemerlang. Mimpi pun dah tak merepek lagi.

Tahun 2011 aku nak mulakan projek untuk selamatkan dunia.

Dah tempah kain spandex merah dan biru kat Jakel pastu hantar kat tailor.

Dunia, here i come! Jaga-jaga dR, I am watching you meng!

p/s: Eh, apesal aku buat blog ni macam hakmilik aku sorang? Gila fucking kuasa.

dR.

Aku dah tengok banyak versi. Versi Champion League, Inspira, EPL, World Cup, macam-macam la. Tiap versi aku tengok, aku ketawa sampai sesak nafas.

Sunday, January 2, 2011

Barber on wheel

What in the name of pubic hair is this?

Barber on wheel.

PETALING JAYA: Puteri UMNO hari ini melancarkan program "Barber on Wheel" yang memberikan khidmat menggunting dan mendandan rambut secara percuma kepada masyarakat bandar yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata khidmat itu disasarkan kepada penduduk yang menerima bantuan kerajaan dan menetap di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Full story kat sini.

*******

Pada hemat aku, apa yang masyarakat perlukan ialah pendidikan, education, knowledge. Apa agaknya yang orang yang menetap di PPR dapat apabila diberikan dandanan rambut percuma? Rasa istimewa? Sedikit kemewahan? A little taste of luxury supaya orang di PPR boleh jealous dengan mereka yang pergi hair saloon setiap bulan?

Ada baiknya kalau diberikan kelas dan bimbingan contohnya pasal kewangan. Macam mana nak manage financial keluarga. Mungkin orang-orang 'di atas sana' kurang sedar berapa biji rumah low-cost yang masuk auction list tiap-tiap bulan. Berapa banyak rumah status bumiputera dah tukar status ke non-bumi sebab atas dasar forced sale.

Masa aku pegi BNM kat Bukit Timbalan nak print CCRIS report aku (orang dah tak pakai CTOS, tapi masih ada nak debate aku pasal hal ni), aku tengok semua orang melayu yang masuk kaunter AKPK. Tahu apa AKPK tu? AKPK ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Kalau kredit dah nazak, baguslah rujuk kat AKPK sebelum terlentang jatuh. Ini bukan literally speaking, tapi real beb. Ada seorang brader kat tempat kerja aku hutang je dah RM20k kat kredit kad alone, tapi masih denial dan hidup bermewah-mewah. HAHAHA. Ini barulah living life on the edge. Gaji 8 ribu sebulan, tapi nak buat loan kancil anak dia pun tak lepas. Kancil tu berapa harganya, tak lebih RM40 ribu rasanya.

Mereka yang duduk kat PPR tu semua ada sebab mereka kat situ. Yang pastinya bukan sebab mereka tu pandai jaga duit. Sedangkan yang duduk bukan PPR pun aku rasa bukan pandai jaga duit, apa lagi yang duduk kat PPR.

Cerita tukang gunting rambut yang gua layan. Apis pinjam
DVD gua da dekat 2 tahun tak pulang.

Universiti

1980's, masa tu kat Malaysia berapa orang je graduan universiti. Kalau kat kampung yang masuk universiti dijulang, disanjung. Kambing panggang, buat kenduri umum satu kampung. Universiti pun tak banyak. Masuk universiti menandakan mobiliti sosial, dah boleh kahwin dengan anak penghulu. LOFL.

2011, masuk u belum tentu menjamin masa depan. Graduan universiti berlambak-lambak. Tu belum kira universiti baru yang tumbuh macam skim cepat kaya. Sana-sini unversiti. Kalau baling batu kat shopping complex, mesti kena kat graduan universiti. HAHA. Korang jangan terperanjat kat tempat kerja aku aritu ada budak yang baru habis degree mintak kerja technician. Fuck betul la, downgrading degree.

Layan dulu lagu ni, release 1984. Aritu aku dengar Sinar FM, teringat udin. Udin mana?

