Thursday, March 10, 2011

Salah Siapa?

Salah siapa?
Salah produser?
Salah pengarah?
Salah penulis skrip?
Salah aku tengok tv waktu maghrib?
Salah tv3?

atau salah penulis sinopsis?

Klik gambar untuk jawapan, sambil tu...Hahahaha.


Thursday, March 3, 2011

Sillabus Baru Untuk Sekolah Memandu

Sebagai seorang pemandu tegar dan juga antara penyebab utama Laporan Trafik Erra, aku rasa orang Malaysia memang gile babi hebat memandu. Lebih lebih lagi kat KL ni. Kenkadang sampai terpikir, dalam kepala diorang tu otak ke tahi? Kerana tindakan pemanduan yang amat bodoh dan tidak logik. Maka disini aku ingin cadangkan penambahan pada silibus sekolah memandu. Antara perkara perkara yang perlu diajar adalah:

1. Ujian memandu secara reverse sejauh satu kilometer di laluan kecemasan.
Ini adalah skill pemanduan yang paling penting di kawasan bandar. Untuk mensimulasi keadaan sebenar, hendaklah lalukan 10bijik lori pd kelajuan 100km/j di sebelah kanan kereta yang sedang reverse. Skill ini amat berguna jika anda terlepas simpang @ flyover. Lebih lebih lagi jalan jalan bandar sekrang banyak dah one way. Mmg boleh praktik immidietly. Latihan ini di akhiri dengan melempang pemandu tersebut 10 kali dan bagitahu dia untuk buat uturn di simpang seterusnya.

2. Ujian memandu secara zigzag dgn kelajuan 140km/j sambil tangan kanan diikat ke kepala.
Skill yang agak susah utk dilatih. Pemanduan ini amat berguna jika jalan agak sesak dan panggilan telefon terpaksa dijawab. Untuk halangan zigzag, pengahadang konkrit hendaklah digunakan utk menggantikan kon. Celahan antara halangan ini hendaklah berbeza luasnya supaya pemandu dapat meningkatkan skill didalam mengagak jarak antara kereta. Di penghujung laluan ujian hendaklah dibina sebuah tembok konkrit Gred 95 dan diletakkan besi besi terpacak.
Bagi calon yang berjaya dalam ujian ini hendaklah dihadiahkan kerusi roda atau sticker pemandu cacat.

3. Ujian Parking 3 Layer Turn
Jangan silap, ini bukan ujian 3 point turn. Ini adalah teknik pemanduan uber. Calon dikehendaki mengeluarkan kereta yang telah diparkir tetapi ada dua kereta yang telah menghalangnya dari sebelah tepi dan hadapan. Calon akan diajar bagaimana menekan hon dari peringkat menekan hon secara sedikit sedikit sehingga menekan hon secara berterusan. Kemudian calon akan diajar teknik yang konform bleh keluar. Hanya 4 teknik mudah.
1: pecahkan cermin kereta.
2. lepaskan handbreak.
3. Nuetralkan gear.
4.Buat satu tolakan sambil membuat bunyi umpph. Tolakan ke arah bawah bukit akan dapat markah bonus. Bonus:teh 3 layer. Gula lebih.


Setakat ini saja aku nyer cadangan untuk penambahan silibus sekolah memandu. Jika ada cadangan sila utarakan ke: hatikamasaya@udin.com.
Sekian, Terima Kaseh

Wednesday, March 2, 2011

Perihal Cikgu

NUTP dedah salah laku guru wanita: Ibu bapa buat laporan anak lelaki sering diusik dalam kelas.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki, terutama yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan guru wanita sedemikian didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP.

“Setakat ini, ada tiga ibu bapa menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki mereka di sekolah.
“Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu ‘dicubit-cubit manja’ oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin.

“Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.


Berita penuh kat sini...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPdedahsalahlakuguruwanita/Article

**********************************

Aku baca berita ni sambil LOL. Nak menangis pun ada. Apa punya bangang dah tingkatan empat kena cubit dengan cikgu nak bagi tau dengan mak ayah. Faggotory sungguh. Lagi satu apesal lah kau cakap cikgu cubit-cubit manja sebab cikgu minat kat kau. Kepala skrotum dia.

Agaknya macam ni budak ni nak mengadu dengan mak ayah dia. Takpelah, sebelum semua muntah darah tak payah la bayangkan.

Cikgu pun satu hal jugak, kalau betul pun takut nak denda student (yela budak sekolah sekarang kan kuat saman cikgu), carilah alternatif denda lain. Cubit pipi budak lelaki, form 4 pulak tu. Konfem la skala macho turun beberapa point. Skala malu dah sama macam mengaku suka tengok Glee. Geli siyal.

Dulu, zaman aku sekolah budak-budak lelaki boleh kata bangga jugak kalau kena rotan, lagilah kalau public canning. Tak tau lah sekarang boleh buat lagi ke tak. Kena rotan macam boleh menaikkan self esteem. Hahaha. Tapi not advised la kalau mak bapak korang tu jenis kuat saman orang.

Pada aku senang je kesimpulan cerita ni. Kalau cikgu tak lawa, dia amik kesempatan la, itu ini dan semua yang tak baik. Cuba kalau cikgu tu hot, berdentum tak kau punya testosterone? Asyik-asyik nak stay back kat sekolah nak buat kelas tambahan. Mak bapak pun senyum tengok anak jadi rajin. LOL.

Gambar hiasan je. Laserin mataku deh.