Wednesday, March 31, 2010

Cerita Ofis

Inilah realitinya. Kalau tak attend meeting, kena jawab email berduyun-duyun.

"Kenapa perlu meeting? Boleh email je, save time."

Ok...boleh je email...tapi jadi macam ni.

Satu email sampai....disambut oleh soalan dari email yang lain....kemudian ada beberapa orang yang tak setuju...pun reply email jugak....last-last sampai satu hari reply email je. End up nanti ada sorang yang ada authority sikit bagi suggestion untuk buat meeting jugak setelah berbalas-balas email tanpa ada satu conclusion pun.

Sampai kat bilik meting, ulang balik kisah macam email tadi. Mulakan balik dari awal sampai drag 4-5 jam.

Nak jadikan cerita lebih suffering ialah satu orang manager yang tak tahu hujung pangkal, keluarkan mantra keramat lagi...

"Kenapa perlu meeting? Boleh email je, save time."


wtf?


Wednesday, March 24, 2010

Malam Minggu Kat JB - siri Lu Apehal...

Menikmati malam minggu di Jay Bee memang indah.

Cuma aku sejak dulu lagi kalau malam minggu duduk kat rumah je. Kalau student dulu ajak geng jamming je. Itupun kalau diorang ada duit la. Sekarang ni layan bola kat astro ataupun kalau takde bola boleh gak tengok sehati berdansa. HAHAHAHA. Malam minggu ni biasanya untuk orang yang happening je. Nak jalan-jalan, mintak maaflah...nak nak setelah Dangga Bay ni wujud. Lagi punah harapan nak jalan-jalan kat area JB time malam minggu.

Nak tau kenapa?

(1) Budak kereta.
Ada satu hari tu hujung minggu aku nak keluar lepak dengan Apis dan Faiz, bertembung dengan sebuah kancil yang sekali imbas macam siput babi bergerak bentuknya setelah diubah suai. Tak pasti pulak kalau owner kancil tu ada miopia. Tapi kalau tengok betul-betul nampak macam kabinet kasut bergerak. Entahla. Ada hati lagi nak usha orang kat side mirror.

Aku pernah kene 'bakar' kat trafik light sungai chat dengan 2 kereta wira-sushi (wira+mitusubishi evo)...aku saje letak sushi kasi keji sikit bunyi. Masa tu pun aku dengan apis dan pakmet kot. Kereta yang konon-konon laju sampai mach 5 tu aku jumpa balik kat jalan straits view sambil kawan-kawan dia tengah bersusah payah nak bukak pintu driver lepas salah satu kereta wira tu hentam tiang lampu tepi jalan.

(2) Budak basikal.
Kumpulan rascals berbasikal time tengah larut malam tengah-tengah jalan lingkaran dalam JB. Polis trafik kalau nak tahan pun susah jugak sebab naik basikal, mana kene pakai lesen atau roadtax.

Mana la mak bapak budak-budak ni pergi agaknya. Adakah mak bapak diorang ni tengah projek kat rumah, sebab rumah kecik terpaksa halau anak-anak keluar malam-malam buta.

(3) Encik kuat.
"Lu apehal. Lu apa hal pandang-pandang. Back up lu sapa. Settle kat sini la. Lu nak makan nasi guna straw kat hospital?"

Encik kuat biasanya buat hal time-time orang ramai. Kalau majoriti crowd adalah wanita bergetah dalam umur lingkungan 23-28 tahun, kekuatan encik kuat bertambah sehingga 67.21%. Itu belum masuk lagi kekuatan suara berbual dan lontaran vokal. Topik perbualan encik kuat berkisar pasal pukul orang, settle, table talk, hentak kepala, letup dahi, back up dan lain-lain lagi. Berbual ditambah lagi dengan tangan hentak meja. Muka biasanya lebih kurang macam sungai segget sebelum revamp.

Ceritanya asik pukul orang je hari-hari. Ultimate warrior pun tak power macam dia.