Kau Lupa Janji - Jamal Abdillah, tahun 1984.




Kau katakan kau menyayangi diriku
Ku percaya segala kata-katamu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati

Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kernamu rela berkorban

Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pintaku memutuskan perhubungan


Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Sungai Chat

Selamat Tahun Baru 2011!

Semoga tambah lagi posting-posting berbanding 2010. Tahun 2010 ada 68 entry. Naik sikit berbanding 51 entry pada tahun pertama blog ni bermula iaitu 2009.

Kalau tengok secara kasar taburan entry atau posting macam bermusim, mula-mula tinggi pastu awal tahun 2010 surut, average 1 posting sebulan. Kemudian hujung tahun 2010, November dan Disember naik mendadak. Memang bermusim macam zaman semua orang main skateboard pastu tukar jadi peminat underground music, pastu hardcore pastu scooter, tak silap ada selit sikit zaman roller blade dan sekarang semua orang nak jadi korporat. Ya kawan-kawan, korporat is the in thing right now. Breakfast dengan fresh orange dengan gelas tirus ada payung kecik, sambil berbual bisnes dan macam mana nak jadi CEO. Datuk-datik, tan sri-meri dan lain-lain. Sampai sekarang fungsi payung kecik kat gelas tu masih misteri.

Okay, aku dah melalut dan menambah lagi satu entri yang tak ilmiah kat blog ni.

FAILED.

Cerita pasal tahun baru, sejak 2001 sampai la 2010 aku perhatikan kemunculan cermin mata bahlul setiap kali new year. Jadi sebab 2011 ni ada satu je digit kosong maka berkuburlah cermin mata tahun baru yang failed ini.

Semalam aku tengok masyarakat Malaysia galak sambut tahun baru macam ni lah tahun baru terkahir yang diorang jumpa. Excited lebih-lebih. Budak-budak melayu pulak memang pantang jumpa public holiday. Tahun baru ke, krismas ke, tahun baru cina ke, thaipusam ke, dilayan sama rata dan1Malaysia. Yang aku hairan Raya Puasa, awal Muharam, awal Ramadan, nuzul Al-Quran, maulidur rasul taknak pulak kau keluar merempit ke, buat 3gp, tidur hotel. Pandai pulak sekular nak pilih jenis holiday nak buat hal.

Anyway, kepada yang excited sangat sambut new year, sebenarnya new year ni sudah overrated. Terlebih hype. Bukak buku baru la apa lanciau. Kalau nak bukak buku baru hari -hari boleh bukak baru. Nak tunggu tahun baru nak ubah imej la, harapan baru la. Yang aku perhatikan tiap-tiap tahun rasuah makin menjadi-jadi, pergi ofis gomen layanan sama je macam haramjadah mcam tahun lepas, kos sara hidup makin menjadi-jadi sedangkan pendapatan per kapita tak naik-naik, orang miskin tegar kat Malaysia masih ada sedangkan baitulmal, zakat sana sini. Kat mana siyal duit tu semua pegi? Apesal TV3 nak kena buat Bersamamu sedangkan patutnya orang yang jaga duit baitulmal tu yang take care orang-orang susah camni. Banyak bullshit sama macam tahun lepas. Bayar cukai jalan, tapi standard jalanraya macam jalan kebun sawit, bayar cukai PBT tapi sampah dah menimbun baru nak angkat. Ada wakil rakyat tapi nak jumpa sikit punya susah, jumpa wakil je. Wakil rakyat ke wakil YB?

Tahun baru is overrated, bukan penyelesai masalah atau solution. Sama macam blog. Sama macam beri pendapat. Pendapat tu umpama tool bukan solution. Walau macam mana berantakkan pun kau cakap pendapat kau betul, kalau diorang sudah bergenang dengan bullshit maka pendapat kau pun dianggap bullshit. So let them be, with bullshit sama macam Markus Indon.

HAHAHA.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga semua makmur dan sukses selalu. Suskes tang mana, aku pun tak tau.