Wednesday, October 7, 2009

Cerpen mini : Aku, mee rebus dan demam denggi...

Pada satu malam yang hening tapi terang dibawah sinar rembulan, aku bersama zul dan udin (mok! apaesal ko takde aa, mungkin ko masih kat kulim kot dengan membe 3 line ko tuh) telah bercadang untuk melepak sambil membalun mee rebus tulang di restoran ZZ,. Pada zaman ni, aku sedang sibuk bersusah payah mengusung segulung transkrip untuk dijaja kesana kemari, zul tinggal final year dan udin pulak masih tak nampak sinar harapan lagi, Ohh baru aku teringat, sebenanye time ni aku baru dapat keje kat kedai serbaneka gergasi kat tampoi…

Sila ambil perhatian bahawa pada masa cerita ini diceritakan restoran yasin masih belum lagi dijadikkan port untuk melepak, kemungkinan rambut yassin si penyanyi pon masih belum menjalani teknik rebonding lagi.sebenarnya Restoran zz ini dipilih kerana ada seseorang antara kami dah kemaruk nak sedut sum sum tulang guna straw, maka untuk tidak menghampakan harapan seorang penuntut universiti dari negara asing, maka aku dan zul pon terpaksa mengalah dan bersetuju untuk sama sama menyertai dinner menyedut sum sum tulang dengan straw.... tahukah anda bahawa Sumsum tulang adalah jaringan lunak yang ditemukan pada rongga interior tulang yang merupakan tempat produksi sebagian besar sel darah baru. sumsum tulang tersebut mengandung banyak pembuluh dan kapiler darah.(ahahahaha,sumber dari wikipedia bahasa indonesia.... nanti kang kene buluh runcing sweeping malaysia pulak gue kerana menggunakan sumber ni....permisi ya pakk wiki)

Ok berbalik pada penceritaan asal, seperti mana selalu, walaupon restoran ini amat gah dengan resepi mee rebus tulangnya yang tak dapat aku nafikan memang sedap, ada satu bende aje yang aku rasa tension kalau makan kat sini, iaitu kadar kelembapan penghantaran makanan yang diorder disini adalah jauh lebih lembab daripada menunggu pais menghabiskan larian EC berbelas tahun yang lepas... tatkala orang lain seme dah abis relaks, dah tukar baju dan nak blah, barulah nampak pais dari sayup sayup mata memandang sedang berhempas pulas dengan sepenuh kudrat dan sel sel lemaknya untuk menghabiskan larian yang sudah takde ending lagi sebab yang jaga finishing line pon dah blah... begitulah lembabnya kadar penghantaran order makanan disini..Ini belum lagi dicampur dengan babak hantar mee rebus bersama dua garfu tetapi tiada sudu, nak tunggu sudu nan satu itu sampai pon dah membolehkan kita selesai menjalankan proses penyahtinjaan terhadap mee rebus tadi jika terus dimakan.

Gambar hiasan : mee rebus tulang tanpa garfu dan sudu

Setelah selesai seme sumsum tulang tadi disedut dengan rakus sambil diringi bahakan ketawa, kutuk mengutuk dan makian yang tak kunjung sudah, tiba tiba aku rasa semacam bende yang tak kene sedang berlaku dalam diri ku ini... ia bukanlah suatu krisis identiti seperti yang selalu dialami oleh pais mahu pon krisis kewangan, kerana aku yakin aku memang bawak ngam ngam duit tadi untuk spinggan mee rebus dan dua cawan neskepi....ia juga bukanlah satu perasaan gelodak jiwa menahan cirit tika terkena food posoning tapi ia adalah satu perasaan seram sejuk yang membuat kan aku tibe tibe mengigil...aku menggigil dengan kuat sehingga menggelatuk gigi atas dan bawah....yang aku konfem sangat ialah aku memang tidak nampak kelibat langsuir mahupon mana mana hantu dari cerita hantu bangang Uncle Seekers dan Lando di sekitar restoran ni walaupon suasana restoran ni memang agak earie sehingga aku boleh jadik sejuk sesejuk itu....“ahhh babihh apasal pulak ni“ getus hati kecil ku. Sejuk menggigil yang aku sedang alami ini tidak sama langsung dengan perasaan sejuk ketika meneguk sirap ais sekolah agama tambatan yang dijual oleh isteri cikgu ali, malah tidak juga sama dengan keadaan sejuk salji musim winter yang digambarkan oleh kebanyakan budak U oversea yang bergambar sambil menunjukkan tanda “peace“ dalam salam perantauan aidilfitri di akhbar akhbar sejak bermulanya ramadhan setiap tahun. Sejuk yang aku maksudkan tatkala ini adalah sejuk tak hengat sampai satu badan rasa sakit gile...mcm pandet do sejuk dia....series

