Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau

Pukul berapa datuk harimau?

Pukul 4-2. Hahahaha.


Skuad Harimau 2010 AFF Suzuki

K. Rajagopal bawa pingat emas 2009 Sukan Sea, sekarang 2010, bawa balik AFF Suzuki cup. Biar kalah di Twitter tapi menang di padang.

Tahniah Rajagopal dan skuad Harimau!


K. Rajagopal, sidang media kat Indonesia.

p/s: on paper memang rekod pencapaian Malaysia boleh tahan. Tapi liga tempatan? Stadium masih kosong. Nampaknya perjalanan sepakbola Malaysia masih jauh dan penuh liku-liku.

Teknik Coli Laser Tak Berkesan


Antara sebab penalti Indonesia tidak dapat disempurnakan.

Tuesday, December 28, 2010

Maylo

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Nanti Udin saun aku. Lagipun aku penat baru lepas melompat sambil tendang pintu toilet lepas baca message apis kat sungai 'chat' box.

Ini adalah gambar di belakang tabir semasa video kat entri ni sungaichat.blogspot.com/2010/12/bagaimana-malaysia-menjaringkan-3-gol_27.html

Ni bukan Maylo, tapi anak luar nikah Maylo setelah bersetubuh dengan seekor kucing parsi. Kesian, dijadikan tebusan.

Gempar! Update terkini Malaysia vs Indonesia di Stadium Bung Karno

Menurut sumber yang susah nak dipercayai iaitu Harian Metro, peminat Indonesia takkan gunakan laser untuk balas dendam.

Tapi coli+laser.

http://www.hmetro.com.my/articles/ColiJuliaPerezmenantiMalaysia/Article


Yang pasti bukan setakat pemain Malaysia saja yang akan didivert attention, malah pemain Indonesia jugak. Unless diorang tu Azwan Gomorrah.

Setakat coli ada laser, tapi kalau ada flasher bahaya gak dowh. Untuk peminat Indonesia, pastikan yang nak flasher tu paling minimum macam Nia Ramadhani atau Luna Maya. LOL. Makin lama makin lawak, makin lama makin drama.

Apa lagi nak expect Rabu ni? Coli festtttttt everibodi! HAHAHAHHA.

Julia Perez suka makan ceri.

Bagaimana Malaysia menjaringkan 3 Gol Part 3

ya.... inilah punca sebenar Markus Botak Goblok menggelabah waktu game ituari

mungkin nanti game di Stadium Bang Karno diorang akan pasang sign board ni:

ahahahahahahha. TOLOL

Monday, December 27, 2010

Bagaimana Malaysia Menjaringkan 3 gol part 2



ahahaha mamposs kucing ni mamposs. Mesti kene parang dengan peminat team garuda.....
gile aaah maylo punye prediction memang tepat... 3 kali bolos....

bolos saja gawang itu

Bagaimana Malaysia Menjaringkan 3 Gol

Menurut teori para peminat Indonesia.

Jika diteliti logik akal cerita sinetron, maka kita tak perlu amik port teori diorang.

Come on Harimau!

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia (1st Finale)

Malaysia 3 - Indonesia 0

Safee Sali - 61st
Mohd Ashari - 68th
Safee Sali - 73rd


Gambar Safee Sali aku jumpa kat Reuters. Dahi bertanda biasanya solat tak tinggal.

Malam tadi punya game memang puas hati. Bukan dari segi mutu, tapi dari segi score. Sekarang Malaysia punya player kena fokus mental untuk defend score ni kat Stadium Bung Karno. Indonesia pun nak menang sakit jugak, kena score 4 tanpa balas. Kalau menang 4-1 pun, Malaysia masih menang ikut 'away goal' rule.

Stadium Bung Karno bukan tempat calang-calang. Ini Bung Karno, nama keramat, bukan Bung Mokhtar. Yang penting player Malaysia kena fokus dan tahan bola tu kasi slow sikit, jangan lambung-lambung.

Kat Stadium Bukit Jalil malam tadi sikit kecoh masa Malaysia nak amik free kick. Kalau tak silap player Indonesia komplen pasal pancaran laser kat keeper diorang. Sebenarnya aku perasan jugak masa Malaysia lawan Vietnam aritu. Keeper Vietnam jadi sasaran laser. Tapi player Vietnam layankan cool je. Yela, setakat biawak dengan anjing diorang boleh telan, apa sangat laser kat mata. Halusss je.

Anyway, malam tadi juga aku baru mengerti. FAM punya tampuk pimpinan ada keturunan raja. Tapi banyak-banyak raja dalam bolasepak Malaysia, tak boleh lawan satu raja sekarang ni....raja apa? RAJAGOPAL!

Hahahahaha.

Kita tunggu keputusan Rabu depan.


K. Rajagopal, nicknamed King Raja.

Wednesday, December 22, 2010

Scam Telefon Bimbit

Aku petik dari Berita Harian, full story kat sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Telefonmurah/Article.

Telefon Murah
RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.

Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.

Seorang pekerja swasta, Mohd Shafik Hambali, 25, berkata beliau hampir menjadi mangsa lelaki terbabit apabila cuba didekati mereka, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150.

"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral.

Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan.
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit.

“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya.

