Sunday, November 28, 2010
THIS IS SPARTAAAA!!
1. Doktor pediatric yang sepatutnya sambung tugas resuscitate anak aku yang baru lahir lambat gile datang, sampai doktor obstetrics yang nak handle wife aku terpaksa tinggalkan wife aku terkulat kulat sebab nak selamatkan baby yang baru lahir.... baby dah biru tak bernafas....dah dekat seploh minit baru doktor pediatric sampai.... pukimek ko la datang lambat....rambut sikat tepi pulak tu.... kalau jadik apa apa kat anak aku.... konnfemmm This is spartaaa...
Padan muka kene tengking gile babi dengan doktor obstetric tuh.... kalau aku jadik doktor obstetric tu dah lama aku sungkit uppercut bawah dagu dia....
lepas tu , si bangkai ni ada hati nak bagi explaination ....
doktor slump: incik, kita terpaksa tolak anak incik ke dalam NICU (neonat ICU) dahulu kerana anak incik tidak mahu bernafas dengan sendirinya... kita mungkin perlu masukkan tiub untuk bantu pernafasan dia, kita juga perlu ambil darah untuk pantau infection... incik ada apa apa soalan - ceh lancau, ko dah datang lambat, ko nak salahkan anak aku pulak...tak ke haram perangai dia ni
aku : apasal you lambat (F U meng! getus hati ku, kaki aku dah ringan)
2. Guard pompuan yang jaga dewan bersalin pon cuba carik onar....situasinya, sebelum masuk dewan bersalin dia briefing begini bunyiknye...
Guardian : ini tanda no. bilik bersalin mesti pakai di leher bila kelua masuk dari area dewan bersalin, incik mau minum ka, toilet ka, mau henfon ka, sini letak semula itu tanda leher.... (aku paham arahan simple ni walaupon berbelit belit lidah si tukang cakap tu...)
tapi bile dah jadik situasi di no.1, aku disuruh ikut doktor sikat tepi untuk ke NICU ikut jalan yang menghubung dewan bersalin ke NICU... (babih dekat gile....takde alasan sial bole lambat datang sebab ada short cut).... abis selesai semua urusan kat NICU untuk anak aku, aku diarah oleh guard lain supaya masuk semula dewan bersalin tapi kene lalu laluan asal, dah tak bole ikut short cut dah.... lalu dengan tenang aku berjalan semula ke arah dewan bersalin untuk melihat situasi isteriku semula....
bila aku dah dekat dengan dewan bersalin, dari jauh guardian dah terjerit jerit pada aku sebab aku tak letak semula tanda no. bilik....walhal dalam situasi tadi aku disuruh pegi ke NICU ikut jalan lain.... bukan lalu ikut depan pon...
guardian : oooii tadi bukan saya suda bagitau, mau kelua ka, mau minum ka, mua pegi toilet ka, misti letak tanda no bilik depan meja guard sana.... apa pasal u tada fahamm! ....jerit aci tu sekuat hati nenek dia...
aku : ye la yela sorry (aku cube mengelak konfrontasi), saya faham u punya arahan, tapi tadi emergency, saya ikut doktor lalu jalan belakang dari dalam labour room pergi NICU, jadik macam mana saya mau letak atas u punya meje kalau saya sendiri tak lalu depan...sorry ye
Guardian : u tadaa faham kaaa saya cakap misti taruk itu tanda no bilik itu depan sane....
aku: (aihh aci ni) ye saya paham u punya cakap tadi....mau kelua ka, mau cirit ka, mau korek idung ka, tanda no misti kasik taruk sana, tapi u paham tak apa saya cakap pada u sekarang, saya kene ikut doktor pegi NICU untuk bagi consent, saya ikut they'all ikut jalan belakang sana....