Mood untuk meneruskan sessi gelak dan kutuk mengutuk kian terbantut, suasana riang yang pada mulanya tadi dipaparkan di riak wajah ku kian memudar. Hati nurani kini meruntun ingin pulang...nasib baik lagu Aku Mahu Pulang oleh Amuk belum lagi dicipta, kalau tak sudah tentu aku akan mengalunkan lagu tersebut dengan suara garau seperti Bandi untuk menyampaikan hasrat ku ini pada rakan rakan taulan, “Eh Pis, ko ni kenapa? Semacam jek aku nengok ko nih“ udin tibe tibe menyapa dan cuba menunjukkan sikap concern yang nampak macam dibuat buat... zul menambah “dah dah, jom lah blah, kang melarat kang lagi payah, nanti kita sambung lagi“... Semua pulang dengan tanda tanya kenapa aku tiba tiba diserang kesejukan melampau umpama terkena serangan hikmat Penjejak Badai dengan pedang saljinya. Nak dikata disebabkan oleh faktor keracunan oleh ingredient mee rebus, mustahil kerana tiga orang makan, apasal aku sorang pulak yang gigil. Nak kata aku fan kepada muzik dari kumpulan Gigil pon tidak, kerana untuk menyebut nama band tersebut sahaja sudah macam cibai apatah lagi nak menjadik fan kepada lagu mereka, nak kata susana malam itu sejuk melampau secara tiba tiba pon juga tidak....

Sampai sahaja di rumah aku terus rasa macam nak demam, “aduuuhh dah la esok nak repot duti kat kedai serbaneka gergasi, nak demam plak tetibe“ dengus ku dengan nada sedikit rasa tensen (padahal sakit tu adalah ujian dari yang Maha Esa... selambe jek aku nak hangin, tapi jangan khuatir tuan tuan dan puan puan, time tu aku masih jahil, sekarang aku dah tak buat macam tu, ini series) Dengan berbekalkan semangat dan dan azam untuk bekerja dan mencari pengalaman....ikhlas, aku pon menelan 2 bijik paracetamol dan terus lelap dengan harapan seram sejuk dan demam itu dapat hilang bila ku celikkan mata pada keesokan harinya.

Harapan hanya tinggal harapan, aku bangun dalam keadaan yang sangat lemah, kalau kedai serbaneka tu pakcik sedara aku yang punya , dah tentu aku mintak lanjutkan tarikh nak repot duti tu walaupon pakcik aku mungkin hangin, tapi memandangkan kedai serbaneka tu, dairy fam retail yang punya, terpaksa la aku gagahkan juga saki baki kudrat yang ada ini, kerana kalau aku tak pegi, konpem aku tak dapat keje tu, maka akan sia sia lah aku beriye ye kelape bercakap omputeh semasa interbiew di kedai serbaneka tersebut seminggu sebelum itu... gaji pon bole kata just nice untuk fresh grad macam aku masa tu...aku pon dah malas nak pegi mana mana
interbiew lagi dalam masa terdekat....jadik kene le layan sejuk + demam + keje sekali gus....

Bila repot duti, perkara yang basic sekali ialah kita dibawak oleh org HR ke semua department untuk konon konon berkenalan dengan semua pekerja kat kedai tuh........kepala fanta ko la org HR....mana la aku nak ingat kalau ko bawak untuk nak berkenalan dengan seme sekali, kepala aku masa tu dah makin semak, badan pon sudah mula manyampaikan signal untuk abot mission (typo adalah disengajakan). Ketika itu, aku sudah sampai ke department cashier, ini adalah pittstop yang paling akhir aku dibawak oleh org HR, katanya sebelum aku memulakan tugas aku di department aku yang sebenar aku mesti terlebih dahulu menjalani latihan cashier selama dua minggu untuk membolehkan aku dipanggil menjadik backup cashier ketika peak hour....“ahhh lancip laaa, malas aku nak jadik cashier, kang tak pasal pasal aku bertumbuk dengan customer bila diorang maki maki nanti especially peak hour“ aku berkata dalam hati ku....lantas aku terus mempraktikkan bakat lakonan aku yang selama ini terpendam, aku terus berlakon macam nak pitam....walau bagaimanapon, aku yakin lakonan aku ini pasti dapat mengalahkan lakonan awie dalam semua lakonannya lebih lebih lagi movienya yang bertajuk Iskandar.

