Ini kelas di mana aku berkenalan dgn mereka-mereka yang lain. Aku datang dari sekolah lain, jadi masuk MSAB masa aku Form 3 sahaja. Ini dipermudahkan lagi dengan kabel (kabel berfungsi dan jauh lebih berguna dari kabel Azwar nak masuk MRSM Taiping) mak aku selaku cikgu Sejarah kat MSAB.
Ada macam-macam jenis orang dalam kelas ni dan memandangkan ia merupakan sekolah harian, kelakuan budak-budaknye agak melampau berbanding budak-budak sekolah asrama. Jenis kool adalah kitorang la, dan sesungguhnya kalau result periksa kitorang la yang conquer top 10 dari bawah. Tapi dari segi life, kehidupan kami lebih bermakna. Tapi tak payah la komen pasal kitorang, dan memandangkan ini blog kitorang...sukatila kan aku nak tulis apa. Ahahaha
Jenis yang kaya tahap tak boleh blah...aku rasa ada 2 orang je. Tapi bagusnye diorang ni tak belagak kaya. Macamana aku tau dia kaya? Pasal kalau raya kitorang yang takde pertalian darah ni, pun buleh dapat duit raya 50 inggit...pastu biasala, buat main game kat HP.
Jenis dibenci oleh seluruh ahli kelas...haaa yang ni pun ada sorang je. Nama dia BD (Big Dumb). Macamana tahap kebencian? Ada sekali satu kelas tengah gelak-gelak pasal apa tah, Cikgu Salleh buat lawak kot. Tiba-tiba Mr. BD cakap sesuatu dengan tujuan untuk menambah lawak la kot...tapi seluruh kelas, dgn budak-budak lembik sekali terus senyap....hening...Ini adalah self-explanatory. Ahahahaha. Dengar-dengar, lepas form 3 dia pegi MRSM Taiping dan di sana dia dipanggil PMA. Apa maksud singkatan tu, korang tanya la budak taiping...ahahahah buduh
Jenis lembik...kadang-kadang jenis lembik ni selalu jugak nak tunjuk pandai. Tapi tadekla pandai sangat pun. PMR sama je result ngn aku. Tapi kekadang dia menimbulkan rasa panas pada kitorang la pasal diorang ni tunjuk pandai, kengkonon bijaksana...dan cuba berbual mesra ngn kitorang. Walaupun tu tak salah, tapi toksah la cakap ko ada kabel, nak masuk sini, dan ko tanya, kitorang nak masuk mana. Kesian la, kitorang pun tak tau nak respon camana sebab kitorang tanak cakap ngn ko pun. Ahahahaha.
Jenis jinius...aaa ni ada sorang. Memang pandai gila. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, kalau jawab salah untuk soalan akaun masa belajar Kemahiran Hidup yang di ajar oleh cikgu ganti (nama dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi) pun akan dihantukkan kepalanya ke dinding. Tu cream of the crop kelas aku tu, diperlakukan sebegitu. Kalau aku la yang menulis jawapan tu kat depan, mau dihumban ke luar tingkap.
Geng budak felda...ni ada beberapa orang kat kelas kitorang. Diorang dok asrama Semai Bakti. Diorang ni semua ok...semua buleh layan aaa ngn kitorang. Cuma dressing tak tahan la sebab semua seluar tempah bell bottom. Nasbi baik tak pakai seluar kotak-kotak pegi sekolah ahahaha. Tapi diorang ok, tadek la tunjuk belagak ke.
Jenis sukan...aa ni jenis jarang gila ada dalam kelas. Zul pun terlibat jugak pasal dia suke melompat2 atas trek. Tapi masa dah nak pekse, diorang ni kembali ke pangkal jalan la. Sorang lagi adalah Yaye, dia main hoki. Yaye masa aku mula2 masuk ingatkan bapuk, walaupun badan dia besar (sebabnye adalah dia duduk bersilang kaki sambil gelak2 baca dik cerdas). Sekali dia ganass laa...
Sekian...itulah kelas aku. Dan masa form 3, kelas aku je normal. Kelas sebelah semua budak dia nak main skate. Ahahahaha gelabah gila budak skate ni. Jalan2 bawak deck. Bukan terer sangat pun. Mungkin fashion statement...tapi statement bodo ahahaha
7 comments:
waklu budak semai bakti ok!
kau lupa ke mahkluk nama ikhwan dan ok-ok?
cukuplah sekadar aku tulis nama tanpa menghuraikan secara details profilnya
ha ha ha ha
ikhwan tu tergolong dlm golongan lembik...ok ok pulak kelas sebelah. ahahahah. aku ingat pak bun ngn khair kecik je...
pakmet sebenarnya dulu council dah hampir eliminate ko pakmet, sebab tensen dengan perangai ko yang tibe tibe menempek kat tepi meja zul... umpama manusia ikhwan menempek bile orang ada baca komik....
eiii malu siot ko latak jenis kool, bodoh gile ko ni....memalukan aku.... ko patut tukar kepada jenis back benchers...ok sikit...cuma jangan kaitkan dengan BN back benchers club dah la
ko dah lupa pasal bebudak geng felda..
Diorang selalu tidor dalam kelas yang mana masa form 3 aku rasa misteri giler.
Dah masuk jasin baru aku tahu kenapa?
Penat sial sekolah asrama.
pakmet mmg selalu nak jd kool
org lain main bola dia pegi ajak aku cycling. sanggup pusing sau JB cari beskal gunung.
nasib baik aku nih kalis perkara2 bodo
beskal gunung aaa aku buat pergi sekolah tetiap hari. sampai beku taik mata aku pagi2
Post a Comment