Guardian : takda takda takda....ini no misti kasik taaruk dalam depan sana kalau u mau keluar ka, cakap henpon ka.... ini simple pon tak boleh buat ka....
ketika ni, seme orang yang ada di sekitar dah mula pandang pada aku sama aci tu...
aku : ( perghhh aci ni suda lebih) alo, saya cakap saya paham u punya arahan , tapi u paham tak saya punya explanation tadi.... saya ada emergency, saya kene ikut doktor bawak baby saya pegi NICU, ikut jalan belakang sana...baby ada problem breathing... ada problem mau tarik nafas.... u tu paham tak... apa pasal u mau jerit jerit ( aku cakap dengan desibel suara yang sama kuat dengan aci tu)
Guardian : ini peraturan kat sini, kalau mau keluar dari labour room, misti taruk itu tanda bilik sana....
aku : (ehhh kimak sial dia ni) oiii aci, whateverlaaaa.... aku pon terus baling tanda no bilik tu pada dia sambil berlalu pergi dengan kaki yang ringan macam nak sangat sangat aku terajang je perut dia....
this is maddnesss........ this is spartaaa!!!
nah layan nih...
ni pulak aplikasi teknik dalam kehidupan seharian...
Saturday, November 27, 2010
Mentibang
(Untuk parenggan di atas...READ: kalau tak update pun yang baca blog ni korang je. Ada aku peduli?)
Btw guys (geli geleman tak?), aku Google maksud
Dulu kan ada bugs queen yang selalu komen kat sini. Apa agaknya teori dia pasal ulat bulu dan kinky tu agaknya. Ulat tu termasuk dalam kategori bugs ke? Maaf, English aku memang fail. Kecik-kecik tidak didedahkan kepada Metallica, lebih kepada Ibnor Riza.
Apa-apa pun, hanya apis setakat ini yang dapat mengenal pasti bunyi yang dikeluarkan oleh mentibang. Nanti aku tuntut ilmu dari kau, eh.
Tapi bunyi mentibang memang catchy. Jadi hari ini akan cuba war-warkan....
sindrom mentibang = sindrom update blog ikut mood.
Memang catchy.
Mentibang mentibung Udin tidur macam mana? Eh, ada lagu camtu ke?
LOL!
Nak download movie and mp3?
New law to end illegal downloading of music and movies
KUALA LUMPUR: The free-and-easy days of illegal downloading of music and movies may soon be over. A proposed new law will enable Internet Service Providers (ISP) to suspend or terminate the Internet accounts of P2P (peer-to-peer) users.
This new law called the ISP Liability act, will be tabled in Parliament next month, according to Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman Norman Halim.
RIM has been lobbying the Government for an ISP Liability act for the past 5 years as illegal online downloads have been cannibalising the legitimate sales of music, worldwide.
“The act makes the ISPs responsible for curbing online piracy. The ISPs will be fined if they don’t take action against illegal downloaders. The ISPs have the technology to track P2P users,” said Norman.
However, he said that the fine amount had yet to be determined.
ISPs will send two warning letters to illegal downloaders. Should the downloaders still persist, the Internet access will be suspended or even terminated.
“Other countries that have such an act have seen their respective music industries recover. One good example would be South Korea,” he said.
*******************
Ulasan:
Dengan adanya akta sebegini yang membendung kegiatan download lagu dan filem secara illegal sekaligus membantu menaikkan sales album artis-artis Malaysia yang sekian lama mendung. Artis, pencipta lagu dan penerbit album takdelah mengharapkan sangat nak menang Juara Lagu atau menunggu peluang buat show di Jom Heboh atau pun rancangan TV time raya.
Yela nak harapkan duit buat konsert? Kalau Search, Wings atau Siti Nurhaliza boleh la buat konsert sebab fan base yang luas, yang lain tak pasti pulak siapa yang nak datang konsert kalau tak sedara mara dan fan club yang menang tiket free. Dulu ada juga masuk paper artis batal mega konsert sebab tiket tak laku. Berlainan suasana dengan di Barat yang boleh buat duit dengan konsert, walaupun ramai yang download mp3 meraka secara illegal tapi mampu juga beli Bentley.
Diharap dengan adanya akta sebegini, artis-artis di Malaysia akan lebih bersemangat dan fokus kepada seni dan tidak diversify ke bidang lain seperti jual gelang, jual rantai, penapis air, jadi ahlong, buat satu album pastu jadi pengacara, jadi peserta sehati berdansa dan lain-lain lagi.