Disebabkan lakonan nak pitamku yang amat real tadi, pihak HR terus menyuruh aku berehat sebelum salah seorang dari mereka menghantar aku ke hospital. Ahahahahaha aku berjaya melarikan diri dari training cashier, kegembiraan hati aku ini walaubagaimana pon tidak lama selapas ia disulam pula dengan rasa sedikit kekesalan kerana, kat departmen cashier lah yang paling banyak awek bekeje, dan disebabkan faktor fizikal aku pada masa tuh adalah sangat meyakinkan sudah pastilah daripada sepuluh, mesti lapan daripada awek cashier akan menjadikkan aku sebagai calon secret admirer diorang, ahahahahaha....

Sampai je sepital, aku memang betul betul rasa macam nak pitam, dan ini bukan lakonan lagi kerana kaki aku dah tak larat nak diri, belakang mata aku berpinar macam nak terkeluar je , rasa lemah gile babeng segala sendi urat aku ni, aku terus terhoyong hayang masuk emergency dan doktor yang check aku amek suhu dan cakap aku tengah demam sebab suhu aku tengah tinggi gile, aku tau la aku tengah demam, syaitton!!, check le apasal aku demam!...diorang amik darah aku untuk buat test... test result tu sampai lebih kurang dalam sejam lebih, cilakak betul, sejam lebih tu aku rasa macam 13 jam je menunggu. Masa tuh takde lagik piagam pelanggan jadik sejam lebih tu kira normal ..... doktor tu dengan tak tengok muka aku terus cakap aku kene masuk wad.... waddefakk aku baru je masuk keje arini, takkan nak kene masuk wad pulak....nasib baik time tuh aku dah ada henpon, walaupon henpon aku masa tuh 3210 yang aku beli dengan harga RM 500.00 sempat jugak aku manfaatkan henpon tu untuk amek no HR tadi....lepas tepon HR dan HR tu konfemmkan aku dikira MC sebab sakit dan keje aku masih safe walaupon aku baru repot duti, baru le aku rase lega.

Mule mula aku tak berapa pasti apa result test darah aku yang buat doktor tu nak masukkan aku dalam wad, rupe rupenye result platelet aku dah bapakk low gile....aku konfemm denggi, bukan saspek lagi...ahahahahh macam mana aku boleh bangun pagi tu untuk gi keje pon aku tak tau, dia cakap aku patut datang sepital lebih awal dari tu....bile aku ingat ingat balik, aa aar laaa rupenye memang aku dah ada rasa macam demam demam awal lagi dari sebelum aku gi makan mee rebus tu, tapi sebab makan panadol je demam tu ilang aku buat donno je la...rupenye virus denggi nih dah memulakan aktiviti dalam badan aku ni awal lagi daripada tuh...fakap

Gambar hiasan : Ini gambar nyamuk aedes yang sedang menghisap darah dan menyebarkan virus denggi di satu kawasan badan yang misteri yang dipenuhi bulu

Memang palat do kalau kene demam denggi ni.....udah le demam, sakit badan, makan takde nye nak lalu, kene cucuk air plak tu, asyik nak memancut je lepas kene cucuk masuk air tu... lama plak tu dok dalam wad....yang aku hanginnye, aku ditempatkan bersama beberapa patient yang dah nak mati....sebelum aku tido, patient depan katil aku masih ada, bila aku bangun dia dah tak de, aku ingat dia discaj malam malam bute, tapi rupanya dia dah di discaj terus dari alam maya ini....patient sebelah kanan aku pulak asyik mengadoh je kejenye, aku pon sakit gak, apasal ko nak lebih lebih ni.....aku saspek dia cuma berlakon je sakit sebab ade awek yang selalu datang nengok dia selalu urut belakang dia kalau dia mengadoh.... kalau time awek tu blah, elok plak dia tak meraung raung sakit, memang gampang patient sebelah kanan katil aku ni, kalau aku tak sakit dah tentu aku libas belakang dia dengan stand drip iv aku ni….lepas dua hari lebih aku diwadkan, selang dua katil aku pulak jalannn.... adohhh apasal la aku dok dalam wad ni, cipettt btul....nasib baik ada beberapa nurse kinky yang dapat mengubat azab denggi ni.

