Malam tadi di sekitar Johor Bahru, di Taman Gembira, Taman Bahagia dan sekitar kawasan perumahan di Senai kelihatan sedikit lengang dan kelihatan beberapa orang sahaja berada di luar rumah, itupun sedang mandi di car porch. Anjing-anjing dan kucing-kucing juga kelihatan bersuka-ria dalam keadaan santai di area-area tersebut. Tapi sampah-sarap tetap bersepah kat tengah jalan macam biasa.
*****
Malam tadi Malaysia menang 2-0 dengan Vietnam untuk separuh akhir pertama kat Stadium Bukit Jalil, Piala AFF Suzuki. Dua bijik gol memang diperlukan nak bawak bekal pergi ke Hanoi sebab macam biasa la, perkara-perkara mengarut dan aneh-aneh serta unpredictable ni player bola Malaysia je boleh buat, macam lawan China kat Sukan Asia aritu.
Anyway, malam tadi punya game aku rasa boleh la untuk standard ASEAN. Dua-dua team pun kadang-kadang tendang bola merapu boleh tahan. Itu belum masuk bab tahan bola.
Highlight untuk game malam tadi seperti biasa, mestilah pengulas legend Hasbullah Awang. Dia partner dengan sorang lagi pengulas yang entah siapa. Sebagai pengulas lagenda, aku tunggu 'magical moment' dari Pak Hasbullah Awang.
"Memang terdapat satu kimia antara kedua penyerang Selangor ini."
Kalau ayat kat atas tu translate ke English, paham la korang maksudnya. Dari segi direct translation aku bagi 10/10 kat Pak Hasbullah. Memang pengulas yang true.
4 comments:
ahahaha terdapat satu kimia !
marah cikgu rogayah kalau kita buat ayat macam ni
malam ni
8.30 mlm, tv1
vietnam vs malaysia
hanoi sejuk...defender mesia main pakai glove. sebab aku tengok kat tv1, tetiba ada iklan rancangan realiti...pilih kasih. apa konek? 2 kali bende aku tak ngerti keluar kat tv...glove dan PKUNDI (pilih kasih undi)...lalu terus ke cennel 813. tak dpt dengar suara hasbullah awang pun takpe daripada mata aku dicabul sampai macam tu sekali
last minit tuh patut bole sumbat lagi dua...
Post a Comment