(4) Encik usahawan.
Aku pun ada sikit tergolong dalam kelas ini. Tapi tak capai taraf lagi sebab encik usahawan biasanya berbual projek dalam range harga RM12 juta hingga 35 juta secara kasarnya.

Tapi aku hairan sebab Encik usahawan selalunya aku jumpa kat restoran mamak, order teh o ais dengan tosei. Diet orang usahawan juta-juta.

(5) Encik politik.
"Aku atas pagar...tak sokong mana-mana."

Tapi dia punya hujah macam semua orang tak betul.

(6) Encik harapan.
Encik harapan patut kena letup dahi dia.

Time-time malam minggu orang nak bawak anak bini, famili jalan-jalan pegi makan, tapi encik harapan dan awek selalu pilih meja yang patutnya boleh duduk 4-5 orang sebab meja tu area terceruk sikit. Dah tau nak makan 2 orang je kau pilih la meja yang kecik. Nak privasi kau pergilah check in kat mana-mana hotel bajet. Nanti boleh jadi fames keluar kat tv3.

Ada sekali tu aku bawak famili aku makan kat zz, tinggal meja dan kerusi batu je. Takkan nak suruh mak ayah aku duduk kat kerusi batu tu. Meja yang boleh duduk ramai, kebanyakkan couple je duduk.

(7) Encik usahawan larut malam.
Bisnis larut malam yang menjanjikan keuntungan besar dalam short term. Cuma cari 2-3 orang je. Lebih aktif time malam minggu. Bisnis apa lagi kan?

Monday, March 22, 2010

Jalan jalan carik gadoh....lu apehal

Nih aku nak sembang pasal jalan jalan kat sekitar jalan sungai chat…. aku dilahirkan dan dibesarkan di JB ( tulis dengan betul ye JB bukan JAY BEE…. Kerana JAY BEE adalah jenama roti, roti JAY BEE ni seangkatan dengan roti cap kunci) lebih spesifik lagi aku membesar sekitar area sungai chat nih…. Sebutlah jalan apa dekat area nih yang aku tak penah masuk explore, seme aku dah redah….


Peredaran zaman sekarang nih menyebabkan banyak jalan jalan kat area nih berubah, ada yang bertambah, ada yang jadik besar, ade yang jadik WTF! ….. nih aku senaraikan beberapa jalan jalan femes sekitar sungai chat nih satu persatu serta perbezaan masa dulu semasa aku budak berhingus dan masa sekarang…..



Jalan mat amin…..


Dulu :
ahahaha ni jalan yang sangat sempoi, ayat nih sungguh bias sebab aku tinggal kat jalan nih ahahaa…. Dulu jalan ni tenang gile, padahal dalam Bandar tapi nak tunggu kete lalu pon punya payah, boleh berguling guling atas jalan, bangun balik, guling balik, pon masih belom ade kete lalu….. kalau malam lagilah, kadang kadang kalau balik dari surau, aku terpaksa berlari pecut yang lebih laju dari pecutan zul dan reza sebab jalan nih sunyi gile babi….. bas yang lalu pon bas maju no.8 tambang ke Bandar cuma 6 posen, agaknye sebab aku budak lagi time tu…..


Sekarang :
arghhh sekarang macam fanker….. banyak sial kete lalu jalan nih, kekadang tuh, bawak laju nak mampos….haram jadah…. Antara factor penyebab yang aku rasa banyak kete lalu ialah wujudnya kedai kedai makan yang banyak gile kat jalan nih….buat menyemak aje …. Satu lagi, sekarang nih ada pulak buat pavement dan jalan pejalan kaki…. Sape punye idea laaa, teross jadik sempit….bas maju no.8 pon dah lama tak beroperasi kat jalan nih…. yang ada cuma bas bas pelancong, kalau pelancong2 tu jenis yang macam iras iras Maria Ozawa ok gak, ini seme muka yang lalu macam longkang…..


Jalan kolam ayer…..


