Wednesday, January 13, 2010

Drive di Highway Utara Selatan

Okey, gua dah lama pendam ini rage. Arini gua nak let go. Hayati kompilasi kenapa gua rage sepanjang highway.

(1) Billboard gambar budak AF sepanjang highway.
Ini gua rasa patut dibuat kajian menyeluruh sebelum dibenarkan letak papan iklan besar-besar kat tepi highway. GUa rasa sedikit distracted setiap kali gua lalu depan billboard ni. Fikiran gua bercelaru, dan gua rasa tiba-tiba gaya pemanduan gua sedikit agresif berbanding sebelumnya.

(2) Gambar Fahrin sepanjang highway.
Gua malas nak komen pasal ni gambar feveret Faiz. Lagipun Faiz dulu pengawas kat EC, sama macam Fahrin. Budak-budak pengawas ni gua malas nak huraikan. Sensitif je lebih.

(3) Driver yang highlight suruh gua ke tepi.
Gua paling rimas ini driver punya type. Kadang-kadang gua rasa malas nak layan, gua ke tepi je. Tapi ada sekali tu gua ikut lane kiri, ada apek bengap ni lagi mau high beam gua. Lane kiri dan kanan sudah sesak banyak kereta. Nak suruh gua lalu atas rumput ke? Nyaris gua kasi arahan kasi transform kereta gua jadi decepticon.

(4) Double park kat R&R.
Ini kes klasik si bangang yang bawak kebebalan masuk ke highway. Lain kali mangkuk ayun tuh simpan baik-baik kat rumah jangan kasi masuk highway.

(5) Parking kat Parking Lot Disable (orang kurang upaya).
Gua buat kesimpulan yang parking tu tak paham bahasa Malaysia. Tapi gua pelik, sebab simbol "disable" tu macam universal je.

(6) Parking kat tepi parking lot sambil menunggu bini beli air kat R&R.
Masa gua kat highway ada brader bawak Toyota Wish tunggu bini dia beli air ke apa jadah, side park kat tepi parking lot...2 Parking lot beb. Gua hon mesra nak masuk parking dia boleh buat selamba je. Terus gua buat kesimpulan dia beli kereta guna duit menang loteri 4D.

(7) Lupa top up touch and go.
Ini kes bangang maksimus sebab gua yang buat. Hahaha. Masa scan touch and go nak masuk highway baru gua perasan balance kad tak cukup nak sampai JB. Sampai Johor, gua cilok masuk exit Kulai sebab time-time cuti konfem la tol jem kat Skudai. Rupanya tol Kulai pun jem. Dipendekkan cerita gua masuk lane khas nak bayar balance tiket tol sebab balance touch and go gua tak cukup. Lagi laju gua rupanya kalau buat skil macam ni. Siap ada Rela kasi laluan kat kereta gua. Hahaha. Tapi gua tak berapa pasti berapa maki hamun yang gua terima.

p/s: Entri ni nak share eksperien gua driving kat highway kepada mereka-mereka yang 'jarang' drive kat highway atau drive balik kampung. Mungkin juga 'mereka-mereka' ni mesra alam, sebab tu kereta mahal simpan kat rumah.

Dinasihatkan baca sambil lols.

10 comments:

Azhan said...

i'm 1st!







apesal haaa diorang selalu komen camni? bukan dapat duit jadi pengkomen first.

faiz said...

seken

apis said...

satu lagi do....road hoggers....

walaupon lane sebelah kiri tu biukan lane laju.... tapi jangan la bawak 32km/j.... kan ke gampeng tu...

kalau 3 lane, jangan la sangka boleh ikut lane tengah kalau slow.... ikut la lane kiri....
situasi ini boleh di detect apabila kita memotong sebelah kiri pada kelajuan 90km/j dan kete lane tengah jauh ketinggalan.... macam hanjing menyusahkan orang la road hoggers

udin said...

hmmm aku ada rasa satu serangan pada aku...demm


dok lane kanan, depan ada kete...pastu kete maivi kat belakang flash soh ke tepi...eik, apa dia nak aku buat? masuk gear terbang? mcm la maivi dia tu ada gear 5

faiz said...

sial aku benci myvi...
Ranking no 2 adalah gen2..

Azhan said...

apis,
betul3x....hogger yg bwk mcm daisy duck kat highway. aku pernah tertipu ingatkan highway jem lepas tol skudai, rupanya ada awek bk kancil slow mo kat lane kiri, 30 kmj. nak kata dia mengantuk atau penat mustahil sebab baru 2-3 km masuk highway dr tol skudai. cilakak betul.

udin,
bukan serangan...tapi cuit2 manja....amboi amboi ambboiiii oulzzz....lols.

pais,
pendapat professional aku mengatakan kereta proton juara paling cantekzz designnya...diikuti rapat oleh kereta savvy yg kalau diperhatikan betul2, design bahagian depannya mcm buntut waja. Fyi, savvy mcm waja jalan reverse. lols.

Azhan said...

eiii, geli aku tengok savvy. terasa mcm tengok AF.

apis said...

jekpot pakai savvy do...udin nyaris kene gilis dgn savvy tu...

udin said...

jeki emo do aku kata savvy mcm waja jalan reverse...ehehehe

Azhan said...

dah savvy design mcm celaka. jackpot pakai ke, obama pakai pun aku tetap kutuk


savvy terkutuk