Saturday, December 4, 2010

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).

7 comments:

Wak Zailan said...

itu bukan adek sedara laaa... ANAK SEDARA@NEPHEW dia

Azhan said...

anak sedara? kakak dia kawen muda ke? mcm beza umur 4-5 tahun

anyway,
lagu fade to black terhenti seketika masa tu

apis said...

serius keadaan senyap yang canggung syial bab power rangers tuh....

faiz said...

power rangers mmg epic...


ahahahhaahahhahahah


siap ada bunyik cengkerik


seingat memori aku la

Azhan said...

HAHAHA

seingat memori aku pulak, keadaan menjadi senyap, dengar angin menderu, pasir berterbangan, gumpalan rumput-rumput kering beterbangan sana sini

udin said...

ahahaha seb baik takde pulak mangsa berkaitan meng'morph'kan diri dia jadi power renjer. mungkin binatang yg dia nak panggil tak sesuai jadi robot, iyela...babi kan bulat. robot kene ada segi2, bentuk tak cukup geometri nak jadi robot

faiz said...

sepatutnya selepas dia sebut Power Rangers tu semua pakat terjun keluar ikut tingkap....tanda protes