**********

Ni cerita kat area Rawang. Sebenarnya kat R&R highway lagi ramai. Masa aku pergi beraya tahun ni, aku singgah kat R&R Seremban berlambak-lambak scammer nak jual henpon.

"Bro, murah je bro...ni barang baik punya." Itu adalah ayat tipikal seorang scam picisan.

Modus operandi diorang mudah je. Cari telefon yang setakat boleh on 2-3 hari. Pastikan telefon tu model yang senang nak tukar casing (express cover) macam Nokia. Sebab apa? Nak kelabukan mata orang ramai, kasi kilat-kilat sikit casing henpon tu. Itulah sebabnya mamat scam telefon ni selalu offer Nokia je. Nak lebih spesifik sikit, Nokia model N95. Betul tak? Aku gerenti betul. Masa kat R&R tu aku perhatikan semua offer Nokia punya model je. Dah macam Nokia hari raya sale la pulak. Tade pulak yang offer Blackberry ke, Iphone ke. CSL pun tade.

Satu lagi, appearance si scammer dah macam penyangak. Nak jual henpon dah la macam nak jual methamphetamine. Pukewak. Gua ingat nak hulur pisau ke apa, nak rompak ke. Marketing pulak stail misteri/seram. Aku dah siap ready dengan kekuda (read: untuk lari). Sekali tengok, keluar henpon. Kocek seluar punya la kecik, sekali keluar henpon macam saiz batu asah (N95).

Satu lagi kemungkinan mengikut instinct Grissom aku ialah henpon buatan China. Masa aku pergi Shenzen dulu, setakat henpon Nokia boleh dapat puluh-puluh ringgit je. Itu belum aku bargain lagi. Tapi aku rasa korang takkan bargain punya dengan tokey kedai kat sana. Muka sekor-sekor macam lahanat.

Nak kata gambar hiasan pun bukan jugak, sebab aku Google
image keyword 'scam' muncul pulak gambar makhluk ni.

Tuesday, December 21, 2010

Blackened is the End..

Aku rasa seme orang boleh perasan, populasi mat blek kat mesia ni makin lama makin ramai... ntah apasal ntah aku rasa semak gile mata aku pandang puak puak nih....aku je yang rasa macam tu ke, orang lain pon rasa bende yang sama... adakah ini yang dinamakan xenophobia, ahahaha gua tak fobia..apakejadahnya nak fobia, cuma gua menyampah gile nengok.

Lebih kurang 5 tahun lepas, kita cuma jumpa puak blackened ni jual jam, wallet atau tali pinggang kat kedai kedai makan je, bila diorang approach je meja makan, pasti akan dimulakan dengan ayat dengan 'my frenn, u want watch, wallet?' sambil beriya iya tunjuk barang diorang nak tolak tu, tapi sekarang nih dah jarang dah aku terserempak dengan 'my frenn' ni jual bende bende tu. Eii geli sial 'my frenn' bile masa pulak gua ada kawan macam ni...

Apa yang aku nampak sekarang ni, kebanyakkan diorang nih makin advance. bawak kete mahal mahal mahal der... scam money kot....ahahah ntah kenaapa diorang ni juga turut terkenal dengan scam....mungkinkah AC gelang berguru dengan mat blek?

pemilihan warna baju yang tepat

1. Kalau ikut pembacaan aku, kebanyakkan mat blek ni guna pass student datang kat sini... fakap gile.... bagus benar ke education system kat sini sampai melambak lambak 'student' mat blek ni nak belajar kat sini. apa punya polisi la kerajaan aku pakai bagi masuk mereka mereka ni seme.

2. Kebiasaannya kita dengar sesape yang ada direct encounter dengan diorang ni, seme cakap puak ni palat, mungkin terlalu generalising sangat ayat ni, tapi gua tak penah dengar lagi bende yang best dan yang baik baik pasal diorang ni, so mungkin benar mungkin tidak... gua tak penah berdepan atau berurusan dengan diorang ni...so gua tak tau.

3. Kalau terserempak dengan puak puak ni, mesti pakai kete kete mewah, ada sekali je aku terjumpa sorang mat blek pakai Wira. Aku tengok pendatang lain even yang dah lama duduk sini takdela sampai pakai kete mewah... mat indon biasanya pakai kete barai dengan moto.. bangla biasa pakai moto cabuk je... vietnam dengan myanmar pulak means of transportation biasanya bas dengan basikal je....

4. Tapi apa yang gua pasti, puak mat blek ni, kalau nak berpeluk nak bercium ikut suka kepala penis dia aje selambe depan orang ramai... kimak gile perangai, baru jadik kat aku minggu lepas... aku tengah me'ngeteh' tetibe datang satu kete Lancer yang konfem bukan Inspira convert parking betul betul depan muka kedai... 2 mat blek turun kete sambil paut pinggang minah blek yang pakai dressing yang aku rasa gile tak kene dengan muka dan tone warna dia... pakaian macam tuh cuma beri efek kalau awek macam maria ozawa yang pakai... turun turun je keta terus comolot, pastu bergerak masuk dalam kedai makan sambil tangan pegang bontot pompuan tu.... aku terkeliru jap masa tuh, aku ada kat set Behind the scene Ebony Slut ke ni...