Target kutipan filem-filem tempatan juga dapatlah di upkan lagi. Kalau biasanya target 10-15 juta, sila up lagi 50-60 juta. Kalau boleh 100 juta terus. Kalau satu orang takleh download dah berapa tiket wayang tu, biasanya sekali download mau 2-3 orang nak mintak share file. Kat Malaysia je ada berapa subscriber internet? Just do the math.
Sekian saya akhiri dengan LOL.
Wednesday, November 24, 2010
Sukan Asia 2010 - Hoki
Kita tengok sejarah hoki team Malaysia kat Sukan Asia.
- 2006 - Sixth place
- 2002 - Bronze
- 1998 - Fifth place
- 1994 - Fifth place
- 1990 - Bronze
- 1986 - Fourth place
- 1982 - Bronze
- 1978 - Bronze
- 1974 - Bronze
- 1970 - Bronze
- 1966 - Fourth place
- 1962 - Bronze
- 1958 - Fourth place
Sukan SEA punya rekod.
- 2009 - Hockey not featured
- 2007 - Gold
- 2005 - Hockey not featured
- 2003 - Hockey not featured
- 2001 - Gold
- 1999 - Gold
- 1997 - Gold
- 1995 - Gold
- 1993 - Gold
- 1991 - Hockey not featured
- 1989 - Gold
- 1987 - Gold
- 1985 - Hockey not featured
- 1983 - Gold
- 1981 - Hockey not featured
- 1979 - Gold
- 1977 - Gold
- 1975 - Gold
- 1973 - Silver
- 1971 - Gold
Tuesday, November 23, 2010
Siasat Bil Ubat
Berita Harian, 23 Nov 2010.
Kementerian teliti caj tidak munasabah hospital swasta
KUALA LUMPUR: Sebilangan hospital swasta dikesan memberi ubat serta produk kesihatan tambahan yang kadang-kala tidak diperlukan pesakit dan harga yang dikenakan pula terlalu tinggi.
Ini adalah antara perkara yang diteliti Kementerian Kesihatan dalam kajian semula terhadap kos perubatan di hospital swasta yang dikatakan melampau dan tidak munasabah.
Full story kat sini.
*******
Dalam berita tu report, AKPK lapor 26% mengatakan bil/caj hospital swasta yang tinggi menyebabkan orang susah nak bayar hutang kad kredit dan pinjaman bank. Aku nak gelak je tapi kenyataan tu ada kebenaran juga kalau difikir dalam-dalam. Memang la bukan 100% orang yang ada bad debt tu disebabkan bil hospital tinggi. Aku berani kata majoriti yang ada bad debt bertimbun tu takde financial literacy. Suka beli benda yang mengarut bin ajaib.
Kalau korang baca entri kat blog aku dulu, aku pun pernah kena dengan klinik swasta, aku demam tapi bil caj sampai nak RM100. Cibai betul. Kalau ada anak 4, 6 orang macam mana? Itu belum kira kalau bini 4 lagi. Kalau nasib baik boleh la claim dengan kompeni tapi kalau yang takleh claim, takkan nak beratur dari 6 pagi kat hospital kerajaan. Ada ramai lagi umat manusia yang tak mampu pergi hospital atau klinik swasta. Biarlah orang yang lebih susah tu pergi hospital kerajaan.
Kalau korang biasa pergi hospital kerajaan, korang mesti perasaan ada pekerja asing yang dapatkan treatment kat hospital kerajaan. Apa dah jadi? Duit aku bayar cukai dan subsidi kerajaan bagi kat orang lain, untuk orang lain punya kesenangan.
Saturday, November 20, 2010
Sepak Takraw Sukan Asia 2010 (Finale)
Aku takde hal kalau kalah 21-19 ke, main tiga set ke...Ni kalah straight set. Dua-dua regu sama! Regu ke-3 tak sempat warm up.
Aku buat perbandingan Thailand dengan Malaysia:
(1) Majoriti mata Malaysia disumbangkan dari killer. Nak harapkan tekong memang lemau. Aku tengok tekong regu 1 badan ada sikit comel. Kalau silap pandang macam rhino. 2 kali pandang macam pelakon drama BONG. Tapi bab nak provok opponent bila dapat mata, aku kasi 10 mata.
