Thursday, March 3, 2011

Sillabus Baru Untuk Sekolah Memandu

Sebagai seorang pemandu tegar dan juga antara penyebab utama Laporan Trafik Erra, aku rasa orang Malaysia memang gile babi hebat memandu. Lebih lebih lagi kat KL ni. Kenkadang sampai terpikir, dalam kepala diorang tu otak ke tahi? Kerana tindakan pemanduan yang amat bodoh dan tidak logik. Maka disini aku ingin cadangkan penambahan pada silibus sekolah memandu. Antara perkara perkara yang perlu diajar adalah:

1. Ujian memandu secara reverse sejauh satu kilometer di laluan kecemasan.
Ini adalah skill pemanduan yang paling penting di kawasan bandar. Untuk mensimulasi keadaan sebenar, hendaklah lalukan 10bijik lori pd kelajuan 100km/j di sebelah kanan kereta yang sedang reverse. Skill ini amat berguna jika anda terlepas simpang @ flyover. Lebih lebih lagi jalan jalan bandar sekrang banyak dah one way. Mmg boleh praktik immidietly. Latihan ini di akhiri dengan melempang pemandu tersebut 10 kali dan bagitahu dia untuk buat uturn di simpang seterusnya.

2. Ujian memandu secara zigzag dgn kelajuan 140km/j sambil tangan kanan diikat ke kepala.
Skill yang agak susah utk dilatih. Pemanduan ini amat berguna jika jalan agak sesak dan panggilan telefon terpaksa dijawab. Untuk halangan zigzag, pengahadang konkrit hendaklah digunakan utk menggantikan kon. Celahan antara halangan ini hendaklah berbeza luasnya supaya pemandu dapat meningkatkan skill didalam mengagak jarak antara kereta. Di penghujung laluan ujian hendaklah dibina sebuah tembok konkrit Gred 95 dan diletakkan besi besi terpacak.
Bagi calon yang berjaya dalam ujian ini hendaklah dihadiahkan kerusi roda atau sticker pemandu cacat.

3. Ujian Parking 3 Layer Turn
Jangan silap, ini bukan ujian 3 point turn. Ini adalah teknik pemanduan uber. Calon dikehendaki mengeluarkan kereta yang telah diparkir tetapi ada dua kereta yang telah menghalangnya dari sebelah tepi dan hadapan. Calon akan diajar bagaimana menekan hon dari peringkat menekan hon secara sedikit sedikit sehingga menekan hon secara berterusan. Kemudian calon akan diajar teknik yang konform bleh keluar. Hanya 4 teknik mudah.
1: pecahkan cermin kereta.
2. lepaskan handbreak.
3. Nuetralkan gear.
4.Buat satu tolakan sambil membuat bunyi umpph. Tolakan ke arah bawah bukit akan dapat markah bonus. Bonus:teh 3 layer. Gula lebih.


Setakat ini saja aku nyer cadangan untuk penambahan silibus sekolah memandu. Jika ada cadangan sila utarakan ke: hatikamasaya@udin.com.
Sekian, Terima Kaseh

8 comments:

Azhan said...

satu lagi point kau lupa letak...

kalau kereta depan cuba reverse kat entrance tempat parking shopping complex...sedangkan ada kereta kat belakang...camne tu?

LOL

udin said...

lupa bayar parking....padehal kat exit dah tulis dah...bayar dulu sebelum keluar....


tapi mok ejaan immidietly ko tu mcm ada kaitan ngn ejaan diet je. ada apa2 ke

Azhan said...

hahaha, masa nak keluar parking pun satu hal jugak. 80% kereta singapore. cuba memberi arahan supaya kereta belakang reverse, sedangkan kereta kat belakang ada lebih kurang 6 kereta.

apis said...

silibus tambahan elektif

pemanduan cucuk angin

pemandu akan dilatih memandu di belakang lori yang membawa cerucuk besi yang terjulur. Kelajuan minima adalah 120km/j dan jarak mandatori dengan lori tidak boleh kurang dari 2 inci setengah. trek yang digunakan adalah sekurang kurangnya 10km. Pada masa ujian JPJ tersebut, lori akan membuat surprise emergency brake bermula dari 5 km terakhir.
pemandu yang lulus ujian ini dikecualikan dari saman 'memandu secara berbahaya dan haram jadah' manakala pemandu yang gagal tidak perlu dirisaukan kerana konfem arwah.
tujuan silibus adalah bagi melahirkan pemandu cucuk angin yang berhemah dan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalanraya lain

apis said...

silibus tambahan elektif 2

pemanduan hoggers

pemandu akan diletakkan dalam studio bunyi dan diuji dengan bunyi bunyi hon yang berdesibel dari yang rendah hingga yang tinggi, dimulakan dengan buyik hon motorsikal sehingga ke hon lori kontena. Sambil ujian bunyi dijalankan, pemandu juga akan diuji dengan sinaran pantulan cahaya tepat ke retina mata. Semasa ujian JPJ, sedikit tambahan maki dan jari hantu akan dilemparkan pada pemandu. Tujuan silibus ini adalah bagi melahirkan road hoggers tegar yang tabah, dan mampu bertahan di lane kanan dengan kelajuan 50km/j di highway PLUS

faiz said...

terlupa bayar parking adalah epic. Seharusnya takyah reverse sebaliknya tekan hon sampai dia bunuh diri depan palang.

Teknik apis sbnrnya mmg aku nak taruk. Sepatutnya diwajibkan kepada semua pemandu Myvi kerana diorang semua mmg perasan bawak Toyota Passo dan rasa enjin diorang 3.5.

apis said...

betul sial, sebenarnye aku memang tujukan pada kete myvi yang suka tonjol belakang...

aku penah kene tonjol dengan myvi di lane tengah pada kelajuan 12okm/j dan depan aku ada lori angkut kereta... aku tak paham apa poin myvi tu...

lantas aku lepaskan minyak sampai kete aku hampir nak berenti di tengah jalan.... teros dia tak cucuk dah....bangang

faiz said...

ranking pemandu kereta yg dibenci:
1. Myvi
2. Gen2
3. Vios

semua ni selalunya menjadi punca eksiden pada waktu puncak. Mmg bangang. Dah tahu kalan sibuk, bawak la pelan2.