5. Banyak kes gaduh melibatkan mat blek ni dengan orang kita... aku sendirik tak penah terjumpa la scene gaduh dengan mat blek ni... tapi dengarnye banyak kes gaduh sebab kacau awek tempatan... haihh

Kenapa aku tulis ni, sebab tetibe aku rasa makin banyak pulak makhluk blackened ni kat area umah aku... blackened is the end

Saturday, December 18, 2010

Celcom Broadband


2 hari lepas gua dapat call dari nombor KL. Nak biar miss call takut henpon gua kecik hati.

"Macam yang kompeni gua janji dulu, gua nak kasi upgrade servis kat area lu...kasi 3.6 mb balik. Amacam, lu suka tak?"

Gua jawab.

"Cikgu gua dulu selalu cakap jangan makan semut nanti cepat pelupa. Tambah-tambah lagi lu punya geng semua makan semut guna ranting kayu. Tak hygine macam ni."

"Ekceli gua dah terminate dah akaun der. Lu lupa check kat dalam sistem?"

Gambar dari koleksi peribadi Udin, http://www.udin.com

Kutipan Tiket Filem Malaysia 2010

Aku print screen dari website FINAS, data adalah sehingga tarikh 15 Disember 2010. Bagi yang cermin mata tebal macam teleskop tengok anak bulan boleh klik gambar kat atas untuk besarkan gambar. Yang miopia aku takleh nak tolong.

Filem 2 alam dah berjaya pungut RM0.44 juta, tinggal balance lagi RM19.56 juta je.

Tapi kalau dihitung dalam rupiah Indonesia bersamaan 1,267,570,574.62 Rp, kalau kat Kenya bersamaan 11,264,954.44 Shilling, di Pakistan bersamaan 12,031,392.34 rupee... dan... dan... dan kalau kat Zambia dengan selamba dodol mencapai 651,331,945.32 Kwacha.

Sapa cakap tak capai target? Dia cakap 40 juta maaa, mana ada cakap 40 juta ringgit?

LOL.


Info dari web Finas, http://www.finas.gov.my
Gambar tshirt dari http://www.bytelove.com

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Vietnam

Malam tadi di sekitar Johor Bahru, di Taman Gembira, Taman Bahagia dan sekitar kawasan perumahan di Senai kelihatan sedikit lengang dan kelihatan beberapa orang sahaja berada di luar rumah, itupun sedang mandi di car porch. Anjing-anjing dan kucing-kucing juga kelihatan bersuka-ria dalam keadaan santai di area-area tersebut. Tapi sampah-sarap tetap bersepah kat tengah jalan macam biasa.

*****

Malam tadi Malaysia menang 2-0 dengan Vietnam untuk separuh akhir pertama kat Stadium Bukit Jalil, Piala AFF Suzuki. Dua bijik gol memang diperlukan nak bawak bekal pergi ke Hanoi sebab macam biasa la, perkara-perkara mengarut dan aneh-aneh serta unpredictable ni player bola Malaysia je boleh buat, macam lawan China kat Sukan Asia aritu.

Anyway, malam tadi punya game aku rasa boleh la untuk standard ASEAN. Dua-dua team pun kadang-kadang tendang bola merapu boleh tahan. Itu belum masuk bab tahan bola.

Highlight untuk game malam tadi seperti biasa, mestilah pengulas legend Hasbullah Awang. Dia partner dengan sorang lagi pengulas yang entah siapa. Sebagai pengulas lagenda, aku tunggu 'magical moment' dari Pak Hasbullah Awang.

"Memang terdapat satu kimia antara kedua penyerang Selangor ini."

Kalau ayat kat atas tu translate ke English, paham la korang maksudnya. Dari segi direct translation aku bagi 10/10 kat Pak Hasbullah. Memang pengulas yang true.

Player Malaysia sedang warm up. Kalau tak silap lepas tu training
tahan bola.


Gambar aku amik dari www.affsuzukicup.com/

Tuesday, December 14, 2010

Aku dan Nature

Aku ada la sket2 suke nature ni. Malah chennel yg selalu aku bukak kat astro pun adalah chennel National Geographic dan yang sewaktu dengannya. Nak kata terer tu takde la, tapi aku boleh pasang ngn runtuhkan khemah. Kire terer ke tu? Ada beberapa rancangan aku suke tengok sebab aku rasa dia best

1. Man vs Wild

Rancangan ni aku rasa yg first buat surviving skill ni. Dia ni ex-askar british aku rasa. Tapi dia mmg kool abes. Aku rasa mana dia pegi pun boleh survive. Pastu aku rasa dia la yg first makan binatang2 dlm hutan ni secara raw. Mak ai aku tengok pun tak lalu. Memula tu dia layan serangga je...semut ke, kala jengking...kire menatang yg ada exo-skeleton la. Takde daging. Buang kepala, gigit2....telan. Khasiat apa ada aku pun tak tau. Tapi kalau lapo, belasah gak kot. Tapi lepas tu dia ada la layan ikan plak, kat episod kawasan sejuk la....ais. Mana tah. Artik kot. Eiii selamba dia gigit ikan tu, gigit belakang kepala ikan dia kata, cepat sket mati. Ceh aku tengok dia koyak2 ngn gigi dia, liat semacam je. Lepas tu ada satu episod dia layan bangkai antelope ke apa tah. Mak ai.....aku tak dapat nak bayang la bau dia. Apatah lagi rasa bangkai tu. Tapi Mr Bear ni survivor la. Aku rasa kalau masuk rancangan survivor Pulau Tiga dulu yg kat Sabah pun dia bole menang sejuta tu. p/s: Richard Hatch manusia buncit ala2 arbok yg menang sejuta.