(2) Thailand boleh pungut mata dari servis. Servis tekong Malaysia asik target penonton tepi court atau pun servis 10km/h lemah gemalai. Thailand punya servis ada gak yang slow tapi bola spinning baek punya gara-gara libasan tapak kasut carefree. Bab servis ni malas nak cerita. dah berpuluh tahun pun PSM takleh nak settle sebab sibuk rebut jawatan.
(3) Thailand punya player, feeder pun boleh kill bola. Aku heran apesal feeder Malaysia macam hobbit. Setiap kali Thailand angkat servis, target lubuk situ. Cilakak juga taktik diorang.
(4) Aku tengok Malaysia punya regu over depending dengan killer. Dia lah yang baling bola masa servis, buat block, buat kill. Yang lagi 2 orang buat apa?
Apa-apa pun layan dulu gambar killer MALAYSIA.
Sepak Takraw Sukan Asia 2010
Walaupun team Korea Selatan baru nak kenal takraw, tapi aku respek dedikasi player diorang. Kapten pun disuruh pakai armband, kasut mesti beli brand Carefree.
Video aku amik dari sokernet.com.
Friday, November 19, 2010
Streamyx
"Dah, dah gua nak mandi...Udin dah tunggu sibuk nak minum teh, cerita pasal gelang, cerita pasal stremik."
"Tiba-tiba bath tub gua rasa sempit bila bawak gitar mandi."
Thursday, November 18, 2010
Monday, November 15, 2010
Saturday, November 13, 2010
Pemikiran tahap monyet
Monyet mampu berfikir, tapi limited. Mungkin chimpanzee boleh menggunakan ranting kayu untuk menyucuk-nyucuk sarang semut dalam usaha mendapatkan makan tengahari. Tapi limited sampai situ je. Kalau ikutkan, makan ulat gonggok lagi banyak khasiat. Disebabkan pemikiran dia yg limited, dia makan semut...makan banyak2 pun kenyang sikit je. Monyet betul.
Berdasarkan pemerhatian aku, ada beberapa jenis manusia yg aku jumpa dalam kehidupan seharian aku mempunyai gaya pemikiran tahap monyet.
- Membuang sampah merata2. Memang obvious gila merata2 sebab makan eskrem calung (bahse omputih cornetto), bukak packaging kertas lalu buang je kat koridor jalan kaki Giant. Eh umur dlm 45+ at least, tapi pemikiran masih tahap monyet. Aku tengah lalu depan dia, jadi aku tengok la sampah dia buang tu dan terus tengok muka tak hensem monyet umur 45+ tu....eh usha maut plak kat aku . 'Apa tengok2? Giant ni bapak ko punye ke nak mempersoalkan tindakan aku buang sampah merata2 ni?(dengus hati dia aku rasa).
- Memparking kereta di tempat orang cacat. Ini pun obvious gila kecuali la kalau manusia berfikiran monyet tersebut buta tak nampak sign orang kuning naik wheel chair tu. Tapi kalau buta, aku rasa JPJ tak kasi amek lesen memandu. Bayar la RIAKAR banyak mana pun, JPJ tak kasi punye la. Alangkan rabun warna tak boleh amek lesen, inikan pula rabun terus. Aku tunggu la kejap kat tempat parking nak tengok mamat tu turun dari kete, kot2 memerlukan bantuan ke. Iyelah mana nak turunkan wheel chair, nak tutup pintu, nak on alarm kete....eh turun dari kete elok je. Pastu selamba dek je buat tak tau jalan laki bini ngn anak2 masuk TESCO. Aaaa bagus betul, sampai zuriat pun dididik untuk memiliki gen pemikiran monyet tu sekali.
- Meludah di persekitaran elevator. Tak paham betul. Sambil2 tunggu lif dtg tu kenapa nak kene meludah? Ptuih! Amek angle cantik je pegi corner pintu lift. Aku pun selama ni terpikir, apa bende la mcm taik kelawar kering kat dinding area lift umah aku ni. Rupanya ada manusia berfikiran monyet dok meludah.
