Dalam topik 'things you see or experience only in Malaysia', ada sorang caller yang bagi tau dia dah pergi seluruh pelusuk dunia, tapi kat Malaysia je dia boleh nampak penunggang motor (kapcai la aku rasa majoritinya) pakai jaket ke belakang. Seriyes aku dulu pernah buat camni jugak. Ironinya aku google gambar ni kat Indon weh. Tapi apehal pulak ada aku peratikan amoi-amoi bawak kereta pakai jaket terbalik camni. Apa ni weh? Lu orang dah salah aturan pakai ni. Only for kapcai riders maaaa...Kalau takut tangan tu hitam yang lu orang pakai sleeveless ape kejadah ?
Aku ingat lagi tahun 2005 dulu, masa jalan keluar dari kawasan rumah aku ke tempat kerja jem macam nuraka the hell. Pada pagi yang tak berapa nak ceria tu, ada satu kereta Proton Perdana dah langgar belakang kereta aku. Dah menjadi resmi, siapa langgar belakang kereta aku siap lah remuk, sedangkan kereta aku sikit je calar. Kalau nak tau masa assemble kereta aku kat kilang Proton dulu, assembler dia dah jampi dengan mantera kebal..."besi maha besi, besi datang dari Kedah, nak rosak biar rosak, jangan rosak dekat Grik...." Hahahah memang tak rhyme.
Amoi yang bawak kereta Perdana tu keluar dengan jaket pakai ke belakang. Tak silap aku itulah first time aku tengok driver kereta pakai jaket camtu. Serius aku gelak macam jester. Nak jadi cerita aku kira settle kat situ jela. Lagipun Perdana dia dah berasap, aku berani jamin radiator bocor. Lampu depan pulak boleh buat scrap. Hantar sekali dengan bonet depan dia. Compare dengan bumper kereta aku calar sikit je, dapat gelak free lagi.
Balik semula cerita pasal jaket ni, sebab utama aku pakai camni ialah betapa malasnya nak pakai kat depan secara normal pastu nak zip. Arghhh, sedangkan objektifnya ialah nak cover lengan daripada berbelang. Opsss wait wait, ni bukan amcam kes amoi tadi. Kalau rider motor bukan setakat matahari punya UV rays yang boleh buat lengan berbelang weh, asap kereta, asap bas, asap lori. Tu aku belum kira asap dan debu-debu tar jalan yang berpunca daripada kontraktor kelas F punya schedule buat time jalan peak hour. Aku pernah tengok kaki member aku berbelang macam bentuk sandal, gara-gara selalu naik motor pakai sandal. Hahahaha serius lawak!
Satu lagi adalah sebab aerodinamik. Serius kalau kau ride 100km/jam pastu pakai jaket zip kat depan, jaket jadi gelembung dipenuhi angin. Sedangkan mat rempit pun tau teorem ni sebab tulah minah-minah rempit berdada pipih der. Purposely der, serius der. Pusing jaket tu der, barulah potong angin beb.
Last sekali kau tengok gambar kat bawah ni. Kepada mereka-mereka yang kilang peluh terutama bahagian belakang badan tu sesuai la pakai jaket terbalik. Kasi aircond sikit belakang badan tu.