Sebab seksi la dia menang sejuta

2. Dual Survival

Ni kire baru gak aaa. Mamat gemok (mati2 aku ingat dia ni betul2 gemok, sekali tangan dia tough besar saiz kepala aku) adalah seorang pure naturist manakala sorg lagi adalah abg askar. Diorang ni selalu compare la cara nak survive dalam keadaan yg ekstrem dengan menggunakan skill masing2. Kengkadang diorang tak puas ati la sesama sendiri. Masing2 la paling terer, biasala manusia. Tapi syok dapat tengok dia tunjuk kelebihan bermacam2 skill dari 2 background berbeza. Mamat gemok tu pelik gak la bagi aku, sebab dia naturist sangat. Jalan pun pakai kaki ayam je dalam hutan. Masa episod kat negara sejuk pun selamba dia jalan kaki ayam atas snow. Mak ai tak keras kejong ke kaki kau? ALangkan Pak Wi (guide masa aku pegi Taman Negara Endau-Rompin) pun masuk hutan pakai but getah. Aku rasa Pak Wi lagi survive kalau dalam hutan tropika la. Terer Pak Wi ko tau. Padehal perut buncit gila, tapi aku rasa muscle kaki dia lagi keras dari tulang keting aku. Nikmati imej kaum Pak Wi dalam slide berikut.

Tak pernah plak aku nampak Pak Wi pakai sumpit

3. Man, Woman, Wild

Ini agak haram la sket. Joe hero tunjuk cara2 surviving tapi dia bawak bini dia. Yang aku tak tahan bini dia asyik merengek2 je. Itu tak kene, ini tak kene. Laa....tak tough langsung. Baik tak payah buat rancangan. Buat party tupperware kat umah lagi bagus. Tapi biasala, ini kan berdasarkan demand penonton. Korang nak tengok, diorang pun buat la. Boleh buat duit apa. Diorang apa pedulik. Tapi kengkadang agak boring sebab pompuan takde skill langsung selain dari merengek. Patut dia namakan rancangan ni sebagai Man and Man's Wife in the Wild.

Rancangan2 ni bagus sebenarnye, dia tunjuk cemana nak survive kalau sesat dlm hutan atau tempat2 kita tak biasa. Takat sesat kat bandar jb tu, naik je la mana2 bas, seme pegi bas stand larkin. Tak thrill langsung. Diorang tunjuk berbagai cara nak hidupkan api, buat khemah sementara, camana nak kenal binatang beracun, camana nak elak panas kat gurun, mana nak carik air dan bermacam2 lagi. Tapi dia kata paling penting dlm survival adalah semangat nak hidup....kalau takde tu, kita tak bole nak fokus minda untuk survive...mmg tak survive la kita.

Salah satu skill aku belaja masa camping adalah masak nasik. Yang panting jangan jelantah. Mak aku kata, kalau nasik tu tengah2 dia mentah, haaaa dia jelantah. Gaul2 sket. Biar beras tu sekata kene air. Tapi apis yg ditakdirkan ada sekali masa camping tu pun bertanya...'Eh tapi cikgu, kat tengah periuk ni manjang ada air. Bila nak kering?' Dengan gaya dahi berkerut penuh tanda tanya. Kitorang pun tengok la ke tengah periuk tu, ada air menitik daripada atas. Rupa2nya ada spender tergantung dalam keadaan basah yang amat mengerikan sambil titisan air itu terusss ke arah tengah periuk berisi nasik empuk. Haaa ini pun dikire surviving skill jugak ni, nak kene makan nasik air spender.

Sunday, December 12, 2010

Just you know why, why you and i.....



Iklan cheese kat Mesir. Camne panda bole sampai arab? Ini dinamakan strategi marketing "meniaga paksa".

Ni website dia, http://www.arabdairy.com/corp.htm. Lagu background tu Buddy Holly, "True Love Ways."

p/s: tolong jangan kaitkan video ini dan kustom dino di giant. Dosa!

Thursday, December 9, 2010

Cerpen mini 2 : Lesen , Pegawai JPJ dan Mazda 323.

Di suatu pagi yang agak terang, dengan kicauan burung gagak yang riuh mungkin sedang melahap bangkai bangkai katak atau tikus yang dilenyek kereta pada malam hari. Lebih kurang 12 tahun yang lalu, kelihatan sang protagonis yang kacak sedang asyik beradu di kamar tidurnya. Ya ini tidak ada kesilapan, watak protagonis dalam penceritaan ini memang kacak wajahnya, cuma tidak sekacak encik Clunk. Sedang dia hanyut dibuai mimpi basah yang hampir-hampir inzal,tiba-tiba dia dikejutkan oleh seekor biawak yang melekat pada otot kaki. Muscle cramp atau simpul biawak pada belakang betis sebelah kaki kiri menganggu lena si protagonis tadi.

bermulalah al kisahnya....

