Wednesday, November 10, 2010

Kalau Gua Superhero


Dulu masa gua budak-budak gua selalu fikir susah senang kalau jadi superhero. Tapi gua rasa superhero ni macam takde cabaran sangat je.

Yang pertama gua rasa costume He-man paling low cost. Setakat underwear scobar gua boleh carik kat Mydin, kalau tak silap Rm10 dapat 3 helai. 3 kaler lain-lain. Kalau beli time raya dah konfem dapat diskaun 15% dengan kad keahlian Mydin gua.

Yang seken, gua rasa penyembunyian identiti he-man paling menakjubkan. Sebelum jadi hero, dan selepas jadi hero sama je. Itupun orang lain susah nak detect. Sedangkan budak sekolah EC yang dah jadi perempuan pun gua boleh cam lagi kalau nampak kat City Square. Setakat ni yang gua rasa boleh gugat he man dalam bab menyamar identiti ni pun Faiz la. Seriyes dowh kalau lu pakai helmet muka lu terus jadi Lim Fah Iz. Tambah lagi 10+ camouflage kalau helmet+cermin mata hitam.

Yang ketiga, yang ni gua paling suka. He man tak payah kerja. Lu orang tengok Clark Kent susah payah nak jadi reporter, pastu nak tukar baju sampaikan terlupa pakai seluar dalam kat luar . Bukan kerja mudah beb. Lagi lah kalau macam Batman sibuk dengan kerja pastu asik nak harapkan orang gaji je. Sekali si Alfred punya permit takleh renew? Sekarang pulak nak cari orang gaji sikit punya payah. Tambah pulak orang gaji yang pandai buat wiring electronic, repair kereta, buat rumah dalam gua, modify rak buku jadi pintu rahsia. Susah wooo...Sekali lu punya Batmobile punya tayar allignment lari, takkan nak hantar kedai tayar Tick Meng?

Yang nombor empat, dia punya musuh satu je. Skeletor.

Nombor lima dan penghabis...Prince Adam ada bela rimau. Prince Adam tukar jadi He Man, rimau tukar jadi Battle Cat. Rimau pulak sikit punya educated boleh berkata-kata. Boleh pulak tunggang pergi mana-mana. Tak payah isi minyak, takde road tax, tak payah kena kejar polis. Gila apa polis nak kejar rimau.

2 comments:

apis said...

awek dia nur sheerah pon lebih kurang je beb.... ni dedua hero dan heroin paling zuhud....ahahaha

Azhan said...

contoh satu life yang tak mencabar