Tuesday, September 20, 2011

Kontrak kerajaan

Sesambil aku main2 kompiter kat opis ni tadi, aku ada la terbaca satu artikel kat MI (laman pembangkang, ye aku baca jugak website pembangkang). WikiLeaks ada keluarkan satu artikel pasal kontrak kerajaan kat mesia ni. Kalau nak baca lebih-lebih ko bukak je la sendiri website MI tu, malas aku nak kasi link. Macam tak reti nak gugel pulak eh?

Ni aku quote sket dari situ. Ni perenggan yg meringkaskan artikel tu...

"In the leaked cable, the US embassy reported: “The source said the study, which has not been released to the public, revealed that many Bumi contractors typically sold off their tenders for quick money, often to finance expensive cars and houses. The report also found Bumiputera contractors had misused payments received from the government to pay off creditors and that they often sought additional government tenders prior to completing the ones already awarded to them.”

Aku bila baca je perenggan tu, aku rasa terbakar. Terbakar sebab betul apa yg dikatakan oleh website yahudi ni. (Aku assume WikiLeaks ni yahudi la, apasal? sebab aku bias). Senario makan kontrak kerajaan ni memang la nyata dan berlaku. Aku pun nampak depan mata sendiri.

Lagi terbakar, dia kata 85% kontrak kerajaan diberi pada Bumi. Aku konfem hampir semua tu dijual pada non-Bumi. Salah guna kuasa terang-terang la berlaku. Ini salah satu kelemahan kerajaan. Dia ada kata, langkah-langkah untuk mengelak berlakunya salah guna kontrak kerajaan ni (ooo ada preventive measurements, kire diorang tau la bende ni berlaku...ingat tak perasan) ada diambil. Tapi sebab aku rasa yg menjalankan langkah-langkah tu pun nak makan sendiri, jadi tak jalan jugak la langkah...kire tak melangkah la ni...eh terbuat lawak pulak.

Fakap gile aku rasa. Usaha nak membangunkan Bumi ni banyak sebenarnya. Bende ni semua murni belaka....kalau digunapakai dengan ingatan tulus ikhlas la. Ataupun ada kuasa diktator yg kontrol penggunaan kontrak kerajaan tu. Bilion tu...bukan sikit. Guna duit kerajaan kasi nak buat sumbat tekak sendiri....mana boleh! Songlap 1 persen boleh accept lg...ni kalau fah 50 persen ko gelapkan, monyet dalam hutan pun boleh perasan.

Paling fakap aku rasa, guna duit kontrak tu...buat beli kete, beli umah, bayar kad kredit?? Haramjadah betul. Kalau untuk kegunaan syarikat tu ok la, ini personal usage. Aku dulu yg belajar akaun masa Form 3 pun tau, aset syarikat tu bukan aset peribadi. Malah liabiliti syarikat pun bukan liabiliti peribadi. Cik Halimah dah cakap dah, awak tak boleh samakan peribadi dengan syarikat. Kedua-duanya merupakan entiti yg berbeza dan hendaklah diasingkan. Apasal aku ingat? Sebab aku tanak kene hempuk muka kat blackboard. (Cikgu Halimah sekarang pengetua SSI, sekolah premier kat JB. Nak masuk kene intebiu ko tau...salah jawab, hempuk kat blackboard ahhaa)

Camana nak eliminate bende ni? Aku pun tak tau sebab aku bukan ahli politik. Aku cuma nak suarakan rasa tak puas ati aku je. Tapi kalau betul amanah, ikhlas guna duit kerajaan kasi tu...aku rasa ok. Skill Bumi dalam bisnes, jurutera, sains...seme boleh improve. Tapi kene buat betul la, bukan salah guna kuasa. Ni duit baru dapat, esok dah pakai BMW....seb baik tak tunjuk tanda best pastu amek gamba sebelah kete. Mau aku luku.

Kronisme mmg ada kat mana-mana, salah guna kuasa pun sama. Aku pun tak berani nak cakap kalau aku ada kuasa aku tak salah guna. Tapi man-man laa...Makan makan jugak, kerja mau kasi buat la. Buat tu ikhlas la, amanah la, kan boleh dijadikan pembangunan ummah.

Hesh...tapi memang fak u meng la aku kasi pada orang yg makan kontrak kerajaan.

eh ini kire entri rage ke? aku rasa tak cukup rage la aku ni...mungkin sebab aku berhati suci


tembak je bang, jangan kasi can!

11 comments:

Azhan said...

aku nak nangis sbb kau baru tau kes ni.

ada kawan kau dah jadi jutawan disebabkan kronisme, ali baba, dan segala jenis kategori bisnes yang dipopularkan kerajaan BN.

Azhan said...

ini MILD rage namanya, secukup rasa.

udin said...

tu bukan kawan aku....dia duduk berdekatan umah apis...jadi mungkin apis kenal.

faiz said...

tapi kalau kompeni tu dia punya sorang takkan tak bleh beli rumah dan kereta

sole propriety

apis said...

"Songlap 1 persen boleh accept lg..."


ko gile ke... songlap 1 percent pon aku takbleh accept do...

apis said...

mok... kalau guna duit profit dari margin kontrak yang dia dah kira siap siap sebelum masuk tender... dia nak beli kete ke rumah istana ke, takde orang pedulik...dah untung dia, dia punya lah....kalau kompeni tu dia punya sorang, jadik profit dia lagi besar.

yang bikin panas ni yang kompeni bumi yang kimak....duit kontrak jadik 100% macam duit bapak dia...last last duit nak jalan projek lepas menang tender dah takde....

kemudian masuk tender lain, guna duit tender nombor 2 untuk tampung tender 1...ehhh memang fakkk la

apis said...

ehh ketua pemuda yang jadik jutawan tu kawan paisss do.. siap pegangpegang tangan pais tengok jam dia...

kalau aku masa tu jugak aku cuci air tanah 6 kali

faiz said...

yg rembat 100 persen mmg nak kene terajang ah.
harus jadi mcm China
tembak je orang pecah amanah

saya dah tukar tgn baru. tak perasan ke?

Azhan said...

mok, sole propriety tu milikan tunggal...ada ke kompeni milikan tunggal masuk tender juta-juta? kompeni enterprise?

LOL

profit margin dia buat apa lantak dia lah. masalahnya kalau ali baba kan kontrak untung atas angin pastu secondary contractor dah tentu operation cost lagi rendah, jadi kualiti kerja lagi rendah...ini udin takleh nak capture

udin said...

kalau aku dapat tender...memang aku songlap sket dulu...dlm 1 persen

udin said...

mok, masa alfirdous pegang tangan ko nak tengok jam tu, resit jam tangan ko tu ada melekat kat tangan lg tak?