Wednesday, November 11, 2009

Wakil Sungai Chat Julang Piala Malaysia

Rezal Zambery, kapten Negeri Sembilan merangkap old-boys kita baru menjulang Piala Malaysia. Malas aku nak review game aritu sebab kualiti memang tipikal. Keadaan padang pulak aku rasa Padang Seri Gelam lagi ada standard.

Mamat ni dulu kat sekolah diberi nick-name 'Ikan'. Tak dapat dikenal pasti melalui wikipedia asal-usul nickname ini. Satu lagi fakta yang aku ingat ialah dia ni budak Treusein. Ohh yeahhh...team juara. Ha ha ha ha. Dulu dia ada member rapat yang dianggap star jugak kat sekolah, Sany Fahmy @ marlon. Juga budak Treusein. Dua-dua budak ni memang jadi kebanggaan cikgu Sukumaran.

Lepas habis sekolah, Marlon dan Ikan ni bawa haluan masing-masing dan nasib kedua-dua mereka berbeza. Rezal tak dapat join skuad belia Malaysia dan stay kat Johor, Sany pula jadi keeper Malaysia kat Youth World Cup 1997. Kat piala dunia belia yang Michael Owen, Riquelme, Cambiasso, Aimar, Anelka, Trezeguet, Henry, Park Ji Sung, Nakamura main tu. Dasyat-dasyat player yang muncul daripada tournament tu. Tapi player Malaysia takde sorang pun yang dapat offer dari kelab La Liga mahupun liga Korea. Malaysia melingkup dalam tournament tu, dan nasib pemain-pemain belia lepas habis tournament tu pun malap dan tak ke mana. Dah nasib jadi pemain bolasepak kat Malaysia.

Sekarang Sany Fahmy entah ke mana hilang. Last aku nampak jadi 2nd keeper Kelantan. Lepas tu entah ke mana. Rezal Zambery pulak sedang menikmati masa-masa terbaik sebagai pemain bolasepak kat Malaysia.

Labore et honore - "while we live, let us live by work and honor."


Bangga betul julang bendera N9. Ini baru dinamakan 1Malaysia.

4 comments:

udin said...

ni senior ek? aku mana la kenal. masa aku main bola wakil EC dulu dia takde pun...

apis said...

YEAaa N9 menang.... untuk meng'up' hati bini aku....

Azhan said...

udin,
ha ha, diorang terer sikit je dari ko...lagipun masa tu ko quit team bola nak main softball dengan halim shah...hahahahah

apis,
.....aku pun

udin said...

tp diorang main sk8, mana main sukan lain.