"urghhhhh...urghhhhh" aku meraung dengan suara masih tersekat sekat lagi dihujung tekak sambil terduduk memegang kaki yang sedang cramp. Sesungguhnya cramp di awal pagi adalah suatu perkara cebai yang amat menyeksakan kalau terjadik pada mana mana umat manusia. Apatah lagi jikalau cramp itu yang membuatkan anda terjaga dari tidur, konfem hangin satu badan, nak rembat, kaki sendiri pulak, maka terpaksa aku layankan sahaja.

Setelah berjaya mengawal kerakusan cramp tadi dan kesakitan mulai mereda, aku menghela nafas lega sambil mula melakukan senaman tradisi melayu step by step dari senaman pertama hingga senaman ke empatbelas, dengan harapan agar senaman begini dapat meningkatkan keharmonian dan menambah keseronokan kehidupan berumahtanggaku di masa hadapan, namun bila sampai ke step senaman yang ketujuh, aku terhenti. Kepala ku ligat memikirkan sesuatu, rupanya hari ni merupakan hari aku akan mengambil exam amali jalanraya JPJ untuk mendapatkan sekeping kertas yang bergelar LESEN MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR, patutla aku diserang simpul biawak, badanku rupanya cuba menghantar signal agar aku bangun awal dan bersiap untuk ke tempat ujian memandu dijalankan.Ini dalam istilah sains alam dipanggil biological clock.

Lantas aku mempersiapkan diri dengan mandi sunat,memotong kemas kumis serta bulu bulu lain di bahagian sulit badan yang mana tidak perlu aku detailkan lagi, memakai wangian seploh ringgit yang aku beli di pasar larkin tetapi hampir habis serta mengenakan pakaian yang smart. Smart disini bukanlah ertinya aku memakai kemeja bertali leher dan berseluar kancut, tetapi sehelai seluar jeans lelong dimalam raya yang masih belum koyak dihujung kaki bersama baju hitam berkolar, yang aku tak tau milik siapa, mungkin milik ahmad mackeen,kerana aku memang suka merembat baju beliau semasa dimaktab dulu. Untuk mengambil lesen ini, aku menjauhkan diri dari memakai pakaian berupa mat remp-it kerana ini adalah merupakan formula kegagalan untuk mendapatkan lesen,ia juga formula kegagalan dalam menghasilkan filem. Lihat sajalah filem filem yang berunsur rempit dalam negara kita nih, semuanya kan macam sampah.

Harapan aku semasa nak amik exam ni amatlah tinggi, dengan ujian bertulis yang telah aku lulus dengan bongkaknye iaitu 49/50, aku berkeyakinan penuh aku bakal menggenggam lesen kereta itu.'hooh....hoh....hoooh' bunyik nostrill ku seolah olah mengiyakan apa yang aku harapkan itu.Lain orang lain bunyik nostrillnye, ia bergantung kepada kadar pengumpulan debu debu pada bulu dan rongga hidung masing masing. Bagi yang taik idung penuh berselepet dan sudah lama tidak dilombong, mungkin bunyik yang terhasil akan lebih pekat dan kasar, bagi yang bulu hidung terkeluar dan tidak ditrim mungkin bunyik seperti bunyik humming yang akan keluar.


Ohhhh sudah banyak perenggan berlalu, tapi masih belum sampai ke cerita sebenar lagi ni, baiklah cerita diteruskan lagi. Aku diambil dengan kereta oleh pemilik sekolah memandu yang aku daftar sebulan sebelum itu untuk ke pusat ujian. Perjalanan agak hambar kerana aku tidak berminat nak berborak dengan pakcik tu, aku hangin dengan dia, aku tau la yuran yang ko kenekan murah nak banding sekolah memandu yang lain, tapi janganlah ko datang lambat gile babih. Aku tau, sebagai seorang melayu, ko sungguh true to the colour, aritu ko cakap kul 9 mesti dah sampai kat pusat ujian memandu, pukul 8.15 aku dah tercangak kat depan gate rumah sambil sembunyik sembunyik hisap rokok menunggu kedatangan ko pakcik.... PUKUL 9 lebeh setelah aku habiskan 6 batang rokok semporna kotak 7 baru ko sampai depan rumah bapak aku, apa ke lancau ni pakcik! bila nak sampai tempat ujian ni! fakap meng!

Dari harapan yang tadi menggunung tinggi, sedikit demi sedikit semangat aku kian tercalar, kelambatan pakcik lembab tadi merupakan bad omen pada aku.
ujian memandu amali jalanraya dah lama bermula, pakcik tu masih terhegeh hegeh nak daftarkan tempat aku, inglourious basterds btol la orang tua ni! akibatnye aku tengok nama aku adalah orang terakhir sekali yang akan amek ujian amali JPJ haritu. Nasib baik masih boleh register lagi,kalau tak pakciktu sudah lama aku seterika penis dia. Aku nyaris hilang fokus, tetapi nasib baik ramai awek awek cun yang mengambil sesi ujian dengan aku hari tuh...dapatlah aku jadikkan pengubat hati luka didada menunggu turn aku yang rasa macam tak kunjung tiba tu. Di kesempatan itu, aku sempat membuat kesimpulan bahawa, wajah awek adalah berkadar sonsang dengan rate kejayaan lulus ujian memandu...kebanyakan awek yang cun dan kiut miut, gagal! tapi yang berwajah sederhana biasanya lulus, ini mungkin konspirasi pegawai JPJ supaya awek awek cun ini kene repeat ahahaha..ataupon, awek cun memang tak reti bawak kete?

