Telefon Murah
RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.
Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.
Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150.
"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral.
Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan.
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit.
“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya.
**********
Ni cerita kat area Rawang. Sebenarnya kat R&R highway lagi ramai. Masa aku pergi beraya tahun ni, aku singgah kat R&R Seremban berlambak-lambak scammer nak jual henpon.
"Bro, murah je bro...ni barang baik punya." Itu adalah ayat tipikal seorang scam picisan.
Modus operandi diorang mudah je. Cari telefon yang setakat boleh on 2-3 hari. Pastikan telefon tu model yang senang nak tukar casing (express cover) macam Nokia. Sebab apa? Nak kelabukan mata orang ramai, kasi kilat-kilat sikit casing henpon tu. Itulah sebabnya mamat scam telefon ni selalu offer Nokia je. Nak lebih spesifik sikit, Nokia model N95. Betul tak? Aku gerenti betul. Masa kat R&R tu aku perhatikan semua offer Nokia punya model je. Dah macam Nokia hari raya sale la pulak. Tade pulak yang offer Blackberry ke, Iphone ke. CSL pun tade.
Satu lagi, appearance si scammer dah macam penyangak. Nak jual henpon dah la macam nak jual methamphetamine. Pukewak. Gua ingat nak hulur pisau ke apa, nak rompak ke. Marketing pulak stail misteri/seram. Aku dah siap ready dengan kekuda (read: untuk lari). Sekali tengok, keluar henpon. Kocek seluar punya la kecik, sekali keluar henpon macam saiz batu asah (N95).
Satu lagi kemungkinan mengikut instinct Grissom aku ialah henpon buatan China. Masa aku pergi Shenzen dulu, setakat henpon Nokia boleh dapat puluh-puluh ringgit je. Itu belum aku bargain lagi. Tapi aku rasa korang takkan bargain punya dengan tokey kedai kat sana. Muka sekor-sekor macam lahanat.
3 comments:
masa aku kat KK, kat pasar filipina.... ada satu mamat ni nak jual N95 RM250... lepas aku cakap tak nak dia belah carik mangsa lain... tiap kali dia pusing area tuh dia tanya aku lagi.... last aku jawab' bang dah 5 kali abang tanya, jawapan aku tetap sama bang aku tak nak...'
"ok la aku tolak kat ko 50 je"
last gua terus belah...malas layan orang bodoh
ahahaha....padehal kali ke 3 aku rasa dia dah ingat dah muka ngko.
tektik ko tu aku penah pakai kat mamat nak paksa aku pakai credit card.....u dah tanya i 3x, semua i kata tanak.
apasal aku post komen gaya zul?
.
.
.
.
ntah
mesti n95 punye, lain model tade...
udin cindai,
nampak sangat aku ni idola kau
Post a Comment