Dulu :
jalan nih kira main road laa kat area nih, memang banyak kete lalu, sepanjang jalan ada masjid, ade kedai kedai tepi jalan, kuil yang tak henti henti penambah besaran nya pon ada sepanjang jalan nih…. Walau pon jalan nih main road dan banyak kete, jarang la nak jem….dulu ada satu kedai runcit sebelah masjid kolam ayer, masa zaman kejahilan aku dulu, aku selalu rembat barang kat kedai nih….. ahahahahahaaaaa bodoh gile, menyesal sial aku rembat, sekarang aku tak tau nak mintak maap kat sape, sebab kedai tu dah takde lagi….


Sekarang :
kalau lalu jalan nih sekarang, pasti akan terdetik di hati sanubari setiap pengguna jalan untuk melempang, meninju ninju serta mem’back-hand’ kan muka orang orang yang terlibat dalam plan pembangunan jalan nih, especially penduduk sekitar area nih yang memang guna jalan nih setiap hari (aku rasa laa)…. Sungguh bodoh dan gampang betol sape yang buat perancangan jalan ni….. apesal sial ada divider pulak tengah tengah jalan nih…. kenape sial buat macam tuh…. Dengan keadaan jalan nih sekarang…. Kalau pegi masjid kolam ayer untuk semayang jemaat, kene buat u tern kat bulatan depan tasik merdeka pastu buat utern lagi sekali kat depan sekolah EC pastu jalan balik sampai simpang yang dekat dengan masjid tadi untuk masuk balik jalan mat amin....bahalol betol laaa…


Jalan lingkaran dalam....


Dulu :
Dulu sirues shitt jalan ni tak ujud….. aku tak pon tak ingat bila jalan ni buat….yang aku pasti, area jalan ni adalah tempat zul main guli kecik kecik dulu ahahaha….. aku rasa jalan nih siap lebih kurang tahun 95 ke 97 macam tu la kot….baik jugak ada jalan nih, potong teross ke jalan tebrau.... senang sket nak tangkap dvd....


Sekarang :
jalan ni memang banyak transformasi….. sekerat hari dulu dia buat sambung ke CIQ, pastu sekarang nih dia tambah pulak lagi jalan bertingkat sambung dari tepi thistle teros ke perling kalau mengikut kata zul……… apa yang membuatkan kita hangin dan tak henti henti sifat amarah ialah, jalan nih merupakan ‘port’ bebudak bangang, kecik kecik taknak mamposs, ramai ramai main basikal tengah tengah malam buta….paham tak ayat aku…… jalan nih tah kenapa tah jadik port bebudak baru naik main basikal….. aku pon kekadang pelik, datang dari mana la bebudak ni reramai naik basikal tengah tengah malam buta….mak bapak diorang nih dah mampos ke, sampai tak de orang nak jaga bebudak nih, aku harap nanti ade pemandu mabuk yang bodoh baru balik dari kelabbing yang langgar ‘basikal’ bebudak nih...hoh berlapik sungguh ayat aku....

sekiranya bernasib baik jugak, kalau lalu jalan nih, kita akan berjumpa dengan juara juara jalanan…. Ye mereka ni ialah golongan hanjing yang bawak kete macam bawak jet supersonic…. paiz nyaris tergolong dalam golongan ini, tapi berjaya diselamatkan oleh aku dan zul….kalau tak dah tentu level najis mughalazah pais meningkat satu level lagi…namun demikian, aku ada sikit jaki dengan zul sebab dia pernah diberikan peluang oleh yang Maha Kuasa untuk bertembung dengan eksiden yang dialami oleh golongan hanjing sejurus selepas mereka memandu dengan kelajuan mach 5 di jalan nih….. ooohhh bestnye kalau aku yang bertembung dengan situasi ni, yang confirm, aku akan ludah muka pemandu yang sedang berlumuran darah tadi dengan kahak hijau dari ruang kerongkong aku yang paling dalam…. Tentu seronokk pengalaman tu…


