Saturday, October 17, 2009

Pendekar Laut dan Belang Tarung

Kalau korang lalui zaman sekolah time komik Pendekar Laut ni tengah hot, tentu korang gak akan kenal dengan watak watak utama dari komik ni macam Pai Cheung Lang (pendekar laut), Orga the Killer whale, Jerung Raksasa, Penjejak Neraka dan beberapa nama lain lagi yang agak sinonim dengan komik ni.

Komik ni mempunyai kesinambungannya yang tersendiri bila mana terdapat juga pendekar laut generasi 2, pendekar laut generasi 3 dan jugak sambungan kepada generasi lain selepas tu yang memang tak boleh nak folo dah sebab dah banyak gile. Komik Pendekar Laut ni memang boleh tahan best kerana kalau dah start baca satu siri, korang mesti akan timbul gelora nafsu nak baca next episode. Kira boleh kata berhantu jugaklah baca komik ni, sampaikan aku sanggup rembat komik ni kat kedai tawakkal dulu dulu.


Ada beberapa keunikan pada komik ni yang buat ianya lain daripada yang lain.
  • Sistem kuasa ataupun kekuatan diukur dengan unit HP…ahahaha kuasa yang paling kuat masa tu ialah 999,999 HP sehinggalah pada akhir siri komik tersebut salah seorang daripada watak komik tersebut dah mampu capai Tahap Kesempurnaan iaitu pada kuasa 1 juta HP….macam syial , padahal beza satu HP je dengan yang sebelum tu…. Namun pada generasi generasi pendekar laut yang terkemudian lagi, sistem kekuatan ni diukur pulak dengan sistem Petala Langit yang lebih rendah kuasanya dari sistem HP tadi.
  • Kematian watak watak dalam komik ini digambarkan macam kaca yang pecah berderai. Kalau kene belasah gile babi pon selagi tak pecah berderai badan maknenye masih tak mati lagi lah watak tu. Mati macam ni memang unik, kalau dah berdarah darah engage dalam pertempuran, sampai tak hengat kene tibai pon, selagi tak pecah selagi tulah tak mati.

Dada Pendekar Laut sedang berkecai akibat dibantai dengan kejam oleh Orga
  • Mana mana watak yang mempunyai darah pertalian saudara contohnya macam adik beradik, akan menggunakan panggilan seperti, abang long, abang ngah, pak long dan pak ngah.... ahahahahaha padahal komik hong kong, tapi bile translate pakai panggilan macam kat umah. Namun apa yang pasti, komik ini tidak ada melibatkan unsur unsur gengster melayu (yang hanya gengster bila ramai ramai) walaupon turut sama menggunakan panggilan abang long, ayah long dan sebagainya.
  • Juara tempur ataupon satu bayangan tambahan yang mampu diwujudkan sekiranya berjaya mencapai tahap kesempurnaan. Kalau tak silap aku, juara tempur ni mula mula sekali dipraktikkan oleh Penjejak Neraka bila mana dia mewujudkan bayangan abangnya sendiri untuk membantu dirinya bertempur dengan musuh musuhnya. Teknik Juara tempur ni memang menjadik idaman kalau betul betul boleh dipraktikkan di alam realiti.
  • Namun apa yang paling manambahkan 'high' kita membaca komik ini ialah, dalam komik pendekar laut sahaja wujudnya BELANG TARUNG. Belang tarung ni adalah garisan garisan berwarna yang muncul bila mana mana watak dalam komik ini mula nak fight dan bertempur, belang tarung ini juga akan berubah mengikut mood pergaduhan yang sedang berlangsung.... lagi panas fight, belang tarung pon akan berubah jugak. Berikut disertakan sekali contoh contoh bergambar beberapa watak dalam Pendekar Laut dan belang tarung masing masing.

