"JB banyak monumen-monumen tinggalan sejarah. Kenapa eh? Orang JB tak suka shopping ke?" HAHAHA. Memang watdefak sungguh nak jawab, tapi what's JB kalau tak tunjukkan the holy trinity of shopping complex kat JB kan? Meh, aku list down.
(1) Kemayan City complex
(2) Waterfront Lot 1
(3) Pacific Mall
Actually ada sebiji lagi abandoned plaza yang overlooked by JBrean sekelian. Skudai Plaza just depan Hotel Good Hope. Tapi tu kat Skudai, tempat pun secluded je. Skudai, who cares anyway? Kedai-kedai around that area pun susah cari makan, then buat pulak shopping complex kat situ. Genius brader, genius. Sekarang dah jadi terbiar sebab poor business, owner pun dah declare bankrap.
Sebelum jadi the holy trinity tu, sebelum ni boleh dipanggil "the big four" of JB. Sapa yang boleh lupa Best World Plaza? Nasib baik la dah refurbished jadi Danga City Mall, satu lagi eyesore kat JB dah kurang. Mari aku bawak tour of the lost plaza.
(1) Kemayan City
Kompleks ni adalah yang paling notorious sekali di kalangan the lost plaza sekelian. Terkenal hatta sampai ke Australia dek penangan cerita mistik shopping kompleks berhantu. Yang aku pelik yang kena scam dengan hantu ni semua pelancong luar, paling cikai pun tourist Singapore. Tourist sibuk-sibuk shopping bagi duit, balasannya barang-barang jadi kayu atau daun kering. Memang hantu scammer! Kalau dikira nilai tukaran wang asing lagi, memang genius. Peminat cerita tahyul boleh baca kat sini. Aku pun pernah kena jugak lebih kurang sama jela macam cerita ni, tapi kat Jusco Tebrau. Lepas balik dari Jusco duit dalam wallet aku habis semua. Bila fikir-fikir takde pun aku beli apa-apa. Musykil aku tengok muka bini aku sengih-sengih. LOL.
Ini adalah the biggest abandoned project kat JB. 64,800 meter per segi atau 697,501 kaki per segi. Boleh bikin 498 buah rumah teres satu tingkat yang setiap satunya 1,400 sqfeet. Anggaran projek asal ialah RM400 juta. Disebabkan perancangan projek yang lemah dan keadaan ekonomi yang meleset pada 1998, maka terbengkalai la projek ni yang sepatutnya jadi 'The biggest one-stop-center mall' kat JB.
Walaupun terbengkalai, owner premis-premis kat dalam shopping kompleks ni tetap kena bayar dengan bank. Ada yang beli lot kat sini dengan harga RM1 juta, dan masih serve dengan bank!
Cerita tahyul, sarang nyamuk, sarang mat gian dan macam-macam urban tales lagi berkait dengan kompleks ni. Anyway, property ni dah diambil alih oleh Blackstone Eight Sdn Bhd untuk refurbish menjadi shopping kompleks bernama B8 Mall. B8 sempena nama syarikat tu la Blackstone Eight, kumpulan syarikat Allstonesgroup.
B8 Mall....Beat it...Mall. Macam mana orang nak datang? Hahaha. Layan dulu draft untuk B8 Mall, formerly Kemayan City Mall. Katanya mula kerja pada 2010, dan target siap pada 2012.
Kalau projek ni jadi, kurang la satu lagi 'landmark' kat JB. Kemayan City adalah landmark kepada visitor yang datang dari arah Utara, keluar je dari highway Utara-Selatan melalui Jalan Skudai dan ke arah pusat bandar JB disambut oleh Kemayan City Mall. Sebenarnya ada satu sebuah lagi Kemayan the lost plaza kat Seremban, sama kes jugak.
Nanti aku sambung pasal Lot 1 dan Pacific Mall.
7 comments:
hmmmm topik yang menarik untuk dikupas....
sedara mara sebelah bini aku datang JB, tanya aku, kat JB ni apa best nak buat jalan jalan...
aku terpisat pisat nak jawab soalan tu
hahaha sumber cerita seram tu je dah tak meyakinkan.... hmetro
patut panggil kemenyan city
nak bawak jalan2 kat JB senang je....
mula dari hujung jalan wong ah fook kat UOB bank sampai....lepas tu jalan straight melepasi merlin tower, city square, komtar....sampai hujung jalan wong ah fook
dah abis dah jalan JB
ni adalah senarai jalan jalan JB
1. jalan kat sepanjang jalan wong ah fook
2. danga bay
3. holiday plaza
pabila lengkap ini, maka sudah boleh diiktiraf jalan jalan di jb
2 tahun aku tak jejak HP dah...aritu pergi KSL city mall depan HP, besar nak mampos..nak jalan pun lenguh otot achilles aku. korang dah pegi? parking bayar pakai touch n go.
anyway, kalau pegi HP mesti ternampak kedau babi salai depan parkson, walaupun cuba elak mesti ternampak. faker btul. itu belum cerita bau telur pindang versi guanzhou lagi. mual shial
telur pindang dalam bekas emas gaya hikmat kebal loceng emas alam perwira
Post a Comment