Aku terus pasrah menunggu giliran aku, terasa air peluh pahit mengalir dicelah armpit dan trisep sasa, mujur aku sempat mengenakan ODORONO awal pagi tadi.Setelah lebih kurang 3 kurun lamanya dan ketika kebanyakkan orang seme dah mula balik rumah, nama aku pon kedengaran dilaungkan dipembesar suara untuk bersedia. Aku pandang jam dan sempat pula aku mengalirkan air mata kerana jam menujukkan 15 minit sahaja lagi pukul 3. Butohs lama sial aku buang masa gitu aje!

Aku mulakan ujian di litar dengan cemerlang sekali, mula mula ujian bukit, dengan tenang aku lepas. kemudian 3 point turn, ahahaha bapakk kacang, mudah kerana pegawai JPJ pon dah tak amek pot,dah malas agaknye yela dah petang.... dan terakhir sekali side parking, setelah membuat adjustment terkahir aku pon angkat tangan ke arah pegawai JPJ menandakan aku dah berhenti, tapi malangnye takde satu pegawai JPJ pon yang pandang....aikk cilake tak kan tak tengok kot. Tidak pulak aku terus jalan keluar kerana menuggukan signal ok dari mereka, setelah lebih kurang 2 minit, terdengar satu pekikkan haram dari stand pegawai JPJ tu "hoi...udahlah tu, berapa lama ko nak duduk situ" faking arsehole punye pegawai JPJ,udahla ko tak tengok, ko bagi apa apa signal pon idak, tibe tibe ko nak memekik. Kalau aku tau ko nak pekik tadi, aku tak angkat tangan kosong, akan aku sulami sekali dengan jari tengah.

Setelah ujian litar aku lepasi dengan mudah walaupon diakhiri dengan sedikit babak babak yang pandet oleh pegawai JPJ, kini tibalah masanya ujian jalanraya pulak untuk aku tempuhi.

Dari jauh kelihatan seekor hipopotomos berjalan terhempas hempas menghala ke kereta ujian aku, demm ini ke pegawai JPJ yang nak nilai aku, bagilah manusia yang nilai, mengapa hewan pulak yang diberi authoriti menilai pemanduan aku.hatiku sudah mula tak keruan.

Sebaik sahaja melabuhhkan jubornya dalam seat kereta sebelah, pegawai JPJ tadi terus cakap "JALAN!". ahahah aku pon bukannye bangang, aku tak jalan malah aku mula membuat segala yang telah diajarkan oleh pakcik lembab kepada aku. aku tarik talipinggang keledar, betulkan seat, check free gear, check cermin belakang dan cermin sisi dengan gaya yang cukup skema dan gentlemen.

"hoi, ko ni tak dengar ke aku cakap! kan aku suruh jalan... hari dah petang, aku dah takde masa nak tengok seme seme bende yang ko buat tuh" sergah pegawai hipo tadi... ek ele dia ni, pakkalla ko yang nak menilai aku, kalau tak dah tentu aku libas perut ko dengan kayu bawah seat ni. " OK encik, tapi kene buat seme seme tu, nanti kang tak lulus pulak saya" jawab ku dengan penuh hemah. "aku suruh jalan jalan la, kang nanti aku failkan karang". sambung hipo itu tadi. Sambil tersenyum kelat, aku pon mula menggerakkan kereta setelah aku jeling kertas markah aku sudah ditanda right oleh hipo tu.

Baru je aku masuk gear satu, aku disound sekali lagi "ko langgar lagi sekali lutut aku, aku terus failkan ko"...'kimak lu! dah ngko badan macam blue hippo memang la kene langgar lutut tu,immpossible sial naikk pon kancil..' aku berbisik dalam hati.... "Maaf ye encik, susah nak elak terlanggar lutut tu, kete ni kecik aje" aku menjawab... "Ko jawab lagi sekali macam tu memang aku suruh ko patah balik, aku fail kan aje terus, lagi satu panggil aku tuan, bukan encik aje" . "BAEK TUAN" aku turutkan aje.