Setelah beberapa hari aku dalam wad, bukan setakat pletelet count aku aje yang low, nicotine level aku juga turut low, maka aku mula la gatal nak menghisap rokok, aku sms zul supaya datang bawak stok rokok berserta lighter, setelah mendapat pesanan ringkas dari aku, zul pon datang bawak stok rokok sambil kelihatan pelik macam mana aku nak merealisasikan niat aku untuk merokok didalam kawasan wad tersebut, jadik sebagai seorang perokok tegar yang true to the colour aku tadak berapa kesah sangat tentang rintangan yang bakal aku hadapi. Esok paginya ketika nurse yang bertugas masih ngantuk ngantuk, ketika doktor houseman belum lagi datang untuk dimaki oleh specialist diorang, aku pon memulakan projek aku. Aku bawak kotak rokok itu dan selitkan dicelah getah seluar sekonyong konyong berjalan menghala ke jamban dengan penuh tertib memegang stand drip ku ini. Bila sampai je jamban, aku tengok line clear, aku masuk salah sebuah jamban yang paling indah antara jamban jamban indah yang lain dan terus menyalakan sebatang....“fooooooh“ ErrrrRRkkKK.... apasal rokok ni macam siyal rasenye.....aku sedikit kaget, mulanya aku nak menyalahkan lokasi merokok aku itu tetapi aku sangat pasti tidak ade perisa dan pewarna tambahan dari lubang mangkuk jamban tuh yang akan mengganggu kelima lima panca inderaku. .lagipon itu je tempat yang ada..aku jugak ingatkan zul telah terbeli stok rokok semporna yang mula mula sekali dikilangkan oleh kilang sempoerna, sebab tu rasenye macam pandet, tapi MFG date pada kotak itu menidakkannya. Aku buang yang rokok tadi, dan aku nyalakan sebatang lagi.... perggghhh memang gampang sial rase rokok ni.... macam menghisap odor terus dari lubang jamban seseorang yang baru lepas makan sedozen telur lepas tu sembelit seminggu dan kemudian tercirit. Aku teruss fobia nak isap rokok masa tuh...
Gambar hiasan : dulu ada kotak 7...sekarang dah takdek

Lepas tu aku terus berkumur kumur untuk membuang rasa geli geleman dan balik semula ke katil, sedang aku dalam usaha menenangkan jiwa aku yang sedikit sebanyak tercalar oleh rasa rokok itu, aku teringat pada seorang membe yang aku gelakkan masa kat U dulu, membe ni baru lepas kene demam denggi, dalam masa dia kene denggi dia cukup hangin kalau ada orang isap rokok dekat dengan dia, dia cakap dia tak boleh tahan bau rokok tu sebab macam bau jamban padahal dia sorang perokok bertaraf neraka....ahahahaha....rupenye inile bau jamban yang dia katakan dulu agaknye....ahahahahaha memang haram btul la, aku pulak terkene bende tuh.. point cerita aku ini ialah, kalau terkena demam denggi, jangan la cuba cuba nak isap rokok, memang series akan berperisa jamban rokok itu,kalau tak percaya cubalah, tapi kalau tak sama experience yang dilalui itu, jangan kata aku tipu pulak, ini mungkin kerana threshold bau jamban pada nostrill manusia berbeza beza agaknyela...Wallahuallam

6 comments:

udin said...

ahahahahaha aku gelak gila baca cerpen pendek ngko ni...tp aku tak konfem lah aku ada ke tidak masa tu.

tp trejedi sudu dan garpu aku mmg ada...konfem. pasal aku dah abes makan, ko baru nak sampai suku pasal makan ngn garpu sahaja. kahahahaha

apis said...

penat do nulis...

faiz said...

weh..ni pakmet mana der...
aku ler yg ada..
sehari sebelum aku gi kulim..
ahahahaha
aku sampai-sampai kulim aku call zul
zul cakap apis masuk hospital kene denggi..
wahahahahahah

apis said...

ahahaha yeke...nampaknye aku silap watak... nanti ada masa aku edit balik

Azhan said...

itu pais dowh...bukan pakmet

pakmet tgh repeat paper "basic for workshop" kt stuttgart

selamba aku selitkan rokok disebalik buah-buahan...yela masa aku dtg tuh kan mak ayah kau ada

hahahahaha

apis said...

tu aa pasal, aku terlupa pasal pais, yela masa tu pais beru nak amek degree ketika aku ngan ko dah ucapkan selamat tinggal pada dunia U...

ahahaha selit rokok dicelah buah....nasib baik aku isap semporna, kalau aku mintak bawak dunhill konfem kantoiii, akibat kaler kotaknye yang kontra dengan warna buah...