Last but not least….. jalan skudai


Dulu :
jalan skudai ni panjang, nanti geng skudai sound pulak sebab cite pasal territory diorang , aku mau cakap pasal yang dekat area sungai chat aje…..jalan ni terletak sepanjang laut, dulu, tempat ni merupakan tempat dua dalam satu….. waktu pagi tempat nih jadik tapak senaman, tempat orang berjogiing dan segala aktiviti beriadah kemudian bila dinihari ketika sang mentari mula pulang ke sarang untuk beradu, area nih akan jadik port untuk orang beghendut dan beromenn….ahahahaha cikai gile beromen dalm kete je tepi laut….. bila orang jengah, tau pulak nak malu, tau pulak nak marah….. teroskan jela, gua nak nengokk je pon tak bole ke…..ahahahaahaha


Sekarang :
OHHH NOOOOO!!!! TIDAAAKKKK …..Tempat nih dah jadik tempat yang paling musibat dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia…..satu tempat yang cilake dan jahanam telah diwujudkan di jalan skudai dekat area nih…… arghhh sungguh berat untuk aku titipkan nama tempat nih sekarang…… Dange Bay @ Teluk Dange….. dan pesanan aku untuk sesape sahaje yang cuba menyebut nama area nih, sebut betul betul….DANGE ye bukan DANGGA….. sebab sungguh bodoh bunyiknye DANGGA tuh….ahahahahaha

Wednesday, March 17, 2010

X Men Melayu

Gua tengok TV aritu. Ada sesi interview dengan sorang pelakon. Nama dia Gambit. Gua masa tu bajet mamat ni orang Sarawak ke apa atau nama IC dia memang Gambit. Tapi nama penuh, Mohd Saifulah bin Rosli. Asal dari Kuala Lumpur yang terletak di utara semenanjung. Apesal lu nak guna nama Gambit weh? Lu amik la nama jean grey ke, storm ke atau beast(gua reserve untuk FK). Orang terbang pun gua kira ok.
Gua tengok stail rambut dah tau budak MRSM. Ditambah lagi dengan pendapat gua pasal budak-budak yang pakai baju arsenal ni. arse-anal.

Kalau lepas ni sorang lagi nak tukar nama jadi X men. Professor X maideen. Gua tak tau la nak cakap apa.


Tuesday, March 16, 2010

Piknik The Sequel - Kota Tinggi

Kat Kota Tinggi ada 2 je tempat yang aku rasa boleh la dikatakan attraction. Ni aku cerita yang dekat-dekat je.Yang first tu Desaru. Tapi kalau mandi kat Desaru takut nanti hanyut ke Sumatera pulak. Desaru punya ombak sikit punya kuat, time aku datang je mesti naik bendera merah. Banyak juga resort kat sana yang segan-segan je hidup. Sunyi sepi je. Kadang-kadang jela meriah time-time kalau ada event kat sana.

Waterfall Kota Tinggi pun malap-malap jugak. Dulu kata nak revamp tempat tu, tapi yang revamp cuma tiket masuk je. Dulu satu kereta satu tiket, sekarang kira satu kepala satu tiket. Revamp kepala vana. Tapi paling aku muyskil, aku heran apa jabatan pelancongan buat. Tak sure pulak kalau diorang pun training kat Slovakia. Johor punya sektor pelancongan lemau. Sekarang kalau tanya mana nak pergi kat JB, ada ke diorang sebut Danga Bay? Kontroversi jawapan tu.

Anyway, dulu ada satu trip aku pergi dengan Faiz, Apis & geng kolej Kulim Faiz. Trip tu last-last Apis kena tinggal atas sebab-sebab tertentu. Ikut perjanjian awal pukul 7 pagi nak gerak dari JB. Tapi itu la, kita hanya merancang.

Pukul 7.00 pagi: Apis dah tunggu depan rumah. Siap dengan backpack. Macam nak buat special ops. Sambil nyala rokok, pandang kiri kanan.

Pukul 7.30 pagi: Aku dah siap, sambil menunggu Faiz datang untuk pick up aku dan Apis. Aku sms Faiz, "Mana weh?"