Belang tarung Pendekar Laut

Belang tarung Penjejak neraka

Belang tarung Orga the killer whale....eh ngape lain pulak belang tarung dia ni

Walaubagaimana pon, keunikan belang tarung yang ditonjolkan dalam watak watak komik pendekar laut akhirnya telah cuba dicabar oleh suatu entiti yang lebih dikenali sebagai 'Penjejak Oodeenn' pada tahun 1993...entiti ini dipercayai telah cuba untuk mengadaptasikan belang tarung ini dalam kehidupan sehariannya agar nampak sama hebat seperti watak watak dalam Pendekar Laut. Namun, akibat latihan menggunakan belang tarung yang terlalu ekstrim, maka pada suatu hari yang malang, berlaku kesilapan teknik dalam latihan yang dijalankan dan kesannya ini telah memakan pengamalnya, seterusnya menjadikkan belang tarung yang sedang dilatihnya itu kekal sepanjang hayat dan bukan lagi muncul hanya ketika bertarung . Disebabkan entiti ini masih jauh lagi dari menghampiri Tahap Kesempurnaan,maka belang tarung itu juga telah berubah dan hanya sekadar menjadik URAT TARUNG....

Urat tarung Penjejak Oodeen yang masih kekal hingga ke hari ini




18 comments:

Azhan said...

ha ha ha
dari dulu aku terpikir kenapa penjejak neraka punya BELANG tarung tak serupa belang. bentuk bulat dowh.

nampaknya faceshot tak begitu menonjolkan belang tarung udin...kalau dapat faceshot yg lagi close up lagi bagus

hahahaha

apis said...

ahahaha tu aaa pasal....aku terpaksa highlightkan urat tarung tu.... tapi dont worry posisi urat tarung tetap sama...

ada guna rupanya fesbuk nih....

pakmet sila letak gambar faceshot anda yang lebih jelas menonjolkan urat tarung anda ye...

faiz said...

ahahahahahahahhah... apsal ko tak include bunga matahari skali.
Belang tarung pakmet mmg legend.. Ahahahahahah

apis said...

kalo taruk gambor bunga matahari...saiz gamba jadik kecik...maka fokus ke arah belang tarung pakmet akan terjejas...

Azhan said...

aku baru check gambar2 kat emel yg pais bagi...

kenapa haaa kene posing tepi bunga matahari? kat msia tade bunga matahari ke?

mmg lawak

adakah ini penyakit budak obersee yg kene pakai baju winter sambil ucap selamat hari raya...demi menunjukkan diri mereka kat oversea?


pakmet sila jawab...kau tak jawab aku bagi no phone kau kat boye

udin said...

perlu diingatkan di sini, ketika ini aku sedang bergambar dgn bunga matahari jepun. tidak kelihatan baju musim sejuk ataupun senow di dalam gambar. sila jangan kaitkan saya dgn gambar raya kerana tidak pernah sekalipun saya melibatkan diri dalam gambar ucapan raya.


hmmm tapi mmg besar bunga tu, sama besar dgn muka cute aku

faiz said...

agak gampang juga jawapan ko.. ahhaahahahahah

apis said...

mok kalau ko dapat rembat gambar pakmet sedang tunjuk 'peace' sile rembat jugak...kalau ada ,boleh aku buat entry pasal peace no war ni...

udin said...

ni dah kire invasion of personal belongings ni...

Azhan said...

gambar terlekat kat dinding tu separa matang gak...

aku rasa macam dah ada idea nak buat entri

pakmet, inilah gunanya fesbuk

Penjojak Nerako said...

Komik Pendekar Laut memang best dan menggiankan. Dulu aku tak berapa layan sangat majalah2 alih bahasa dari Hong Kong ni tapi ada la baca majalah2 macam Alam Perwira, Raja Rimba, Dewata Raya kepunyaan member2 aku but title2 berkenaan kurang menyengat citarasa aku. So ditakdirkan masa aku belajo kat ITM Manjung, aku layan la Pendekar Laut, masa tu keluaran ke 21 masa Pendeko Laut bergado ngan Dewa Huduh yang sememangnya huduh bila dah mengamuk gara2 Hitomi punya pasal. Baca punya baca, last2 aku lekat terus, follow terus story line dia. Dijadikan citer lagi, member aku yang selalu supply majalah2 Hong Kong ni pun tak lulus periksa maka diberhentikan (mungkin terlalu banyak baca komik dari buku pelajaran), so aku takde la supply majalah Pendeko Laut. So aku setat beli majalah tu bila Orga, Raja Singa ngan Jerung Resakse setat gadoh ngan Penjejak Neraka (memang tak adil) semata2 nak tau sama ada Penjejak Neraka menang atau kalah. Tak silap aku, dalam keluaran ke 70 atau 71 kot Penjejak Neraka mati. Maka, dari situ aku setat kumpul komik tu bermula dari tahun 97 sampai la tahun 99 bila Gen II abih lepas Zonan bunuh Xinan dengan Kuasa Tahap Kesempurnaan yang gile babie sampai Juara Tempur boleh kuar sekali banyak....

