Ni dia filem yang dikeluarkan tahun lepas (2010), The Fighter starring Christian Bale dan Mark Wahlberg. Yang belum tonton, sila tonton.
Serius filem ni takde extravaganze special effect dan meleweh-leweh punya skrip. Dan tak perlu aksi murahan Megan ass naked Fox untuk filem ni, heroin dia (Amy Adams) serius tak lawa tapi dia punya acting Fauziah Nawi pun respek. Memang serius bitch punya watak! Skrip filem ni memang banyak maki hamun walaupun plot utama filem ni adalah kisah benar seorang boxer dan family dia. Watak mak dia pun serius maki hamun jugak. Memang tipikal punya keluarga suburb Amerika yang tak pergi sekolah agama.
Sini aku bagi sinopsis sikit:
- Kisah benar sekitar 1980-an pasal seorang boxer yang ada potensi dan bakat tapi loser, asik kalah je memanjang. Micky Ward (Mark Wahlberg) boxer yang di urus oleh mak dia, jurulatih pulak abang dia (half brother) Dicky Ecklund (Christian Bale). Kira salah management la ni.
- Mak dia urus dia semata kerana duit, sama jugak dengan abang dia yang crack addict. So diorang take advantage je la sebab kalau ada boxing match tak kira menang atau kalah mesti ada duit.
- So nampak karier dia tak ke mana, masa abang dia masuk penjara dia buat deal dengan bapak tiri dia dapat trainer baru, dengan support dari girlfriend dia, Charlene (Amy Adam).
- Kat sini konflik dia, mak dia nak rebut dia, bapak tiri dia pun nak rebut dia. Tapi bapak tiri dia lebih kepada good intention la. Abang dia pulak bengang sebab tak dapat jadi trainer lagi.
- At the same time, Dicky Ecklund sebenarnya dulu boxer legend jugak lepas kalahkan Sugar Ray Leonard, dan dikenali sebagai "the pride of Lowell". Lowell tu bandar kecik tempat tinggal diorang. Tapi abangnya dia terus burn out, karier jahanam sebab dadah dan jenayah. Kat sini nanti ada krew HBO yang datang kat Lowell buat dokumentari pasal Dicky Ecklund dan addictionnya. Ni betul punya dookumentari, sedangkan famili dia ingat HBO nak buat movie pasal comeback Dicky Ecklund, "the pride of Lowell." Bila dokumentari keluar kat TV semua nangis tengok.
- Kat sini mula plot berkembang macam mana karier dia terus naik lepas krisis demi krisis.
Charlene Fleming: Hi.
Alice Ward: I've heard a lot about you.
Charlene Fleming: Really? I've heard a lot about you too.
Alice Ward: What's that supposed to mean?
Charlene Fleming: Same thing you meant.
Hahahaha. Serius dialog dia owned giler.
Christian Bale kasi kurus badan gile babeh nak hidupkan watak dia. Dulu dia kurus gila babeh jugak dalam filem "The Machinist". Tengok transformasi kat bawah ni, macam Hamdan Sapri semasa universiti dan selepas universiti.. LOL, Hamdan please take it as a compliment, gua samakan lu dengan Christian Bale tu! Hahahaha.
3 comments:
kenapa aku tetibe rase macam nak boxing je pakmet
head, body, head, body, head, body
kata Dicky Ecklund
ataupun
head head head head head
HAHA
pastikah gambar Bale anerexic itu bukan shah ezanee?
Post a Comment