Pukul 8.05 pagi: Faiz reply, " Tgh siap2...Sikit lagi je."
Pukul 8.06 pagi: Aku reply balik, "Siap apa?"
Pukul 8.30 pagi: Faiz inform, "Tunggu kwn2 aku siapkan sandwich. Dah siap, nak gerak dari kolej."
Pukul 8:30:15 a.m. sehingga hari ini : Aku reply,"Sandwich??? Watdefak woiiiii?"


Saturday, March 13, 2010

piknik

aritu aku pegi piknik kat sungai. best gila. sejukkkk plak tu. kalau pegi piknik boleh buat bbq. tapi aku paling emo kalau orang tinggalkan sampah bekas2 makan kat tempat piknik. padehal tong sampah ada je dekat. buduh betul. lalat (bukan lalat budak 3RK1) hurung la nanti bodoh tulang ikan ko. kalau masa nak makan tu menjemput aku sekali, ok la jugak.

dulu2 selalu gak layan kota tinggi waterfall ngn geng sungai shat. gila sanggup naik bas dari larkin. masa tu syah ezannee pun ada. tapi masa pergi naik kancil mackeen diikuti trejedi apis ngn beg, aku tak konfem aku ada ke tak. dalam bas nak pegi kota, kitorang duduk belakang. biasala budak2 baru nak naik. memula cuak la jugak aku pasal tak tau nak turun kat mana. sekali semua orang dh turun....nasib baik last station dia mmg betul2 kat waterfall. kalau pakcik dreba tu baik hati, dia buleh turunkan depan air terjun betul2. tapi aku malu nak tanya, kang dia mintak aku bayar tiket double plak.

balik dari kota singgah kedai bundle dulu. beli seluar docker pendek kaler ungu. dengan kaedah komando aku, meleleh2 air pipi belakang aku. camana apis buleh notice pun aku tak paham. tapi kedai tu mmg panas gila, walaupun tak silap aku dia open air. kah ak k a....

nasihat aku pada engkorang seme, pegi la piknik ngn membe korang. nanti dah tua buleh kongsi cerita pipi meleleh2 dgn peluh

Tuesday, March 9, 2010

Cerita Epik

Kalau nak view video ni jangan guna Pk1Max. Lembab.

Trailer je ni. Kalau Faiz, dia tak panggil trailer, tapi gezek. Perbendaharaan kata Faiz memang ajaib.




PC....Punai Chat P1Wimak

Huh dah lama aku tak 'up' entry kat sungai chat nih.... kat opis dah seme kene block… kat umah pulak PC aku buat hal…..ni seme gara gara aku nak install firewall kat pc aku.... abis jahanam pc aku kene format semula.....pengajaran yang dapat aku amek dari insiden bangang ni, kalau nak PC best dan topform , jangan mengharap pada software software security yang free, macam antivirus, antispyware dan firewall….baiklah keluar modal sikit , murah je rupenye…. Aku tangkap kapersky intenet security (percuma brochure apek jeki chan) cuma 85 inggit setahun untuk satu user, kalau nak nampak murah, baru 23 sen je keluar modal sehari untuk jaga pc….. seme ada, antivirus ada, internet security seme ada….. tapi awas, biasanya penjaga kedai pc ni kebanyakannya cine muka pecah rumah, yang elok sikit pon cuma bermuka penjual dvd sahaja….nak jual kapersky macam nak gadoh…. Ahahaha kemak betul….

Tapi pc aku out of service ni aku anggap faktor minor sahaja aku tak dapat online….. factor yang paling utama dah lama aku tak up entry ialah broadband provider yang macam lanciau service broadbandnye.... bile PC aku dah bole bernapas, broadband pulak macam haram...setiap kali on pc je, mesti ade perasaan membuak buak dalam jiwa aku nak 'POTONG' kepala punai tokei P1 WiMax ni sambil ludah muka dia..... bukan takat tokei dia aje, operator aduan pon buat aku rasa macam nak POTONG areolar dia……bukan tu aje, pekerja technical support dia pon keje macam mintak nak kene POTONG kepale mereka…..mcam babih sungguh service brodband ko nih laaa.... kat sini aku nak buat rayuan rambang, sesape yang kenal staf staf p1 wimax dan jugak kenal sape tokei p1 wimak ni…. Tolong la korang terajang saraf tunjang mereka mereka ni…. Menyusah kan hidup manusia sejagat je kalau diorang ni dibiarkan berniaga service broadband….

