Thursday, October 8, 2009

Malam Raya 2009 part 2

Balik cerita pasal malam raya.

Sebaik jek aku berjaya mendapatkan kunci pintu gril dan kunci gate yang betul dari adik ipar aku (setelah 3 kali bagi salah kunci), aku masuk kereta apis sambil gelak-gelak. Ha ha ha. Padan muka apis tunggu, dahla perjalanan dari gate ke pintu rumah ada lah beberapa marhalah jauhnya. Ini sebagai pembalasan kepada apis sebab aku kena tunggu beberapa jam lamanya.

Dalam perjalanan ke Seremban nak jumpa Pais, mesti ada sesi maki hamun sikit baru ceria hidup kami-kami sekelian. Lagipun Udin tade, jadi kuranglah modal ketawa. Disebabkan cerita malam tuh dah kuar 360 aritu, takyah la aku nak lebih2 cerita.

Apa-apa pun penekanan kat sini ialah antara perkataan yang perlu dielak untuk lelaki melayu dewasa yang matang. Bukan apa, untuk mengelakkan anda dikeji oleh orang-orang seperti kami. Ini adalah antara term-term yang tak original langsung.Ha ha ha.

Selalunya underground punya organisasi sikit punya ganas dia punya secret code. Korang tengok la kat bawah ni, tak mafia langsung. Ha ha ha ha.

table talk
backup
abang long
settle
baiah (cilok dari perkataan arab)

Yang paling aku tak boleh blah ialah perkataan 'table talk'. Perkataan ini merujuk penyelesaian masalah di kalangan ahli. Oooo...tak paham yek, mari aku bagi contoh.

"Bang, si Amir dah buat hal plak dengan si Mader. Macam mana nak settle ni?"
"Macam ni lah. Kita kene table talk."

Sejarah asal-usul perkataan table talk dan organisasi ni sukar dikenalpasti. Mungkin dulunya salah seorang pelopor organisasi ini ialah kontraktor ubahsuai rumah sepenuh masa. Sebab bila sebut table talk, ada iras-iras bunyi table top.

Hahahahaha.

Kepada yang tak puas hati dengan entri ni boleh table talk dengan aku.

p/s: sekali dengar macam table top nasib baik apis alert, aku dah edit.

5 comments:

apis said...

semasa table talk dijalankan, agak agaknye bole taruk nescafe ke atas table tu...senang sket kalau dahaga tengah table talk, bole terus minum

Azhan said...

ha ha ha, tapi uncle kat restoran yasin takleh table talk...

sebab dia makan pun atas motor, entah apa yang dia telan dari tupperware tu

udin said...

naib baik penglihatan aku dicover oleh tempat masak pau

apis said...

aku baru teringat,

antara ayat femes bebudak 3 calit dahi ni jugak ialah.... aku tanye brader aku dulu...

brader....mungkin ini merujuk pada abg long

Azhan said...

abg long-kang