So, memandangkan aku setat kumpul koleksi ni masa pertengahan citer, aku sanggup pi kat Chien Ling nak carik balik komik2 asal untuk buat pelengkap, malangnya tak sume ada kat sana. Aku dapat la recollect komik2 Pendekar Laut Gen II dari awal tapi Gen I tak dapat. Bagus jugak aku pi sana pasal amoi2 kat sana, Lily, Nor dan Ina kagum dengan kesungguhan aku carik balik komik2 lama so depa bagi la patung2 watak Pendekar Laut seperti Pai Chueng Lang, Penjejak Neraka, Jerung Resakse, Mrs Virus dan lain2. Tu yang aku ada cadangkan kat editor (Chee Hock tak silap kot nama dia) soh buat bumper isu kumpulkan komik2 keluaran terdahulu dalam 1 jilid. Alhamdulillah cadangan aku dipertimbangkan yang mana Chien Ling pun kuarkan KOLEKSI PENDEKAR LAUT (dulu masa keluaran awal, koleksi pertama dipanggil KESAH PENDEKAR LAUT, akakakaksss!!!). Bumper isu ni masa awal keluaran buku dia beso, tapi memandangkan over the years, harga kertas dah naik, depa pun kecikkan bumper. Mujur la masa buku jilid dah setat kecik, komik2 lama original sume aku dah ada. So hingga kini, segala koleksi Pendekar Laut Gen 1 dan 2 tersimpan baik hingga kini yang merupakan my pride & joy.

Hingga kini aku masa baca majalah tu, aku baca waktu berak je (tak perlu risau kerna tak akan ada nama Allah dalam tu) since 2007. Skang tahun 2011, baru la cecah keluaran ke 87 JIKA AKU JADIK RAJA (cover dia cantik, aku beli kat Georgetown sambil dengo lagu KCi & Jojo 'All My Life').

Azhan said...

penjejak nerako,

serius der, lu memang hardcore fan. gua baca cerita lu lagi sedap daripada gua tengok filem khurafat

apis said...

bukan takat Lili, Nor dan Ina yang kagum dengan kesungguhan ko wahai penjejak nerako....

aku pon turut kagum espacially pengolahan komen yang cukup padat tentang sejarah penglibatan ko serta usaha ko kontek publisher untuk keluarkan special edition dan sebagainya.... memang lebih sedap dari tonton filem khurafat

Penjojak Nerako said...

Timo kaseh... Apa nak buat, dah minat la katakan. Selalunya aku minat naik ketapi, tapi ni la satu2nya minat hardcore aku selain naik ketapi yang aku betul2 pandang serius dan sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkannya. Cuma ada ralat, aku ada full collection Pendekar Laut Generasi 1,2 dan 3 dan masa Zonan bunuh Xinan tu masa penamat Pendekar Laut generasi yang ketiga. Adik aku kumpul Wira Tunggal full collection (seperti yang dijanjikan antara kitorang berdua-aku supply PL, dia supply WT) tapi kini dia cakap memandangkan ramai anak2 kadok dia baca kat umah dia dan tak taruk balik, banyak dah hilang. Sayang oo.., majalah ori hilang. Kalau nak ganti dengan jilid pun, jilid punya dah kecik. Yang aku baca skang ni adalah Wira Tunggal infiniti, tengah nunggu bila la bebudak generasi beratus2 tahun ke hadapan nak idopkan balik nenek2 moyang depa iaitu jaguh2 tanpa batasan seperti pendekar laut, zonan, wunan, jerung resakse, organ, eh! organ pulak... orga dan lelain lagi.

PENULIS said...

HAHAHA terbaekkkkk!!!
Tak sangka peminat komik Pendekar Laut n Wira Tunggal nie ramai gila, bersepah-sepah kat Malaysia..hehe!
I'm really agree with your analysis on why this comic is so soo different from others..gudjob!
By the way, dijemput la lawat another special tribute to Pendekar Laut/Wira Tunggal kat sini;
www.sangasura.com

udin said...

pendekar laut mmg feel....





kata dipetik dari penjejak udin

faiz said...

penjejak udin sungguh epic

Unknown said...

Kerana abg Peminat tegar.. Maka sy pon terjebak 😪