Bile aku bukak forum p1wimax ni, memang banyak gile yang seranah service dia, tapi apa yang unik nye mostly seme termasuk aku dapat service yang terbaek untuk online guna wimak ni cuma 2 bulan pertama aje…. Lepas tuh service terus macam cilake, sampah dan najis mughalazah….. sape nasib baik dapat 3 bulan, up satu bulan je….. rata rata seme lepas tu cakap service gile babi bertukar menjadi tahi, buruk seburuk buruknya, busuk sebusuknye service selepas 2 bulan pakai…. Aku ingatkan self destruct ni cuma untuk laptop cite mission impossible je ….. rupanya modem p1 pon ada letak self destruct device pada komponen komponen dalam modem dia. Lepas 2 bulan pakai terus cair dengan sendiri salah satu perintang dalam modem tu, terus jadik macam lahanat signal dia…..

Lagi satu poin yang aku amek dari forum maki p1 ni….dia punya promot gile babeng sampai ramai yang sign up, padahal setup diorang tak mampu nak tanggung user yang ramai…. Ahahaha bangang gile, woi p1wimak lu ingat lu service kedai tempah seluar ken follet ke hah…. Amik order dari bebudak EC banyak banyak pastu berbulan bulan nak siap….tapi ramai budak EC yang sanggup tempah dan tunggu walaupon amek masa dekat 2 bulan semata mata nak pakai seluar tempah ken follet kat Holiday plaza….service apek tua lembab pon org tunggu gak padahal boleh tempah kat kedai lain (sile amek perhatian, aku tak pakai seluar tempah ye time sekolah dulu ahahaha...ohhh jap, ada satu, aku tempah kat pasar larkin)….. masalahnya p1wimak, lu bukannye provide seluar tempah, lu provide broadband service….. satu hari takdek signal aku boleh tunggu, tapi kalau satu minggu, 5 hari lampu merah kelip kelip…. Apekehalnye kuntilanak ni….bile tepon kastemer service, jawapan yang aku dapat ‘ encik ikkut kita punya maklumat, tempat encik patutnye takdek masalah, mungkin encik boleh letak modem encik dekat dengan tingkap….halakan pada tingkap’ wei haram mugabe…. Pemancar p1 duduk belakang umah aku je…. Takde kene mengene dengan lokasi tingkap, jamban dan sebagainya……aku percaya kalau aku tarik extension wayar dan pasang pc serta modem tu luar rumah depan pemancar tu pon memang takkan dapat signal… bile aku bagi jawapan, “saya dah bersila depan pemancar ni, modem masih merah lagi apesal?” Jawapan yang aku terima dari minah tu “ oh ini MUNGKIN disebabkan bilangan user yang semakin bertambah dikawasan encik, takpe encik jangan risau, kita akan upgrade kita punya system untuk cope dengan bilangan user….. api lancip la wei
Lu nak promot POTONG besar besaran lu takkan tak standby upgrade apa apa yang patut… jahanaaam!

