Thursday, January 7, 2010

Top 5 Carta Kastemer Servis

Kat sini asik-asik ulang cerita lama-lama. Nostalgic sungguh korang semua. Macam mana pulak luahan rage kalian-kalian. Ke mana menghilangnya rage anda semua? Aku mahu rage!!!!....Aku bagi rage sepam dua.

Aku tahu korang mesti suka dan terhibur dengan level kastemer servis kat Malaysia ni. Terbaik dan the best dari segala sudut. Dan yang terbaik dari segala sudut ialah gomen punya punya customer servis.Lagi satu asik-asik guna istilah nila setitik. Aku sangat setuju dengan peribahasa ini.

Sebab aku tengok dari view yang satu lagi. Aku andaikan nila setitik itu adalah kuantiti yang perform maka I am pretty damn sure yang susu sebelanga itu adalah nilai atau kuantiti yang tak perform...Terbalik kan? Hahahaha. Emo tak anda sekelian?

Jadi disebabkan kastemer servis gomen adalah the best among the best marilah aku listkan non-gomen punya servis. Kita mulakan dengan dari carta bawah ke tangga ke atas.

(5) Cuba tabur kencing sepah-sepah.
Tokey: Ini brand banyak popular sana Switzerland. Ini imported punya barang, sama itu dalam punya komponen tapi assemble saja itu China punya negara. Kalau lu tanya sana Switzerland punya orang konfem kenal punya.

Sapa agaknya yang aku kenal kat Switzerland?

(4) Penjaga kaunter general enquiry atau kaunter pertanyaan.
Di Malaysia requirement untuk jawatan ini mestilah perempuan berambut lurus dan sentiasa belai rambut untuk pastikan betul-betul lurus macam baru buat rebonding , beserta perasaan jati diri yang tinggi dan perasan cantik serta beranggapan kalau ulang cakap diri sendiri cantik sebanyak 40 kali boleh jadi betul serta skil tambahan boleh buat muka macam semalam lepas kena cerai talak 4. Oh lupa, tahap budi bahasa boleh dipertimbangkan.

(3) Perbezaan barang dan kualiti.
Aku selalu tanya perbezaan barang A dan B dan kenapa seller rekemen barang tu. Jawapan paling best pada aku setakat ni...

"Biasanya bang, kalau harga lagi mahal lagi bagus la."

Perlu dijawab "Orett," bak kata Faiz dan disudahi dengan batuk kokol tropicana. Biar budak tu makan hati.


(2) Bank tempatan (cuba teka).
Aku di kaunter nak ambil nombor dan terdengar perbualan ini, antara banker dan makcik berusia lebih kurang 65-70 tahun. Perhatikan perkataan yang digunakan.
Banker: Lain kali makcik kena isi form dulu atau pun kena guna cash deposit machine sebab branch kitorang punya KPI nak reduce interval time atau waiting time kat kaunter.
Makcik: ...

dan juara carta...

(1) Celcom.
Operator: Encik ada buat aduan atau panggilan ke tadi?
Aku: Ya. Tadi ada. Operator tadi suruh call balik lepas 1 jam.
Operator: Encik call yang kat luar tu atau kat dalam ni?
Aku: Awak buat lawak ke? Saya buat panggilan telefon bukan video call. Mana saya tahu kat mana call tu received.

Yang (konon-konon) ikhlas bekerja,
Dani
sedang lols sambil menaip.

10 comments:

apis said...

aku baru dpt satu bahan..developer umah aku mcm fakap..aku mmg cadang nak tulis/maki

Azhan said...

developer rumah mmg penuh dgn janji.

cuba share sikit kat sini...

faiz said...

apsal aku rasa entry ni kene edit?

apis said...

aku tk paham mksud ko mok

Azhan said...

apsal nak edit?

apis said...

tu la pasal...tak paham

faiz said...

aku pun x paham.. takper lah..abaikan

apistempur said...

bodoh gemok...mmg patut la ko jadik kastemer servis giant

Azhan said...

apa krisis identiti yg cuba ko ketengahkan ni?


pening aku

Azhan said...

dino o dino,