- Kontraktor kelas F yg repair jalan time orang balik keje. Huarghhh! Mmg pemikiran tahap monyet. Monyet pun aku rasa tau, kalau masa orang nak balik keje kene elakkan daripada melakukan keje2 repair jalan. Waktu siang kat Malaysia ni punye la lama, patut masa dlm kol 6 tu, toksah la pegi repair jalan. Bukan buat mende pun, takat nak tampung (tampal) jalan je. Ceh. Kalau ko turapkan balik semua ok la la jugak. Ini isi2 lubang kat jalan ngn tar je. Taik!
- Paling monyet sekali, orang yg beli lebih dari 10 item kat TESCO pastu sibuk nak beratur lane express. Aritu aku tengok ada sorang cashier ni saun sorang ni...dah tua la jugak. Dialog adalah lebih kurang mcm di bawah
(Hahahaha best gile aku rasa masa tengok tu. Auntie tu pun tak puas ati la, dia nak saun balik cashier tu. )
Auntie tua: Eh customer is always right! Saya beli ada 13 item, telebih 3 pun tak boleh cincai ka? U kire je la.
Cashier: Sana depan tulis 10. U bwk 10 ke? Customer is always right, tapi customer lain punye 'hot' sapa nak tanggung?
Muka auntie tu dah boring gile pasal org lain seme tengok dia. Hahaha bagus betul cashier tu. Patut dia dapat employee of the month. Ni kesalahan ni boleh dikait sekali dgn satu lagi jenis tak paham bahasa, beratur express lane tapi barang bahagi 2. Isteri satu resit, suami satu resit. Mmg la ko masih mengikut peraturan. Tapi toksahla pemikiran tu monyet sangat
Emosi plak seketika aku masa tulis entri ni.
Wednesday, November 10, 2010
Kalau Gua Superhero
Dulu masa gua budak-budak gua selalu fikir susah senang kalau jadi superhero. Tapi gua rasa superhero ni macam takde cabaran sangat je.
Yang pertama gua rasa costume He-man paling low cost. Setakat underwear scobar gua boleh carik kat Mydin, kalau tak silap Rm10 dapat 3 helai. 3 kaler lain-lain. Kalau beli time raya dah konfem dapat diskaun 15% dengan kad keahlian Mydin gua.
Yang seken, gua rasa penyembunyian identiti he-man paling menakjubkan. Sebelum jadi hero, dan selepas jadi hero sama je. Itupun orang lain susah nak detect. Sedangkan budak sekolah EC yang dah jadi perempuan pun gua boleh cam lagi kalau nampak kat City Square. Setakat ni yang gua rasa boleh gugat he man dalam bab menyamar identiti ni pun Faiz la. Seriyes dowh kalau lu pakai helmet muka lu terus jadi Lim Fah Iz. Tambah lagi 10+ camouflage kalau helmet+cermin mata hitam.
Yang ketiga, yang ni gua paling suka. He man tak payah kerja. Lu orang tengok Clark Kent susah payah nak jadi reporter, pastu nak tukar baju sampaikan terlupa pakai seluar dalam kat luar . Bukan kerja mudah beb. Lagi lah kalau macam Batman sibuk dengan kerja pastu asik nak harapkan orang gaji je. Sekali si Alfred punya permit takleh renew? Sekarang pulak nak cari orang gaji sikit punya payah. Tambah pulak orang gaji yang pandai buat wiring electronic, repair kereta, buat rumah dalam gua, modify rak buku jadi pintu rahsia. Susah wooo...Sekali lu punya Batmobile punya tayar allignment lari, takkan nak hantar kedai tayar Tick Meng?
Yang nombor empat, dia punya musuh satu je. Skeletor.
Nombor lima dan penghabis...Prince Adam ada bela rimau. Prince Adam tukar jadi He Man, rimau tukar jadi Battle Cat. Rimau pulak sikit punya educated boleh berkata-kata. Boleh pulak tunggang pergi mana-mana. Tak payah isi minyak, takde road tax, tak payah kena kejar polis. Gila apa polis nak kejar rimau.