Monday, August 30, 2010

Tukar line internet

Aku dah lama berkira-kira nak beralih dari sialkom berokband. Namun waktu free yang aku dambakan untuk ke branch TM masih jauh dari realiti. Ish ish ish.

Sejak bulan lepas aku detect connection line lembab macam kura-kura buat dekathlon. Walaupun aku dah muak nak buat call ke customer service center, terpaksa juga aku tempuh. Sebabnya setiap kali aku call ke customer service, level expectation aku makin turun satu level. Ada sekali tu aku rasa 5 level sekaligus turun. Itu belum aku include suara operator yang macam pompuan tapi nama Majid. Sialkom memang penuh dengan kepura-puraan.

Aku call, diorang bilang tengah upgrade. Macam mana kitorang tak bengang? Kitorang tak makan orang, kalau orang usik kitorang, kitorang jadi bengang seh! Macam boyan kan?

Selang seminggu connection line jadi 53.6 kbps. Kejap ada, kejap putus. Time tu aku call customer service, suara operator macam pompuan bila perkenalkan diri nama Majid pulak. Terus hilang marah aku jadi geli pulak. Macam kena rasuk jap aku time tu.

Aku dah listkan semua line internet yang boleh masuk kat area rumah aku. So TMnet Slowmyx je yang paling ekselen mengikut perkiraan aku. Pk1max aku dah keluarkan dari list, kang nanti tak memasal keluar dari mulut buaya masuk pulak mulut rimau.

Aritu Faiz ada kasi satu nama broadband yang pelik sikit kat aku. Ntah apakebende. Aku google tak jumpa plak dowh. Mok, apa nama broadband tu? Kasi share sikit kat sini der, boleh?

Kat ofis skang aku bizi sikit takleh nak online selalu (maksudnya online yang tade kaitan kerja la). Kalau pakmet takpelah, dia bukan ada kerja sangat. Cuti raya pun sampai 3 minggu. Mengalahkan cuti sekolah pun 2 minggu je, apa cerita ni der? Kau keje ke atau tengah buat KPLI?

Oklah der der sekelian, malam raya kita gather aku nak dengar cerita car porch apis secara detail.

p/s: ni aku upload entri ni siap aku pegi berak, flush dua kali sampai benda alah tu tenggelam lengkap beristinjak keluar dari toilet, baru entri ni posted. Macam lahanat.

Terbakar porch kereta nampak asap.... terbakar di hati tah sape yang tahu....

Ye buat para pembaca blog ini yang telah berkurun lama menunggu dan jugak berbulu yaa amat menanti update dari rakan rakan Sungai Chat.... harap terus sabar menanti ye....

banyakkan lah beramal di bulan Ramadhan ni.... baca blog ini banyak unsur-unsur mencarut,mencerca dan memaki, mungkin ini akan secara tak langsung menguruskan pahala berpuasa uols.... ahahahaha...

aku sudah up 1Mbps ni, takde lagi performance internet yang sampah macam P1kimax .....
lepas raya nanti aku akan kembali inzal....banyak modal entry dah aku kumpul sepanjang aku terputus dengan dunia atas talian....

rakan rakan seperjuangan pon agak sibok sekarang ni...

zul sibok dengan kerja ditempat baru dan kerja-kerja sampingan...

Ntah kilang lens pulak kot kalau tak silap.....untuk kerja kerja sampingan tu...ttttrrrrrrrr! (bunyik tirai ditarik untuk memisah kan entiti terlarang ) Ahahahhahaah




pais sibok mengejar target sales....
jual mentol lampu mmg la payah.... cube jual dvd mok, modal kecik, untong berganda.... muka dengan rambut pon dah nyaris muka cina penjual DVD....konfem terusss mok



Pakmet pulak sibuk dengan... ... ... .... ntah aku pon tak tau pebende yang pakmet ni sibok benar...
sekejap aku tgk turun ke laut....kejap cuti panjang....kejap tu pulak tengah melepak kat kl..... zul cakap, org takde value pada kompeni mmg senang cuti..... mungkin benar lah kot....



Aku pulak baru plan nak menulis... Tetibe dilanda musibah pulak....ingat ye...musibah bukan musibat...
Porch kete aku terbakar pulak sebab short circuit.... gile aahh nasib baik tak kene tank minyak moto.... nampaknye aku tidak bolah meneruskan niat untuk update entry disini....mungkin entry aku akn mencemarkan kesucian bulqan yang penuh rahmat ni..... so lepas raya nanti aaa... wokeh? WONGGAH!




Thursday, August 19, 2010

Sajak sepam

BAHASA JIWA NEGARA

bahasa jiwa negara
kenapa kau sibuk mempersoalkan kuota bumiputera
sedangkan kau tidak reti berbahasa
kenapa kau sibuk membincangkan 30%
sedangkan kau menguasai 70%
kenapa perlu aku layani permintaan ekonomi
sedangkan kau melupakan lingua
panggillah bahasa apa sekalipun
bahasa Melayu, bahasa Malaysia, BM, malay
pokoknya kau tidak reti melafazkannya
janganlah mintak kalau tidak reti memberi
kau boleh berkata kata
kalau kau boleh berbahasa negara Malaysia
mana asalmu?
jangan persoalkan bangsa
jangan persoalkan kuota
kerana kita satu negara
kerana kita sepatutnya satu bahasa
lepas tu baru boleh duduk semeja