Laluan yang aku dapat adalah laluan mudah, hah dah memang rezeki aku dapat jalan senang, jadik semuanya smooth je la, tapi tak berapa lama kemudian hippo memulakan perbualan. " oih, ko kalau bawak kete suka dengar lagu apa? ko denga lagu band mana? ". "saya tak dengar lagu sangat tuan" jawab ku sambil menumpukan pada pemanduan ku. "ko jangan tipula, ko nyanyila sikit, lagu wind of change ko tau tak, nyanyi sikit, ilangkan bosan petang petang ni" hippo memulakan onar. Tidak mau mengalah aku mula mengalunkan lagu wind of change dengan garapan suara mael xpdc di juara lagu yang sumbangseh. ahahaha lepas seminit dia suruh berenti, kalau aku teruskan dia akan straight failkan aku katanya...bodoh gile dia ni

kemudian dia mula lagi "ko terer teka teki tak? hah kalau ko terer ,kereta apa yang boleh melompat dari pokok ke pokok?" Hoh multitasking sungguh keadaan yang aku sedang buat ni, aku pon jawab kete kutip buah sawit...sebab aku pikir itu la kete yang ada kaitan dengan pokok pon, tiba tiba hippo ini bergelak sendiri seraya berkata "ahahaha salah la jawapan ko, jawapannye ialah MAZDA 323, tree to tree, ahahaha" gelak sang hippo tersebut. 'apa ke kepala bana la lawak babeng ko cube buat ni wei' hati aku mula panas.tapi aku teruskan menten memandu sampai ke checkpoit yang akhir. Dalam nak sampai tuh ada beberapa lagi teka teki teka tekok yang diutarakan oleh si hippo tuh, tapi aku dah tak ingat, cuma yang konfemmnya, kalau diluar ni, dah aku radak kepala dia dengan pencakar daun luruh tu sebab buat lawak yang terlalu bangang dan unacceptable depan aku..mungkin jugak aku boleh kelaskan lawak tu sebagai lawak binatang...lawak yang hanya ungka sahaja yang akan terkekek kekek mendengarnye.

sampai sahaja di checkpoint terakahir aku pon menghala ke arah parking yang ditetapkan, lantas hippo tadi pon segera menyanggah " weh, ko parking terus depan tangga tuh, turunkan aku kat sana, aku penat nak jalan jauh". Aku mulai serba salah, sebab depan tangga tu adalah petak kuning. aku lalu je depan tangga tu dan berenti kat petak yang paling dekat dengan tangga. "oooi ko pekak ke, kan aku cakap berentikan aku kat tangga!" hipppo menjerit di sebelah aku. "tuan situ, saya tak berani nak drop tuan, petak kuning tu tuan" jawab aku.

"Sekarang ni siapa yang pegawai JPJ ni, ko ke aku? aku cakap sana sana la, undur balik, drop aku sana, ko nak lulus ke nak fail ni" hippo semakin palat. sambil tersengih nipis aku menolak. "weh ko ni degillah, ni tinggal satu je lagi ko nak fail ni", tambah sang hippo lagi. "tuan,sepanjang saya bawak tadi,ok takde masalah, takkan sebab ni pon nak kasik fail" aku cuba argue dengan sopan..padahal dalam hati memang tuhan saje yang tau bebakul bakul dia kene seranah dengan aku. " hahaha tau pon ko takut fail, ko nak lulus tak" kata hippo. "ko kene tabik spring pada aku"sambung hippo lagi

eiiii dia ni sudah lebeh ni, serius shit aku cakap, kalau tak kerana aku malas nak mengharung lagi sekali seme bende bende bodoh pasal urusan JPJ lesen ni dah lama aku sungkit bawah dagu dia yang berlipat tu, ntah dagu ke leher pon aku dah tak boleh beza dah. Pikir pikir balik, biarlah sekali ni aje aku amik lesen, aku turutkan jela jugak... toiiinggggggg sambil aku menabik springgg pada si badak hippopotomos tuh gaya seorang soldadu menabik hormat pada panglima perangnya. Dia tergelak gelak macam haram jadah dan dia terus menandakan right pada kertas exam tu sebagai LULUS!....

Hohoho memang kemakk perangai pegawai JPJ yang nak meluluskan aku ni. Walaupon pelbagai dugaan akhirnye selesai jugak semua siksaan jiwa yang aku harung ni.Aku tak tau lah macam mane orang lain mengharung proses nak dapat lesen ni, tapi pada aku pengalaman bersama encik JPJ ni adalah antara yang paling gampang penah aku lalui. NAHHHH jari hantu buatmu encik JPJ hippo.

Wednesday, December 8, 2010

Lagenda Brader Babola

Rumah JKR abis kena tapau, brader babola stood still. Hyatt pun dah jadi Thistle.

Memang lagenda.

p/s: aku nak tulis title lagenda budak babola, tapi khuatir disyncronisekan dengan farid kamil sekali lagi. LOL. Anyway, murtabak kat depan syahbandar tetap super.

Movie yang buat aku rasa nak hempuk kepala kat TV , part 2

Aku nak sambung sikit apa yang zul post sebelum ni....berkenaan movie yang bile korang tengok nescaya akan membuatkan tulang tongkeng dan bile duct korang panas terbakar, teros rasa nak headbut je TV LCD. Kalau TV lama dan TV plasma,kene berhati hati sikit, sakit do kepala, malah berisiko pecah lagi...Movie yang aku nak komen ni pasal Ong Bak.

Bila sebut je Ong Bak mesti punya terpacul punya nama Tony Jaa. perghhh mamat ni memang skill maut, tapi sebab dia cite thai, muka macho macam mane pon, suara mesti macam ceebai ahahaha.