disebabkan aku terlalu hangin dan RAGE dengan p1 wimak ni, aku hantar satu emel complain, lepas dua hari emel, ada satu macha call…. ‘encik kita dari technical support, mcam ni encik, kita akan datang rumah dan service dalam masa sekurang kurangnye 3 hari’…. Lepas 4.5 hari takde bulu hidung macha tu pon yang datang…… lagi tambah aku rage….. aku hantar emel maki dan penuh kata kata nista pada p1 wimak, sekali lagi aku dapat panggilan dari tech support… ‘ellow incik, nama saya REM, saya dari tech suppot, mintak maaf encik, jangan risau kita sedang rectify masalah di kawasan encik, kita akan bagi incik rebet untuk masalah ni….. Hoh HOH HOh …..kembang kempis nostril aku menahan marah….. dei anney , saya bukannya mau rebet, saya mau tau berapa lama lagi mau tunggu service mau kasik ok balik…. lagi satu Lu punya orang janji mau datang, apa apsal tak datang, aku dah tunggu….. ‘manyak sorry incik pasal itu orang, nanti saya kasik check dulu sape org itu’….’dah tak payah laaa’ aku cakap….so berapa lama nak elok ni? ‘Tak dapat nak konfem encik, tapi donworry kita bagi rebet’…’ berapa kali aku nak cakap, aku tak kebulur pon rebet ko tuh, aku nak service kasik up aje secepat mungkin’ wokey incik than you’…. Weh jap, ko nama siapa? ‘…. ‘nama saya Rem incik’….. Rem???! Aku mintak kepastian…. “Ramasamy incik technical support”…….. AHAHAHAHAHA shit la lu p1 wimak

sekian entry rage dari aku….. ketika aku sedang type ni pon signal modem tak stabil…kejap kuning, kejap oren, pastu kelip kelip…. Memang haram

Saturday, March 6, 2010

Ultimate Warrior

Aku kecik-kecik dulu kalau dalam kompeni WWF respect kat brader ni. Nak mula lawan mesti kene goyang tali kat tepi gelanggang dulu. Kalau dah kena hentam ramai-ramai pun kasi goyang tali kasi recaj energi sikit. Brader ni memang susah nak give up. Aku rasa brader ni punya semangat dan motivasi memang lain macam. Ingat senang ke nak bersukan pakai seluar dalam?

Tapi brader ni sekarang ceburi bidang public speaking. Kagum jugak aku. Ironinya dulu masa dia beraksi jarang bercakap. Kih kih kih kih.

Monday, March 1, 2010

Kentut Nipis Berbau Sulfur


Hari tu aku ada buat entri kat bystander. Member aku, arab...komen entri aku berbaur emo. Kadang-kadang emosi masa menaip entri tu berlainan dengan apa yang diorang baca. Atau masa diorang baca tu, diorang yang tengah emo?

Kat ruang siber ni bukan macam perbualan harian, yang ada tonasi suara. Tak tau la kalau sesetangah orang anggap menaip sama macam bercakap. Hahaha.

Anyway, aku listkan sebahagian perkara yang sebenarnya mengjengkelkan atau buatkan kita (aku) emo. Khas untuk kawan-kawan.

(1) Flush tahi, tapi flush tak cukup power.
Sekaligus menyebabkan sebahagian besar tahi masih terapung-apung dan terpaksa tunggu tangki jamban penuh balik sambil menghirup bau tahi sendiri. Fak betul. Nak shortcut biasanya tunggu je air baldi penuh, simbah ke dalam mangkuk. Ini kes masa aku duduk rumah sewa. Sekarang rumah sendiri aku beli jamban yang flush 10x booster power.

(2) Pengentut nipis.
Pengentut nipis ni bisanya mempunyai silencer di bahagian anus atau duburnya. Melengkapkan lagi ciri-ciri silent killer ini ialah kekuatan bau sulfur dalam kentut mereka. Pengentut nipis biasanya bertindak semasa kereta penuh dengan orang, dalam lif, kat shopping complex (biasanya tiba-tiba je bau). Pembunuh senyap.

(3) Tahi dan air kencing bersepah kat toilet.
Public toilet kat Malaysia memang jahanam. Kecuali Jusco punya toilet aku memang salute la, bersih. Aku paling bengang kalau time toilet tengah penuh, masuk je toilet yang kosong tengok tahi atau air kencing bersepah kat mangkuk. Nak shoot tapi aim target pun tak betul macam Berbatov.

(4) Customer service yang suck ass.
Kalau masuk kedai/ofis/bank/pejabat kerajaan/GLC, muka orang kat dalam tu macam nak kena terajang dan bonus,...

layanan dia serupa macam muka dia juga.

Nak aku tambah lagi? Cukuplah kot. Sekian entri tahi ini.