Saturday, September 10, 2011

Masa depan

Malam minggu masa cuti raya kitorang (minus  Apis) pergi pekena teh kat Yasin. Makin tahun kualiti minuman dan makanan kat situ memang korup. Serupa macam bazaar ramadan petang-petang. Aku punya teh o ais macam bancuh pakai kaki. Kalau dulu average quality, sekarang borderline kepada haram jadah. Harga makin mahal. Dia punya standard servis tak payah cerita. Memang standard mamak. Yang amik order IQ level at par dengan Mat Sabu atau Ibrahim Ali. Lain yang aku mintak, lain yang dia bagi.

Tapi nak buat macam mana, 3 kriteria pemilihan tempat mengeteh ialah lokasi, lokasi, lokasi. Aku bukan nak cakap apa, sedangkan Koh Tsu Koon pun melepak kat Yasin. Serius dowh. Masa kitorang lepak aritu, Koh Tsu Koon datang dengan konco-konco dia. Aku nyaris pergi ke meja dia nak tanya berapa gaji boleh dapat kalau kerja dengan PEMANDU. Aku dengar sana tak banyak kerja.


Anyway sebelum geng-geng Sungai Chat versi menteri sampai. Ada satu lagi versi geng Sungai Chat sampai dan lepak dekat dengan meja kitorang. Lihat gambar kat bawah ni. Geng Sungai Chat versi warga emas.


Pakcik dua orang ni aku fikir dah pencen. Sorang pakai baju bunga-bunga macam gempal sikit. Yang sorang lagi pakai seluar pendek dengan kemeja. Ni aku summarized details kat bawah ni untuk APIS teka, mengingatkan siapa yek? LOL.

Pakcik no. 1
Yang pakai kemeja hitam tu aku suspek masa muda mesti badan berisi atau senang cerita gemok. Tapi setelah 5-6 kali masuk hospital badan ada susut sikit. Pergerakkan ada sedikit lemah. Maybe baru lepas keluar IJN. Gaya berbual macam relaks sikit. Tapi dia punya ketawa bunyi macam ada penyakit bronchial asthma.

Pakcik no. 2
Pakai seluar pendek masa jumpa kawan-kawan tandanya dia dulu study kat oversea. Pakai cermin mata sebab selalu ngadap komputer cari awek kat FB.

Ok sila teka.

8 comments:

apis said...

pakcik no 1 mesti ada batuk kokol.... ini masa depan pais

pakcik no.2
cerita sambil tangan beriya iya, sape lagi yang ada darah pelakon kalau tak udin ekzos...

kah kah kah nasib baik aku versi tua tak de gi lepak yasin malam tu...

Azhan said...

LOL. yela...aku punya versi pun dah takde. atau mungkin dah selamat kat mahmoodiah. LOL LOL.

apis said...

aku sebenarnye nak sambung gak ayat tuh... ntah ntah versi tua aku ngan ko dah jalan.... darah tinggi sebab selalu RAGE ahahaha...

tapi pais....panjang umur

udin said...

eh taik


tapi pakcik baju bunga2 sudah hulur 50 inggit nak bayar koh su kun makan sambil ngeteh do...selit celah tangan. eh macam pegi orang kawin pulak nak salam ada isi

udin said...

nota kaki...malam tu aku dtg pakai seluar trek ok

Azhan said...

udin,
u get it wrong bro.

pakcik baju bunga2 tu yg receive duit ngeteh. pastu buat malu2 kucing pulak. aku nampak sorang escort KOH yang bagi.

udin said...

ooo ye ke....sungguh politik sekali. eh tapi apasal dia tak hulur kat kita....celaka betul. aku nak jugak makan free

Azhan said...

lenkali kau salam cium tangan dia. baru dapat duit.