Setelah dua tahun berada di universiti, maka tiba masanya untuk aku pakai henpon. Mak aku risau sebab pergi kelas naik motor. Pastu balik malam-malam. Ulang alik lalu highway pulak, jauh pun boleh dikira jauh jugak. Mak mana yang tak risau kan? Jadi mak suruh aku pakai henpon. Aku diam je angguk, ikut cakap mak. Dosa lawan cakap mak.
"Jauh ke dekat, jarak tak memberi makna, mak..."kalau dulu aku tau ayat berunsur drama swasta ni, dah lama aku guna. Lols.
Anyway uols, henpon first aku ialah Motorola model Talkabout. Henpon ini ialah dual GSM iaitu 900Mhz dan 1800 Mhz. Maksudnya boleh pakai line Adam (GSM1800) atau Celcom (GSM900) la. Tapi dulu line Celcom pre-paid cekik darah siot. Start up pack je dah berapa ratus. Itu belum cerita Maxis pulak. Lantaran itu, aku berkira-kira duit syling dalam tabung untuk beli start up pack pre-paid. Menurut bajet, hanya Adam yang lulus.
Setelah bersaving, akhirnya dapatlah aku line 017 dan henpon motorola Talkabout ni. Selain function basic seperti call dan sms, terdapat beberapa elemen unik kat henpon ni, iaitu bila start up henpon ni lepas charge, ada grafik seekor anak anjing berlari-lari anak macam screen saver. Grafik ni boleh jugak buat screen saver masa stand by mode. Pastu korang boleh tengok bateri berkurang dengan cepat jugak sebab ngada-ngada set screen saver kat henpon. Tak silap aku ada beberapa lagi grafik sebagai pilihan, tapi yang aku boleh ingat anjing ni jela. Bodo-bodo jela diorang ni buat grafik.
Motorola Talkabout. Cukup untuk call dan sms sahaje.
Satu kenangan tragis ialah henpon talkabout ni pernah jatuh kat highway skudai time-time aku tengah nak on the way balik dari kelas. Mungkin masa tu henpon aku tak masuk betul-betul dalam poket jeans. Nasib baik time tu tade kenderaan sangat kat jalanraya. Aku park motor tepi jalan, pastu pungut bateri, cover bateri dan sim kad kat tengah jalan. Aku pasang balik semua part, voilaaaaa...boleh ON balik. Hahahaha. Lega siot masa tu sampai terasa nak buat satu tumbukan padu tidak berbayang ke langit.
So aku nak tanya, apa henpon first korang?
9 comments:
ini
aku notorola v66i berharga satu euro.
pais,
weh tu alcatel pakai bateri AA ke? boleh beli kat kedai runcit kalau tiba2 low batt
udin,
kat msia dulu tade offer hanpon yg register murah2. skrg ni baru ada. musim blackberry.
blueberry diorang tak offer pulak
henfon bluberry aku ialah 3210.... ada gambar lucah awek secara dot matrix....lantaran itu tak boleh dijadikkan 'modal' olah pais
kalau ada yg berani offer satu inggit ataupun free, buleh je aku amek. SLVR aku dpt free tu mcm nak give up je. lampu kejap terang kejap gelap. ala, NOKIA lampu picit ada...no worries
ahahaha..henpon first aku boleh di backup dgn battery..
paling state of the art
apis,
aaaa...aku ingat do wallpaper ko tuh...ahhahahahaha...
tapi MMS yg ko bagi masa aku tunang paling tak boleh hendel....
MMS grafik seorang lelaki menari-nari dgn dialog box berkata..."zul, kau kat mana tu?..."...lawak siot
udin,
aku cadangkan kau pakai henpon SAGEM, pastu sangkut kat tali pinggang, ada berani?
pais,
mari mulakan r&d henpon guna bateri jam, boleh tahan 8 hari talk time, kalau standby mode 12 hari. charging full bar 2 minit. amacam? CCM berani invest tak?
zul, ahahahahaha....syial, aku boleh tlupe pulak pada MMS tuh....ahahahaha itu mmg MMS yang macam cilake....
udin...ko bukan ke dulu cakap henpon pertama ko ialah public phone sekolah nong chik ..ahahaha
Post a Comment