Cite Ong Bak ni kalau lu orang jenis minat cite fighting mesti respect tak hengat punya sama movie ni. Kalau ia cite porno, dah tentu ia boleh dikelaskan sebagai porno hardcore ahahahaha, tapi ia bukanlah cite porno, ia merupakan cite fighting ala Muay Thai yang boleh membuatkan penggila cerita fighting macam aku ni orgasm.



Tapi tak lama lepas tu, aku bengang gile bile aku tengok movie Ong Bak 2, cite taik apakah ini? kenapa sial sangat tak nak sambung je guna konsep timeline yang sama macam cite first. Dari segi fighting masih maintain tapi dia punya feel pada aku ada sikit tercalar. So cite Ong bak 2 ni takat bole tengok dan tertidur, bile terjaga sambung balik aje. takde le se stim movie first dia.



Tapi yang buat aku hangin impak maksima bile aku layan Ong Bak 3. Macam Bak Bi sungguh cite ni. Betul betul buang masa je tengok. Cara fight pon bangang, ending dia lagi bangang. Siap boleh jadik macam Gandalf the white pulak. Habis je tengok cite ni, aku jamin, mesti straight korang rasa macam nak lempang Bung mokhtar. Aku pon tak tau la apa aku nak cakap lagi dah pasal Ong Bak 3 yang bodoh ni, mungkin aku yang tak pandai menilai seni panggung dalam filem ni, tapi terus terang aku cakap, aku rindu street fight tony jaa macam dalam Ong bak 1st. Ohh aku bukan gay.

Monday, December 6, 2010

Senarai Movie yang aku rasa nak hempuk kepala kat TV.

Aku layan cerita Harold and Kumar Go To White Castle aritu. Boleh tahan la celaka dia punya tak logik. Dah nama pun hiburan. "Kalau nak real pergi tengok National Geographic la," kata sorang mamat kat aku dengan nada serius terngiang-ngiang kat telinga aku masa kat U dulu. Tapi aku tak amik port dia punya komen. Pasal apa? Pasal dia beriya tampal sticker Slipknot sana-sini, dengar lagu Craddle of Filth tapi dengar lagu Lucky (Britney) ulang sampai 7 kali. Hahaha.

Anyway aku ada list top 5 movie yang aku boleh menyebabkan aku jadi sembelit. Filem Harold and Kumar ni kira boleh diterima lagi la kalau nak dibandingkan dengan list movie ni. Aku ada banyak lagi list, tapi list kat bawah ni yang paling memberi kesan yang maksima.

(1) Six String Samurai
Obses aku pada gitar menyebabkan aku beli cerita ni. Macam celaka dia punya plot. Kalau korang nak tau takde sekali pun aku tengok dia try main gitar dia. Kewak, usung gitar ke hulu-hilir tak pakai casebox.

(2) The Replacement Killer
Aku tengok wayang cerita ni. Tahun 1998 nilai RM7 tu banyak berbanding RM7 tahun 2010. Ditolak campur inflasi bahagi faktor masih sekolah form 5. First hollywood movie Chow Yuen Fatt kunun. Debut filem macam lahanat wahai God of gambler.

(3) The Avengers
Dia punya lahanat, dah nak last baru aku sedar Father tu watak perempuan, Mother tu watak lelaki. Baki 90% cerita tu aku fokus makan pop-corn, minum coke, cekedis, pringles, pergi toilet.

(4) The Covenant
Apa yang cuba disampaikan oleh cerita ni? Hiburan atau seksaan? atau cerita pasal budak sekolah convent?

(5) Last Days
Tengok cover macam Cobain, baca sinopsis macam cerita biography Cobain. Tengok cerita, macam celaka. Ada adegan lelaki cium lelaki atas katil yang sangat disturbing. Trauma sial aku. Nama watak utama Blake. Bukan Cobain eh.

Aku ada lagi list, tapi inilah list movie seingat aku yang aku tengok sampai ending. Cerita lahanat macam Pathfinder tu layan 20 minit je, pastu campak DVD ke dalam bakul sampah. Ada lagi filem korang nak tambah?

Apesal takde filem Malaysia?
Filem Malaysia semua best, hebat, canggih.


Lock, Stock and Two Smoking Barrel. Movie yang diberi review 5 bintang oleh Faiz, sayangnya aku hanya boleh tonton 25 minit yang pertama. 3 kali aku try beb. 3 kali aku jugak aku tido. Jadi aku tak masuk list, sebab tak abis tonton.

Gambar dari IMDB.

p/s: Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.

Saturday, December 4, 2010

Banshee

Hari ini gua tambah lagi perbendaharaan kata.

Banshee - (Myth & Legend / European Myth & Legend) (in Irish folklore) a female spirit whose wailing warns of impending death. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam pontianak la.

Tapi uncle cakap bitches tu pontianak. Kalau camtu, ramai sungguh pontianak kat KLCC atau Danga Bay. LOL.

Korang tengok video uncle sucker seeker ni, kat 0:20. Walaupun buat silap, wajahnya tetap macho dan hensem dengan kumis halus bak bulu kaki mentibang. Caya la uncle! Selepas AC dan dR, muncul pula lelaki sensasi berikutnya. Kebanggaan 1Malaysia.

Silakan komen wahai kawan-kawan. Aku perlukan input dari uncle udin, uncle faiz dan uncle apis.

Saksikan kehenseman dalam HD.

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).