Monday, July 30, 2012

Apa itu Google Moderator dan impaknya

Entri ini adalah respon secara tak langsung kepada entri Bajet 2013 ini.

Platform yang digunakan ialah Google Moderator. Apa itu Google Moderator (eleh mesti korang terfikir "aku pun boleh Google, baca kat Wiki"....masalahnya aku tahu korang 'sibuk' dengan kerja harian jadi aku mudahkan kerja korang kumpul segala hasil Googling aku ini kat blog ni.). Lagipun kalau aku suruh je korang Google baca kat Wiki blog ni baik delete buang password kat Sungai Chat tepi Jalan Thompson. LOL.

Google moderator ni berfungsi sebagai 'crowdsource' atau pengumpulan tugas khas atau task kepada sekumpulan manusia. Dalam kes Google moderator ini, tugas kumpulan manusia yang terlibat ialah memberikan respon kepada sesuatu topik dan setiap respon yang diterima akan dinilai melalui undi adan diberi 'rank'.

Tahukah anda 'crowdsource' yang terawal ialah Kamus Bahasa Inggeris Oxford di mana sehingga kini terdapat sebanyak 6 juta respon dalam tempoh 70 tahun. Hebat betul. Sehebat aku copy, translate dan tampal kat blog ini dari Wiki.

Ok, berbalik kepada Google moderator. Servis dari Google ini adalah hasil dari projek 3 orang jurutera Google. Google telah melancarkan kempen untuk pekerja yang diberi nama Innovation Time Off, iaitu jurutera Google diberi peluang menggunakan 20% untuk projek yang mereka benar-benar minat. Oh hebat, hebat. Kalau kat Malaysia tak boleh buat sebab 30% je sudah digunakan pekerja-pekerja untuk meroyan di Twitter mahupun Facebook. Ah tak kurang juga upload gambar dengan girlfriend.


Setiap staf baru Google (Noogler) kena pakai topi nerd yang ada kipas, beanie cap.

Jadi, persoalan berikutnya. Apakah penerimaan pengguna dan bagaimana dengan kredibiliti Google Moderator ini. Hmmm...susah ni nak jawab, sebab kat Wiki takde tulis. Kalau tak aku dah copy, translat dan paste je.

Menurut Wiki, pada Disember 2008, pasukan presiden Amerika yang baru dilantik ketika itu, Encik Barack Obama telah menggunakan servis Google Moderator sebagai medium untuk berinteraksi dengan rakyat marhaen. sesi itu bertajuk "open for question". Sesi pendek itu, iaitu sesi pertama dalam masa 48 jam berjaya menarik 20,000 penyertaan dan 1 juta undi untuk 10,000 soalan. Sesi kedua pula, 100,000 penyertaan, 4.7 juta undi dan 76,000 soalan.

Ok dari situ kita boleh dapat satu angka. 100,000 penyertaan (1 peserta dianggap unik dan dianggap satu orang) maka berapa peratuskah nilai itu berbanding pengguna internet Amerika? Menurut Nielsen Rating US, sebanyak 313 juta pengguna internet di Amerika pada 2011. Jika 50% dari jumlah itu layak mengundi iaitu kira kira 157 juta,, maka 100 ribu hanya mewakili 0.06% suara rakyat marhaen Amerika. Adakah ini adil? Adakah ini suara rakyat? Adakah masalah kamu ialah masalah majoriti rakyat? Jika tidak mewakili majoriti mengapa pula kerajaan pula amik "the F" dengan apa kamu nak kata.

Seperti pemerhatian aku di laman sosial. Berapa peratus pengguna laman sosial yang layak mengundi? Berapakah peratus rakyat Malaysia yang berada di laman sosial? Di laman sosial suara bergegak menegakkan keadilan bagai mewakili segenap rakyat tapi akhirnya si korup juga yang naik takhta kerajaan. Delusion much?

Sebagai kesimpulan, aku serahkan kepada kamu kamu sekelian untuk huraikan ikut pemahaman masing masing.

2 comments:

apis said...

Mari sama sama nantikan bajet 2013, tadi kat berita bulatin utama cakap dah nak siap dah bajet 2013... keh keh keh ...

Azhan said...

dah berapa kali belanjawan takde effect hidup aku. kecuali masa road tax dikurangkan. tu je.